Jemu dengan menu daging, hari ni jom kita masak lauk menu seafood yang ringkas yang gerenti sedap menjilat jari. Kalau nak cuba, ini RASA kongsikan tiga menu udang, sotong dan filet ikan yang 10 minit masak dan siap ye…
UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:
Ads
300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak bijan
½ sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
4 ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | cincang
3cm halia muda | hiris halus memanjang
Lain-lain:
4 biji telur
1/2 sudu teh serbuk lada putih
50gm daun bawang | potong 3cm
1 sudu makan susu segar
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang satu minit.
Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
Kacau rata dan tutup api.
Sedia dihidangkan panas-panas.
KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
1/4sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
Ads
1/2 sudu teh serbuk cili
1 sudu makan kicap
3 sudu makan air
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh gula
Sedikit garam jika perlu
Bahan-bahan lain:
4 ulas bawang putih | cincang kasar
4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
5 tangkai cili kering | potong 2cm
1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
Tutup api, dan gaul rata.
Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
Ads
Bahan Perap Sotong:
500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 serbuk lada sulah
Bahan tumisan:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia muda | hiris halus memanjang
3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
Bahan-bahan lain:
2 biji cili hijau | hiris bulat
1 pokok daun ketumbar | hiris halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh rempah masala
1 biji tomato | potong dadu
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.
Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Negeri Cik Siti Wan Kembang atau Kelantan Darul Naim cukup terkenal dengan makanan dan kuih muih yang sedap-sedap. Lauk-pauknya juga tidak kurang hebat dan menarik sehingga berkembang di serata negeri lain. Kalau bercuti di Kelantan kenalah cuba makanan disana tapi kalau tak berkesempatan apa kata buat sahaja resipi femes di rumah.
RESIPI LAKSAM
Bahan-Bahan:
(12 gulung)
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tpg gandum
sedikit garam
4 3/4 cawan air suam
3 sudu besar minyak masak
Campur semua bahan2 diatas sehingga sebati…ketepikan sebentar
Cara-Cara:
panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak
masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk …jgn tebal jgn nipis…agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan …kukus dlm 5 minit..
angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk.
guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang…terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..
kukus lagi adunan laksam tadi shingga habis..
Kuah Laksam 6 orang makan:
3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan
bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya senang kisaran..
masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan ikan
kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
masak hingga mendidih..dgn api sederhana Nota: belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam
Dihiris halus:
Ulaman:
kacang panjang
timun
tauge
kobis
Sambal laksam:
Semuanya kisar/tumbuk halus
sambal lada
sedikit belacan
lada merah
cili api merah
garam sikit
RESIPI NASI KERABU TERLAJAK SEDAP
Kuah Sambal Tumis
Bahan-bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai – ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak – agak banyak
Cara-cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.
Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit.
Sambal Ikan
Bahan-bahan:
1 biji kelapa parut – goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan sardin – rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam
Cara-cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.
Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Kena manis sikit baru sedap. Saya suka makan sambal kelapa ini dengan nasi impit. Atau ditabur atas nasi dagang.
Sambal Cili:
1/2 kg cili – basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Limau nipis/cuka
*Kisar kesemuanya.
Ulam ulaman:
Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan
*Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.
Nasi:
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
2 helai daun pandan
Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk
RESIPI AYAM PERCIK KELANTAN
Bahan-bahan:
1 ekor ayam – dipotong 4 bahagian
Bahan Perapan:
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
garam secukup rasa
Bahan untuk kuah:
10 ulas bawang merah
4 tangkai cili kering
2 pek santan pekat
1 batang serai
1 inci halia
garam secukupnya
gula secukupnya
1/4 keping asam keping – letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut terlebih masam
Cara Memasak:
Kisar bahan perap tadi, kemudian perapkan ayam dengan bahan tersebut selama 30 minit.
Bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.
Sementara ayam dibakar, siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi.
Masak bahan tadi dengan api yang perlahan. Bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa.
Angkat.
Bila ayam sudah nampak garing, lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. Ini supaya bahan kuah meresap ke dalam daging ayam.
Terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.
Bila ayam sudah nampak garing dan masak bolehlah diangkat. Hidangkan dengan menambah sedikit kuah di atas ayam tadi. Siap!
RESIPI SOLOK LADA
Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembong (rebus)
7 biji cili hijau (cili solok)
1 cawan kelapa parut (putih sahaja)
3 camca besar kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu teh lada hitam
1 sudu teh garam
1 camca besar gula
1/2 cawan santan pekat.
Cara-cara:
Ikan dibuang tulang dan diambil isinya sahaja (tumbuk halus)
Bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam ditumbuk halus
Kelapa parut ditumbuk tapi jangan terlalu halus
Gaulkan kesemua bahan-bahan yang ditumbuk tadi , masukkan gula, garam dan kerisik, gaul rata
Cili dicuci dan dibelah sedikit untuk keluarkan bijinya
Sumbatkan bahan bahan no:4 kedalam cili dan masak dengan 1/2 cawan santan pekat tadi sehingga santan tinggal sedikit tetapi jangan terlalu kering.
Siap untuk dihidangkan, sesuai dimakan bersama nasi kerabu
Kongsi resipi: Rasni Zakaria
RESIPI AKOK KEDUT
Bahan-Bahan:
1 cawan telur @ 5biji telur
1 cawan santan pekat
1 cawan air gula melaka yg telah di masak
Ikut tahap kemaninsan masing2
1/2 cawan tepung gandun
Secubit garam
*Resipi nie utk 20 biji lebih
Cara-Cara:
Bancuh bahan sampai sebati nk guna blander pon boleh jgk…siap bancuh tapis dlu yeePanaskan oven dgn suhu 200°c selama 15 minit…
Dan sapu sedikit minyak pd acaun muffin dan masukan kedalam oven panaskan sekejap…
Dah siap panaskan bolehlah tuan bancuhan tadi ke dalam acuan muffin yg telah dipanaskan
Bakar dgn suhu 180°c guna api atas bawah
Bakar selama 20 ke 30 minit sehingga masak
Selamat mencuba!
Kongsi resipi: Orkid Melati
RESIPI KETUPAT SOTONG
Bahan A:
10 ekor sotong saiz sederhana – buang kulit hitam dan tulang, cuci bersih dan asingkan kepala
lidi untuk menyucuk
Bahan B:
1/2 cawan pulut – cuci bersih dan toskan
1/2 cawan santan pekat
1/4 sudu teh garam
Rendam pulut selama 30 minit bersama santan dan garam
Bahan C:
100 gram gula Melaka diracik
2 cawan santan – tidak terlalu pekat
1/2 sudu teh garam
1 hiris halia – dimayang halus
1 helai daun pandan
Cara:
1. Bahan B : Masukkan 3/4 (2 sudu kecil) pulut ke dalam perut sotong.
2. Masukkan kembali kepala sotong dan cucuk dengan lidi supaya pulut tidak keluar.
3. Atur sotong di dalam periuk. Masukkan Bahan C dan renehkan dengan api sederhana hingga hampir kering.
4. Siap dihidang.
Kongsi resipi: CITARASAWAN
RESIPI NASI TUMPANG
Bahan-Bahan:
½ kg beras
1000ml air
6 helai daun pisang
Bahan Gulai Ikan:
200gm ikan kembung
2.5cm kunyit hidup – dikisar halus
2.5cm lengkuas – dikisar halus
6 ulas bawang merah – dikisar halus
4 biji cili kering – dikisar halus
500ml santan pekat
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Bahan Telur Dadar:
5 biji telur ayam
1 biji bawang besar – dimayang
50gm daun bawang – dimayang
1 biji cili merah – dimayang
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
Nasi: Cuci beras hingga bersih dan masak bersama 1000ml air sehingga nasi itu lembut (seperti nasi himpit) kemudian biarkan ia suam. Ketepikan.
Gulai ikan: Semua bahan yang dikisar dicampurkan dengan santan, masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan biarkan masak.
Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata sehingga kuahnya pekat. Ketepikan.
Telur dadar: Pecahkan telur dan campurkan bahan yang dimayang dan garam secukup rasa. Pukul sebati. Panaskan kuali dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
Untuk membungkus nasi tumpang: Kelongsongkan daun pisang kemudian masukkan nasi lembik 1/3 kelongsong tadi dan tekan hingga padat.
Kemudian masukkan hirisan telur dadar. Masukkan satu lapis lagi tekan sehingga padat dan masukkan lagi lauk gulai ikan.
Masukkan pula nasi ke atas lauk tadi dan bungkuskan. Sedia untuk dihidangkan.
RESIPI PERUT DENGAN AIR ASAM
Bahan bahan:
Perut muda/perut babat pun boleh – rebus dan potong
8 biji cili padi kampung
Sebesar ibu jari belacan
Garam secukup rasa
Limau nipis – perah air
Air rebusan perut
Cara-cara:
Tumbukkan semua bahan kecuali air limau nipis sehingga hancur. Jangan terlalu hancur. Masukkan air rebusan secukupnya. Setelah itu, baru diperahkan air limau secukup rasa.
Akhir sekali, masukkan perut yang telah dipotong kecil ke dalam air asam. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.
Kongsi resipi: Azie Kitchen
RESIPI MEE CELUP
Bahan-Bahan:
mee kuning (basuh bersih2 sejat air)
bihun (dicelur dgn air panas sampai lembut sejat air )
kuew tiaw (basuh,sejatkn)
mee maggi
Nasi air
*pilihan mee bergantung citarasa masing2 ye..
Kuah:
3liter air
ayam ambik bahagian tulang2 untuk rebusan.
(Kaki, leher..byk2 takpe)
isi ayam bahagian dada (rebus dh masak angkat,carik2an)
halia 2inci (agak2 je dan ketuk2 skit)
karot 1batang
ubi kentang 2bji
bawang putih 2ulas (ketuk je)
akar daun sup& daun bawang (potong dlm 2inci dr akar bersama batang)
satu sudu besar minyak bawang putih+bwg skali
serai 1btg
2sudu rempah sup (serbuk)sy guna adabi😃
kicap manis+kicap pekat (jadi kn 1senduk,agak2Korangla nk kuah hitam @ sedang2 je)
Rasakn dgn betul2 secukup2nya
-manis+masin(bila mkn baru ummphh!!!)
AKSESORI:
Bawang goreng (buat sendiri lg sedap)
Air lada (blend cabai,bwg putih 1ulas,cuka,garam,gula)
Lada jeruk (cuka,lada besar hijau siam,garam,gula)
Lobak asin jeruk (beli siap je)
Kacang tanah tumbuk (beli siap je)
Lada sulah
Cili flakes
Bwg putih jeruk (bwg putih jeruk+amik airnya sedikit +air suam.. blend pekat jgn cair )*Secret resipi
Ikan bilis goreng rangup
isi ayam yg dh di carik2
Minyak bwg putih
*Cara membuat minyak bawang Putih :
2 labu bwg putih basuh bersih2 bersama kulit ye,jgn kopek kulitnya.tumbuk separuh lumat,panaskn minyak 2mangkuk,tumis jgn sampai garing tau..just bau wangi dn bwg dh kekuningan matikn api..nanti bwg akn jg lagi garing,kalau tggu garing baru matikan api nanti sejuk bawang akan sedikit garing dan rasa nya akan pahit tak sedap)minyak bwg putih ni nanti blh simpan lama.. blh buat masak lain2 menu. Sedap
Sayur
Daun sup&daun bawang
Taugeh
Sawi (potong halus )
Kangkung (potong halus)
Cara2 nk menghidang @makan (bg yg xpernah mkn)
Letak mee dlm mangkuk kuantiti ikut suka
Masukkan bahan2 aksesori – sukatan biasanya 1st@1sb setiap bahan (tapi agak2 la ye kot ada yg nk kurangkn itu lebihkn ini..suka2 hati anda ye)
Masukkan sayur kegemaran anda
bubuhla kuah nyaa..(pastikn kuah panas menggelegak baru best ) Siap…..selamat menjamu selera..makan puas2!!
Kongsi resipi: Suraya Che Hashim
RESIPI NEKBAT
Bahan-bahan:
untuk kuih:
500g tepung beras (1 bungkus)
12 biji telur ayam
untuk sira-
Air secukunya
500 gm gula
5 helai daun pandan
Cara Penyediaan:
Goreng tepung beras tanpa minyak (sangai) dalam kuali atas api sederhana hingga kering. Tutup api dan biarkan ia sejuk.
Pukul telur hingga kembang dan ringan berbuih.
Taburkan tepung yang telah disangai ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.
Panaskan acuan dan oleskan acuan dengan minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga kekuningan.
Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan dan kemudian masukkan 10 biji nekbat.
*10 sudu gula untuk 10 biji nekbat.
RESIPI SIRA LABU
Bahan-bahan:
1/4 biji labu – buang kulit
Segenggam gula pasir
Secubit garam
1 helai daun pandan – potong
Sedikit air kapur
Cara-cara:
Labu yang dibersihkan direndam dengan air kapur seketika. Masukkan daun pandan ke dalam periuk dan susun labu di atasnya.
Taburkan gula agak agak kemanisan yang disukai. Saya guna dalam segenggam gula. Kalau labu banyak lapis, taburkan gula pada setiap lapis.
Jerang atas dapur dengan api yang perlahan. Labu akan mengeluarkan air sendiri tapi jika nampak terlalu kering, bolehlah dimasukkan sedikit air sebelum dimasak atas dapur.
Bila labu dah empuk dan air gula telah berkilat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Korang pernah makan Cendawan Inoki Goreng? Kalau belum lagi, wajib cuba sebab sedang sangat, kalau makan panas-panas memang rangup dan garing. Cecah pulak dengan sos cili atau sos mustard memang terbaik. Kalau makan kat kedai berbelas ringgit satu piring, apa kata korang goreng sendiri baru makan puas.
.
BAHAN-BAHAN:
1 paket cendawan enoki
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit perasa ayam
Bahan Sos:
2 sudu makan sos mustard
1 sudu makan mayones
1 sudu makan madu
1/2 sudu makan jus lemon
Sedikit hirisan cili padi
LANGKAH DEMI LANGKAH:
.
LANGKAH 1: Campurkan tepung gandum bersama tepung beras di dalam mangkuk.
.
LANGKAH 2: Masukkan garam, serbuk lada hitam, dan serbuk perasa ayam. Gaul rata dan ketepikan.
.
LANGKAH 3: Pecahkan telur dalam mangkuk kemudian celupkan cendawan di dalamnya.
.
LANGKAH 4: Seterusnya, gaulkan di dalam campuran tepung tadi.
.
LANGKAH 5: Goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan.
.
LANGKAH 6: Campurkan semua bahan sos, kacau sebati dan hidangkan dengan cendawan goreng.
Resipi ayam goreng Hatyai ini sedap dan punya aroma tersendiri. Juga dikenali sebagai Gai Tod Hat Yai dalam Bahasa Thai.
Ayam bahagian apa pun boleh digunakan, tapi seeloknya paha, kepak atau tight. Boleh ikuti resipi yan dikongsikan oleh Encik Muhammad Sofiyullah Mohamed Yakin
Resipi Ayam Goreng Hatyai, Ada Rasa Dan Aroma Tersendiri
Kelar ayam untuk memastikan bahan perapan masuk sempurna. Ini juga membantu untuk ayam mudah masak.
Masukkan ayam dalam plastik dan bahan perapan. Perap ayam dengan bahan kisar semalaman atau sekurang-kurangnya dua jam. Lagi lama lagi sedap.
Bila nak masak, keluarkan ayam dan gaulkan dengan tepung beras. Nak gaul basah pun boleh. Kalau kering lagi rangup.
Goreng hingga kekuningan secara Deep fried dan api mesti perlahan. Sebelum goreng boleh celupkan batang senduk kayu minyak. Jika ada buih-buih kecil bermakna minyak dah panas dan boleh mula menggoreng.
Balik-balikkan ayam guna pengepit ya. Bila dah masak dan berwarna coklat, angkat. Lapik dengsan tisu untuk serap minyak. Taburkan dengan sedikit garam.
Taburkan bawang goreng. Makan dengan pulut cicah dengan sos Sri Racha lagi sedap. Selamat mencuba!