Anda menghadapi masalah masakan dan kuih muih bersantan cepat basi? Sebenarnya masalah santan mudah basi adalah disebabkan oleh kualiti santan yang digunakan kurang baik, tidak segar dan santan diproses dengan cara tidak bersih. Tapi sekarang jangan bimbang lagi,   tip dan petua mudah ini boleh membantu anda mengatasi masalah masakan bersantan cepat basi dengan cara memilih santan yang betul.

IKLAN
IKLAN
IKLAN
  1. Pilih kelapa: Pilihlah kelapa yang baru dikupas dari sabutnya dan betul-betul tua dan isinya putih. Tidak berbau masam atau busuk. Atau jika anda membeli di kedai, minta pekedai belah kelapa belah kelapa baru  dan pastikan isinya tebal, putih dan tidak berbau.
  2. Jenis kelapa sesuai dengan jenis masakan: Jika anda ingin membuat rendang, kari, opor dan gulai, sebaiknya pilih kelapa tua. Untuk pastikan kelapa cukup tua mudah diparut dan mempunyai kandungan minyak yang banyak. Jika ingin membuat inti sebaiknya pilih kelapa lebih muda untuk rasa lebih sedap.
  3. Teknik memerah santan: Teknik memerah santan juga mempengaruhi santan cepat basi,jika anda guna cara tradisional, kupas dan parut kelapa ikut arah melintang. Kalau anda membeli santan segar yang sudah diperah, pastikan santan yang diperah menggunakan air masak atau air bersih bagi memastikan santan tahan lebih lama bila disimpan.
  4. Cara simpan santan: Sebaiknya apabila anda membeli santan segar dari kedai, segera simpannya dalam peti sejuk sebelum digunakan. Atau simpan dalam freezer jika belum sedia digunakan untuk beberapa hari.  Sebenarnya santan boleh disimpan lama hingga tiga bulan, jika disimpan dalam  freezer yang bertutup rapat.  Cairkan pada suhu bilik  sebelum menggunakannya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI