Semua orang suka ayam goreng salut tepung yang rangup seperti makanan di restoran makanan segera. Tapi sayang bila cuba sendiri di rumah hasilnya tidak seperti diharapkan, kalau tidak keras ianya berminyak. Memang potong selera kerana anda sudah membayangkan keenakan dan kerangupan salutan tepung digigitan pertama.
Jangan putus asa atau ulangi kesilapan yang sama, sebaliknya ikut enam tip yang RASA kongsikan ini supaya lepas ini apa sahaja makanan salut tepung yang anda goreng akan rangup seperti diinginkan.
Nak tahu apa tipnya, baca ye…
Gunakan Tepung Yang Betul
Ads
Untuk mendapatkan makanan goreng salut tepung yang rangup, anda perlu tahu tepung apa yang harus digunakan. Sebagai cadangan campurkan tepung gandum dengan tepung ubi. Kalau nak lebih rangup lagi boleh tambah sedikit soda bikarbonat atau serbuk penaik.
Sediakan Adunan Tepung Kering Dan Basah
Anda gunakan dua jenis adunan tepung, satu adunan basah dan satu lagi kering. Setelah minyak dipanaskan, celup ketulan ayam dalam adunan basah kemudian gaulkan dalam adunan tepung kering dan terus goreng. Dengan cara ini adunan kering akan melekat pada adunan basah yang menjadikan bahan gorengan lebih rangup atau krispi.
Pastikan Tangan Kering.
Semasa memasukkan atau mengaulkan bahan makanan pada kedua-dua adunan tepung pastikan tangan dalam keadaan kering. Paling mudah gunakan dua tangan berbeza, misalnya tangan kiri untuk memasukkan ayam dalam adunan kering dan kanan yang untuk memasukkan dalam adunan basah. Tujuannya untuk mengelakkan adunan kering menjadi berketul dan basah
Goreng Guna Minyak Banyak
Langkah ini wajib lakukan., pastikan anda menggoreng menggunakan minyak banyak atau goreng secara deep frying. Di mana semua bahagian makanan terendam dalam minyak panas dengan sempurna. Sebelum itu pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan bahan untuk digoreng.
Ads
Elakkan Goreng Terlalu Banyak
Menggoreng menggunakan minyak banyak tidak bermakna anda boleh memasukkan bahan gorengan dalam jumlah banyak. Sebaiknya, goreng secukupnya saja supaya cukup ruang untuk gorengan menjadi garing dan tepung yang membalut makanan tidak tertanggal. Akhirnya hasil gorengan lebih rangup dan garing.
Tapis Minyak
Ads
Ini juga penting anda lakukan, pastikan anda mengguna penapis semasa mengangkat makanan yang digoreng. Tujuannya supaya minyak yang melekat pada ayam goreng turun ke bawah. Dengan cara ini hasil gorengan anda lebih garing tanpa berminyak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Selalu bila anda ingin buat mi rebus, kari dan sup mi akan dicelur dahulu sebelum sedia digunakan. Tapi masalahnya, mi yang dicelur itu melekat selepas ditoskan. Ini menyebabkan tekstur mi tidak sempurna seperti diinginkan. Jangan risau, untuk menangani masalah ini anda boleh cuba tip berikut:-
Gaulkan Dengan Minyak
Selepas mi ditoskan, masukkan satu atau dua sudu minyak sayur dan sebaiknya minyak zaitum. Kemudian gaul rata, cara ini menghindari mi dari melakat .
Gaulkan Dengan Perencah
Atau anda boleh cuba kaedah ini, panaskan satu sudu minyak masak, tumis dua ulas bawang putih yang dititik . Kemudian tambahkan satu sudu makan sos tiram dan sedikit air. Seterusnya masukkan mi, gaul rata sambil pisahkan mi yang melekat.
Tambah Mingak Dalam Air Rebusan
Ini cara paling mudah, anda hanya perlu masukkan satu atau dua sudu makan minyak sayur atau zaitun dalam air rebusan. Apabila air mendidih, masukkan mi. Kacau rata dan mi tidak akan melekat selepas ia ditoskan.
Bila tetamu tiba-tiba singgah, air dalam termos pula habis. Memang kalut! Takkan nak hidang kuih dengan air sejuk kot. Ha..ini petua cepatkan air dalam cerek mendidih yang anda boleh cuba.
BAHAN-BAHAN:
Cerek
Air
Gula
CARA-CARA:
Masukkan air ke dalam cerek dengan secukupnya. Panaskan.
Kemudian tambahkan gula mengikut kadar air tadi. ( kuantiti gula yang biasa anda guna untuk bancuh air)
Masak air seperti biasa. Hasilnya air akan cepat mendidih. Disamping itu kerja anda juga lebih mudah kerana dah tak perlu tambah gula dalam minuman.
Keperluan papan pemotong atau landas di dapur merupakan peralatan dapur yang sangat penting. Meskipun fungsinya hanya sebagai alas untuk memotong bahan makanan, ternyata memilih landas yang tepat perlu dilakukan berhati-hati.
Bagaimanakah memilih landas yang tepat? Ada beberapa perkara yang harus anda ketahui sebelum memutuskan membeli landas. Berikut perkara penting yang perlu diketahui ;
“Kayu vs plastik, mana yang paling baik?”
Permukaan yang rata dan tidak bertekstur seperti plastik atau kaca lebih mudah dibersihkan Landas berbahan kayu memiliki tekstur dan rongga-rongga kecil. Rongga-rongga di dalam kayu ini dapat menjadi tempat pertumbuhan bakteria jika tidak dibersihkan dengan teliti.
Tetapi, hati-hati dengan landas yang berbahan kaca ya, Ini kerana bahan kaca yang mudah pecah dan meninggalkan serpihan jika tergesek benda tajam akan membahayakan makanan yang disediakan. Pilih landas berbahan plastik yang selamat untuk makanan.
“Berapa banyak landas yang saya perlukan di rumah?”
Gunakan landas yang berbeza untuk beberapa bahan makanan, misalnya pisahkan landas untuk memotong roti dengan landas untuk memotong daging. Hal ini akan mencegah bakteria berpindah dari bahan makanan yang satu ke yang lainnya. Anda dapat membeli landas yang berbeza warna untuk berbeza penggunaannya.
“Bagaimanakah cara membersihkan landas yang betul?”
Landas sebaiknya dicuci dengan air panas dan sabun setiap selesai digunakan. Bilas, lalu keringkan.
“Bilakah saya perlu menggantikan landas?”
Landas juga mempunyai masa luput. Salah satu tandanya di mana permukaannya menjadi haus. Selain itu, jika landas mulai meninggalkan kesan akibat hirisan pisau, itu tandanya landas anda sudah mulai minta diganti,