Ikan masin memang sedap kalau dijadikan lauk. Tapi kalau terlalu masin pun bahaya jugak. Jadi, kenalah rendam dahulu supaya masinnya kurang. Tapi korang kena tahu, ada cara rendam yang betul. Bukan main rendam je tau. Jom ikut cara ini.
Rendam Dengan Air Biasa
Ads
Rendam ikan masin dengan air biasa selama 12 hingga 24 jam. Dengan cara ini, garam yang sebati dengan isi ikan akan larut dalam air. Syaratnya, sekurang-kurangnya anda kena tukar air rendaman 3 atau 4 kali sepanjang proses rendaman. Lecehnya cara ini kerana mengambil masa yang lama tetapi hasilnya berbaloi. Oleh itu sebelum disimpan atau dimasak toskan airnya.
Rendam Dengan Air Garam
Ads
Rendam ikan masin dalam air garam iaitu nisbah 2 liter air ditambah 1 sudu akan garam. Biarkan selama 5 hingga 10 minit. Cara ini rasa masin akan kurang dengan lebih cepat kerana masin akan lebih mudah mengalir dalam air masin. Jika masih lagi masih, boleh ulang sekali lagi proses rendaman. Selepas direndam toskan.
Ads
Rendam Dengan Air Panas
Cara ini juga mudah dan cepat untuk kurang rasa masin ikan masin. Namun tekstur ikan akan menjadi lembik dan sangat lembut. Jadi jangan rendam lebih dari 10 minit ye! Toskan betul-betul kering sebelum disimpan atau terus dimasak.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Gas habis waktu tengah masak memang boleh buat kita geram. Lagi-lagi kalau lauk dah separuh siap, nak simpan balik rasa sayang, perut pun tengah lapar.
Kalau rumah jauh dari kedai atau nak tunggu gas sampai ambil masa, jangan panik. Ada trik dapur mudah yang ramai tak tahu, cuma guna tisu dan minyak masak. Kaedah ni viral di TikTok, sesuai sangat untuk kecemasan sementara tunggu gas baru.
1) Mula-mula sediakan tisu dan minyak masak atau minyak terpakai.
2. Tuang minyak masak dalam kuali atau atas permukaan rata tahan api seperti batu penggiling atau batu cobek.
2) Ambil beberapa helai tisu, keronyok dan masukkan ke dalam kuali yang berisi minyak
3) Nyalakan api pada tisu
4. Letakkan stove bracket dalam kuali
5. Letakkan periuk dan teruskan memasak seperti biasa. Menurut perkongsian netizen kaedah ini bukan setakat boleh goreng telur, goreng ayam, masak sambal tumis sedikit pun boleh.
6. Untuk menggunakan api kecil tenggelamkan tisu lebih, jika mahu memadamkan api setelah selesai memasak, celupkan saja keseluruhan tisu dalam minyak
INFO:
Kalau ada minyak terpakai, lagi jimat. Asalkan minyak bersih dan tiada sisa hangit.
Ketika memasak, mungkin ada tip dan petua yang kita tidak tahu dan terlepas pandang. Jika tip ini kita amalkan, mungkin masakan kita akan rasa lebih sedap dan enak. Jom kita intai 10 rahsia dan tip dalam masakan yang dikongsi oleh Fatima Az Zahra.
1. Timun
Masukkan timun jika masakan asam pedas atau masak lemak anda terlalu pedas. Kerana timun dapat mengurangkan rasa pedas.
2. Garam
Jangan letak garam ketika memasak daging dan ayam jika belum betul-betul empuk. Ini bagi mengelakkan daging menjadi liat dan lambat empuk akibat tindak balas garam jika diletakkan terlalu awal dalam masakan.
3. Santan
Elak guna api yang terlalu kuat ketika memasak menggunakan santan. Ini kerana ramai yang percaya menggunakan api dengan kuat dapat mempercepatkan proses santan pecah minyak. Gunakan api yang perlahan atau sederhana.
4. Gula Merah
Gula merah bukan sahaja memberikan rasa manis dalam masakan malah membuatkan sambal anda menjadi lebih sedap dan menarik. Gula merah juga berfungsi mengelakkan orang sakit perut memakan sambal walaupun pedas.
5. Buah Keras
Buah keras berfungsi memekatkan masakan dan memberi aroma yang sedap serta menyelerakan dalam masakan. Jangan masukkan buah keras yang berlebihan kerana mampu membuatkan orang sakit perut ketika menjamah masakan anda. Sukatan paling baik adalah sebiji buah keras untuk seekor ayam. Contohnya seperti masakan berkuah seperti kari, kurma dan masak merah.
6. Asam Gelugor
Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam kuali ketika menggoreng ikan. Ikan tidak akan melekat di kuali dan lebih mudah diangkat.
7. Bawang Putih
Ambil dan masukkan bawang putih ke dalam tempat simpanan beras. Boleh juga dimasukkan ketika memasak nasi. Ini akan membuatkan beras tahan lebih lama dan beras atau nasi berbau wangi.
8. Tebu
Potong tebu kecil-kecil dan masukkan ke dalam air rebusan sup tulang diikuti dengan bahan rempah sup. Sup tulang akan lebih ‘kaw’ dan bertambah sedap.
9. Limau Kasturi
Rendam ikan dengan air asam jawa. Kemudian, potong limau kasturi dan gaul bersama ikan berserta air asam jawa. Biarkan seketika dan bau hanyir ikan akan hilang.
10. Air Kelapa
Masukkan air kelapa ke dalam kelapa parut dan biarkan seketika. Kemudian barulah diperah kelapa tersebut ke dalam masakan. Ini akan membuatkan masak lemak lebih sedap dan terasa kelainannya.
SUMBER: FATIMA AZ ZAHRA
Jika anda sedang mencari PERIUK NASI, boleh cari DISINI.
Nak buat daging goreng, masalah utamanya adalah daging itu liat. Tak lembut macam daging yang dimasak berkuah. Kalau kuah, bolehlah kita masak lama supaya daging makin lembut.
RASA ingin kongsikan cara buat daging goreng atau tumis yang betul supaya daging tidak liat walaupun dimasak tak terlalu lama.
Lagipun tak lama lagi Hari Raya Aidiladha. Bolehlah cuba masak daging guna petua ni. Daging lembut dan sedap.
TIP PERTAMA: HIRIS NIPIS-NIPIS
Anda perlu hiris daging nipis-nipis, jika hadapi masalah untuk membuat hirisan nipis, bekukan daging separuh beku kemudian proses menghiris akan menjadi lebih mudah. Selain itu anda boleh gunakan pisau tajam dan dikhaskan untuk daging sahaja. Semasa membuat hirisan, sebolehnya, saiz hirisan daging adalah sama supaya daging akan masak sekata dan sempurna.
TIP KEDUA: JANGAN DICUCI
Selepas dihiris, jangan cuci daging, kerana ia akan hanya membuat daging menjadi hanyir ketika dimasak. Cukup sekadar mengelapnya dengan tisu dapur. Kalau nak cuci, cuci daging sebelum dihiris.
TIP KETIGA: PERAP
Anda juga boleh perap daging dengan bahan perencah seperti campuran bahan kisar, rempah ratus serbuk, sos, kicap, garam dan gula. Selepas digaul rata dengan bahan perapan. Perap daging sekurang-kurangnya satu jam, atau sebaik-baiknya semalaman. Proses perapan membantu menjadikan tekstur daging lebih empuk.
PETUA KEEMPAT: MASAK SEKEJAP
Langkah terakhir, anda boleh tumis atau goreng menggunakan api besar selepas bahan tumisan garing dan wangi. Kacau rata lebih kurang 5 minit supaya daging tidak bertukar keras atau liat. Semasa proses memasak juga anda perlu sentiasa kacau supaya daging masak sekata.
Diharapkan dengan tip ini daging yang anda tumis atau goreng bukan hanya tidak liat tetapi juga lebih cepat dan sedap. Tak tau nak masak daging dengan resipi apa, jangan risau RASA turut kongsikan resipi masakan daging di sini.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Sayur Lemak Putih Kelantan ala Rembayung dengan kuah santan pekat dan rasa lemak berkrim. Resipi mudah, ringkas dan sangat sesuai untuk menu harian keluarga.