
Berita baik untuk penggemar pisang, sekarang anda boleh beli pisang lebih kerana ada tip yang boleh dimanfaatkan agar pisang yang anda beli tahan lebih lama, tidak mudah lembik dan busuk. Bila sudah busuk terpaksa buang, sayang dan membazirkan?
Kalau anda tidak mahu membazir masa yang sama tidak mahu melepaskan peluang membeli pisang lebih bila harga murah sebaiknya, cubalah petua in
Jangan sesekali simpan pisang dalam peti sejuk. Suhu sejuk dalam peti sejuk akan menyebabkan pisang cepat lebam dan busuk
Elakkan pisang dari terkena sinaran matahari secara langsung. Sebaiknya letakkan sahaja pada suhu bilik.Pastikan pisang mendapat udara yang cukup.
Keluarkan dari plastik atau bungkusannya kerana pisang yang masih dalam bungkusan akan membuatnya cepat masak kerana gas etilen dalam pisang akan keluar dan menjadikannya cepat masak.

Jangan letakkan pisang bersama buah-buahan lain kerana sama-sama mengeluarkan gas etilen. Gas ini akan membuat pisang cepat busuk

Paling baik simpan pisang dengan cara menggantungkannya saja.
Mudahkan? Jadi manfaatkannya ye..
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
6 Cara Simpan Kentang Tahan Lama & Tak Busuk.

Anda jenis membeli barang dapur dalam jumlah yang banyak, termasuk kentang. Namun ada ketikanya anda tidak banyak menggunakan kentang dalam masakan sehingga stok kentang terbiar lama dan busuk tanpa disedari. Hal ini merugikan, untuk mengelakkan dari membazir anda boleh amalkan petua yang RASA kongsikan ini supaya kentang tahan lebih lama dan tidak busuk.

Pilih Yang Segar
Semasa membeli kentang pilih yang masih segar agar aia tahan lebih lama. Pastikan kentang juga tidak bertunas, teksturnya keras dan tidak ada tanda-tanda busuk. Elakkan kentang berwarna hijau, itu menunjukkan ia masih belum matang dan kurang sedap. Sebaiknya beli kentang berwarna kekuningan dengan permukaan yang licin.
Jika terbeli banyak dan kentang dalam simpanan kelihatan kurang segar, asingkan atau buang yang busuk. Kentang yang tinggal perlu segera digunakan dan jangan simpan lebih dari dua hari. Cara kedua, potong bahagian busuk, sementara bahagian yang elok dikupus dan rendam dalam air sejuk, cara ini kentang masih boleh tahan satu hari.

Simpan Di Tempat Kering
Umumnya kentang boleh tahan satu hingga dua minggu jika disimpan pada suhu bilik. Namun agar tahan lebih lama, simpan kentang di tempat kering dan tidak terdedah pada sinaran matahari. Suhu paling sesuai untuk simpan kentang adalah 6-7C, pada suhu ini kentang boleh tahan dua hingga tiga bulan.
Simpan kentang dengan cara memasukkannya dalam bakul plastik yang berlubang-lubang untuk kemudahan kitaran udara dan simpan dalam kabinet kering dan bebas dari cahaya matahari. Elakkan dari menyimpan kentang dalam peti sejuk kerana suhu terlalu sejuk untuk kentang, ia menyebabkan ketang akan berwarna kehitaman semasa di masak

Jangan Cuci
Ada orang yang suka mencuci kentang sebelum disimpan. Cara ini akan menyebabkan kentang menjadi lembab dan cepat busuk. Jangan risau tentang kotoran atau kuman pada kulit kentang, sebab anda boleh mencuci kentang semasa ingin menggunakannnya. Ingat kentang mesti sentiasa kering dan tidak berkulat semasa dalam simpanan

Sentiasa Pantau Kesegaran
Selain suhu dan kelembapan, banyak faktor lain yang pengaruhi kesegaran kentang. Misalnya serangga dan penyakit. Oleh itu sentiasa pantau kesegaran kentang secara rutin dan pilih kentang yang hampir busuk dan gunakannya terlebih dahulu untuk dimasak.
Jangan Simpan Kentang Dengan Buah
Elakkan dari meletakkan kentang bersama buah dalam satu bekas, kerana ada sesetengah buah yang mengeluarkan gas yang boleh menyebabkan kentang lebih cepat busuk.
Freezer Jadi Penyelesaian
Freezer memang alternatif jangka panjang menyimpan kentang. Dengan cara ini kentang boleh disimpan 10-12 bulan dalam keadaan beku. Tetapi jika ingin dibekukan ia hanyalah kentang yang telah dimasak, bukan mentah. Oleh itu rebus atau bakar kentang sebelum dibekukan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kisar Bawang Tak Lumat-Lumat? Ini Cara Tajamkan Mata Blender Dengan Cepat.

Pengisar atau ‘blender’ ni banyak jasanya. Dalam sehari, banyak kali kita duk pakai dia buat mesin bahan masak kan? Bila asyik pakai, pastinya lama kelamaan mata blender ni akan jadi tumpul. Itu yang jadinya dekat lima minit kisar bawang tak halus-halus tu.
Kalau jadi macam ni, puan-puan kena bawak bersabar ya. Jangan anda buang pula. Masih boleh guna lagi blender tu. Ni cara mudah nak tajamkan mata pisau blender dengan cepat dan berkesan. Selamat mencuba!
PETUA TAJAMKAN MATA BLENDER DENGAN MUDAH
BAHAN-BAHAN:

- 1 mangkuk garam kasar( pastikan garam kering dan tidak berair)
CARA-CARA:
- Masukkan garam kasar ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
- Keluarkan garam dan bersihkan blender.
- Hasilnya mata blender akan jadi lebih tajam dari biasa.
Info: Lakukan kaedah ini dua kali dalam sebulan. Hasilnya, pisau blender anda akan semakin tajam dan makanan yang dikisar akan cepat halus tidak seperti sebelumnya. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak Kulit Wajah Yang Halus & Licin, Amalkan Guna 5 Bahan Alami Ni.

Siapa yang tidak menginginkan kulit wajah halus dan sihat? Demi mendapatkan kulit yang halus, ramai orang sanggup berhabis duit untuk mendapatkan perawatan kulit yang terbaik. Usah membazir wang, ni min kongsikan beberapacara menghaluskan kulit wajah secara alami yang boleh anda cuba.

Cara menghaluskan wajah secara alami
Kehalusan kulit sebenarnya ditentukan oleh banyak faktor. Mulai dari usia, persekitara udara, cara merawat kulit, hingga tabiat makan. Untuk menjaga kehalusan kulit secara alami, langkah awal yang boleh dilakukan adalah mengamalkan kaedah rawatan semulajadi ini.
1. Serbuk kopi

Langkah pertama menghaluskan wajah secara alami adalah dengan menggunakan serbuk kopi sebagai 'scrub' (pengelupasan). Serbuk kopi tidak mudah larut dalam air. Jadi, anda dapat menggunakan butirannya untuk menghilangkan lapisan kulit mati secara efektif.
Untuk membuat scrub kopi, campurkan bahan-bahan berikut:
30 gram bubuk kopi segar
30 gram brown sugar
Perahan lemon secukupnya, sesuai kekentalan scrub yang anda kehendaki
Gunakan scrub pada kulit wajah setiap 3 hari sekali setelah mandi. Biarkan scrub mengering selama beberapa minit, lalu bilas hingga bersih.
2. Avokado

Mengandungi banyak nutrisi yang diperlukan kulit. Di antaranya vitamin A, vitamin D, vitamin E, omega-3, kalium, dan lesitin. Disebabkan khasiat inilah avokado kerap digunakan sebagai salah satu cara menghaluskan kulit wajah secara alami.
Untuk menghaluskan kulit, kupas satu bini avokado dan ambil kulitnya. Gosokkan bahagian dalam kulit alpukat pada wajah anda selama beberapa menit. Biarkan di atas kulit wajah anda selama 15 minit. Kemudian, bilas wajah anda dengan air hangat.
3. Minyak kelapa

Minyak kelapa juga dapat digunakan sebagai salah satu cara menghaluskan kulit wajah secara alami. Minyak ini dapat meningkatkan kelembapan kulit dan menambah jumlah lemak pada permukaan kulit.
Cukup siapkan satu sendok makan minyak kelapa. Letakkan pada kedua tapak tangan anda, kemudian usap hingga terbentuk lapisan nipis. Sapukan lapisan tipis ini pada seluruh wajah dan leher. Biarkan selama semalaman, lalu bilas pada esok harinya.
4. Lidah buaya

Cara alami lain yang juga dipercayai berupaya menghaluskan kulit wajah adalah dengan menggunakan lidah buaya. Lidah buaya mengandung antioksidan, beberapa enzim, vitamin A dan C, serta senyawa anti keradangan yang dapat melembutkan kulit.
Sebelum menggunakan bahan alami yang satu ini, titikkan setitik gel lidah buaya pada pergelangan tangan. Tujuannya, memastikan anda tiada alergi terhadapnya.
Jika tidak ada reaksi alergi, bolehlah oleskan gel lidah buaya pada wajah. Oleskan setiap beberapa jam sesuai keperluan.
5. Oat

Bahan alami lain yang juga dipercayai mampu menghaluskan kulit wajah adalah bijirin oat. Oat dapat menyerap minyak berlebihan dan mengunci kelembapan kulit sehingga kulit wajah sentiasa terasa halus.
Kandungan saponin dalam oatmeal juga membantu menjaga kehalusan kulit dengan berfungsi sebagai pembersih alami.
Anda dapat memperoleh manfaat tersebut dengan membuat masker oat. Bahan-bahan yang diperlukan terdiri atas:
MASKER OAT
60 mL air hangat
40 gram oatmeal
2 sudu makan yogurt tawar (plain)
2 sudu makan madu
1 butir putih telur
Campurkan air hangat dan oatmeal hingga rata. Setelah 1-3 minit, tambahkan yogurt, madu, dan putih telur. Oleskan tipis pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas wajah hingga bersih.
Banyak bahan-bahan yang dapat digunakan sebagai cara menghaluskan wajah secara alami. Namun, ingat bahwa hasilnya bukannya segera.
Jadi, Anda harus bersabar dan memakainya dengan rutin. Jika anda mampu mengamalkan secara rutin, kulit yang sihat dan halus bukan lagi sekadar impian.
Sumber : hellosehat.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

