Pernah menggoreng menggunakan minyak masak baru sekali dan kotor dan hitam, terutamanya bila goreng makanan yang mudah hangus dan banyak campuran bahan perapan.  Nak buang macam sayangkan, sebab baru sekali guna.  Macam mana nak buat ni. Usah risau RASA boleh bantu jernihkan semula minyak masak tersebut dan minyak selamat digunakan semula tanpa risiko. Tapi kenalah baca info di bawah ini:-

Ini Cara Bersihkan Minyak Masak Yang Sekali Goreng  Dah Kotor & Hitam.

Nasi

Ini cara paling mudah dan tak perlu keluar duit, kalau ada lebihan nasi, ambil segenggam nasi dan kepal-kepal hingga bulat. Masukkan dalam kuali berisi minyak jelantah yang panas dan golek-golekkannya hinga semua kotoran melekat pada nasi. Lakukan berulang kali dan ia memerlukan lebih dari satu kepal nasi ye.

 Ini Cara Bersihkan Minyak Masak Yang Sekali Goreng  Dah Kotor & Hitam.

Kentang

Kalau tidak ada nasi boleh juga guna kentang, caranya sama sahaja dengan nasi kepal. Korang hanya perlu kupas dan potong kentang kepada beberapa bahagian kemudian masukkan dalam minyak jelatan panas, golek-golek potongan kentang hingga minyak bersih semula.

Ini Cara Bersihkan Minyak Masak Yang Sekali Goreng  Dah Kotor & Hitam.

Arang

Arang atau charcool  juga boleh digunakan kerana sifatnya arang boleh menyerap kotoran  dalam minyak. Caranya, kisar arang hingga menjadi serbuk. Kemudian masukkan dua genggam serbuk arang untuk 1 liter minyak jelantah panas, kemudian kacau hingga minyak menjadi lebih bersih dan boleh digunakan semula.

Ini Cara Bersihkan Minyak Masak Yang Sekali Goreng  Dah Kotor & Hitam.

Kulit Pisang

Kulit pisang jangan dibuang, ia boleh digunakan untuk membersihkan minyak lelantah. Kerana kulit pisang masak mempunyai karbon yang boleh menyerap kotoran. Potong kulit pisang kemudan letakkan dalam penapis minyak dan penapis tersebut diletakkan di atas bekas tadahan minyak. Dengan cara ini kotoran akan melekat pada kulit pisang. Kalau ingin lebih mudah dan cepat. Kisar kulit pisang tesebut ambil ampasnya dan letakkan di dalam penapis minyak kemudian tapis minyak jelatah.

Mudah dan boleh menjimatkan minyak masakkan? Cubalah dulu ye…

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI