Anda yang baru berjinak-jinak untuk baking dan pernah membuat kek dan menghadapi masalah kek yang dihasilkan cantik gebu tapi sayang kek lekat pada acuan. Aduhaiiii tak cantik bila dikeluarkan dari loyang cacat di sekeliling kek disebabkan melekat pada acuan atau loyang pembakar. Agar perkara ini tidak berulang, cuba anda baca tip untuk mengelakkan kek dari melekat acuan.
Acuan Mesti Kering dan Bersih.
Acuan atau loyang pembakar kek penyumbang kepada hasil kek yang sukses. Oleh itu anda harus pastikan acuan yang akan digunakan dalam keadaan bersih dan kering. Sedikit kotaran dan titisan air akan mempengaruhi hasil kek yang dibakar atau dikukus. Antara masalah akan timbul adalah kek sukar dikeluarkan dari acuan.
Oles Bahagian Dalam Loyang Dengan Margarin Atau Cooking Spray.
Cara ini biasa digunakan oleh kebanyakan bakers. Menggunakan dua bahan ini mampu melicinkan permukaan acuan atau loyang. Derngan cara ini kek mudah dikeluarkan walaupun baru dikeluar dari ketuhar. Harus diigat jangan oleskan margerin atau semburkan cooking spray terlalu banyak, kerana ia akan mempengaruhi rasa kek yang anda hasilkan.
Lapis Acuan Dengan Kertas Baking
Anda juga boleh menggunakan kertas baking untuk melapisi dasar acuan dan bahagian tepinya sekali sebelum anda memasukkan adunan kek di dalamnya. Cara ini juga akan memastikan kek lebih mudah dikeluar dari acuan loyang pembakar mereka.
Gunakan Acuan Atau Loyang Tidak Melekat
Cara ini paling praktis dan mudah. Kerana acuan atau loyang anti lekat mempunyai permukaan yang tidak melekat dan mudah dikeluarkan bahan yang diisi di dalamnya, namun harga sedikit mahal berbanding acuan atau loyang biasa.
Sejukkan Kek Sebelum Dikeluarkan Dari Acuan
Bila kek sudah masak, anda harus sabar. Jangan terus keluarkan kek dari acuan kerana kek mungkin lekat kerana waktu ini kandungan mentega dalam kek masih panas ini menyebabkan tekstur kek sangat lembut semasa panas. Biarkan sejuk seketika pada suhu bilik supaya kek lebih padat sedikit dan mudah dikeluarkan dari acuan. Gunakan pisau untuk melonggarkan sekeliling acuan agar kek lebih mudah dikeluarkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Anda pengemar ikan air tawar seperti patin, lampam dan talipia, tapi selera makan terbantut bila ikan yang dijamah kuat bau tanahnya. Bau tanah yang kuat pada ikan seperti patin, talipia dan beberapa jenis ikan lain ini datangnya dari bakteria dan plankton di dalam kolam ternakan ikan. Tapi jangan risau ada tip mudah nak hilangkan bau tanah pada ikan ini.
Sebaiknya bersihkan ikan di bawah air mengalir
Cuci insang ikan dan sisik dengan bersih.
Rendam ikan dengan air yang dicampur dengan perahan air limau nipis atau kasturi.
Biarkan lebih kurang 30 minit
Bilas semula di bawah air mengalir
Cara Lain:
Ikan yang sudah dibuang sisik dan insang dicuci kemudian cuci sekali lagi dengan air garam.
Kemudian bilas di bawah air paip mengalir hingga bersih.
Cara Memasak:
Cara terbaik masak ikan ini dengan cara menggoreng atau membakar, dengan sedemikian bau tanah pada ikan akan hilang dengan sendirinya.
Gaulkan dengan perencah yang kuat aroma dan rasa seperti campuran bawang, kunyit, halia dan serai selain garam dan asam jawa. Hanya dengan cara ini bauk tanah akan hilang.
Semoga tip ini boleh membantu menangi masalah anda.
Waktu beli oren punyalah memilih untuk pastikan dapat yang manis. Tapi bila dah potong dan makan, masam yang amat. Berkerut muka nak habiskan.
Supaya tak tersalah pilih limau yang masam, berikut adalah tip yang dikongsi oleh netizen agar buah oren yang kita ambil itu manis dan banyak jus.
1. Pilih yang ada lubang/pusat
Ketika memilih buah oren pastikan anda memilih buah oren yang ada lubang seperti pusat di bawah buah tersebut. Oren jenis ini juga mempunyai lebih banyak jus dan vitamin C.
2. Elak dari memilih buah yang tiada lubang seperti ini.
3. Selain itu hidu bau buah oren tersebut. Sekiranya baunya manis bermakna rasanya juga memang manis.
Kalau nak beli oren esok pastikan ikut tip ini ya.
Geram betul, bila goreng tauhu biasa pun hancur apatah lagi tauhu jenis lembut yang sentuh je dah hancur. Lebih sakit hati bila melekat pada kuali. Jangan cepat putus asa, ini ada cara mudah untuk menggoreng tauhu tanpa hancur.
Rendam Tauhu Dalam Air Panas
Paling mudah, rendam tauhu dalam air panas, jika tauhu lembut dalam bekas atau dalam plastik tiup, potong dua kemudian keluarkan perlahan-lahan, buang air sebelum sedia digoreng.
Elak Potong Tauhu Terlalu Nipis
Potong tauhu ikut saiz yang anda suka tetapi tidak terlalu nipis atau terlalu kecil. Gaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam. Selepas disaluti tepung , tauhu sedia digoreng. Tapi pastikan salutan tepung nipis sahaja.
Goreng Menggunakan Minyak Banyak Dan Panas
Semasa menggoreng, gunakan minyak yang banyak dan goreng tauhu apabila minyak betul-betul panas dan pastikan tauhu tenggelam sepenuhnya dalam minyak. Balikkannya apabila bahagian bawah sudah garing sepenuhnya.
Jika anda penggemar tauhu, tapi selalu menghadapi masalah tauhu hancur semasa menggoreng. Ikut cara di atas, pasti anda puashati kerana tauhu yang digoreng ranggup di luar dan lembut di dalam.
TAUHU GORENG NYONYA
BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu biasa | hancurkan
2 biji telur | pecahkan dan kacau rata
1/2 biji bawang Holland | hiris
1 biji cili merah | hiris
Sedikit timun
1 sudu makan kacang tanah kisar
2 sudu makan Sos Thai
1 sudu makan kicap pekat
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Tauhu dicampurkan dengan telur yang telah dikacau.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan tauhu tadi ke dalam kuali.
Kemudian kacau hingga sebati.
Setelah tauhu bertukar warna kekuningan angkat dan ketepikan.
Hiaskan dengan timun, hirisan bawang dan cili.
Taburkan kacang tanah kisar di atasnya, kemudian tuangkan sos Thai dan kicap pekat di atasnya.