Ada orang minat makan ikan keli ada orang yang bukan setakat makan nak tengok ikan keli pun geli. Kalau tak betul cara siang ikan keli memang akan meninggalkan bau yang kurang enak bila makan nanti.
Ikut tip yang Aris Farhan kongsikan ini supaya ikan keli korang goreng nanti tak bau hanyir lagi:
1. Ikan keli yang diambil dari peti ais. Rendam dulu dalam air. Kalau yang masih hidup, kaedah terbaik mematikannya tanpa menyeksa ikan ini boleh tonton video di bawah:
2. Gunting muncung ikan ini untuk buang sesungut dan mulutnya. Tapi, kalau kalian nak masak sekali sesungut ini, itu hak kalian.
3. Belah perut ikan secara menegak dari garisan bawah mulut ikan keli ini sampai ke titik tengah (pusat). Kalau kalian nak mula dari titik tengah ke mulut pun boleh. Ikut keselesaan.
4. Kemudian, buang segala organ dalaman ikan ini sebersih mungkin. Ingat, sediakan bekas nak kumpul organ ni. Jangan engkau masuk dalam sinki pula, tersumbat pula nanti.
5. Ha ini kaedah nak buang objek hanyir tu, engkau tekan belakang ini gunakan jari telunjuk. Sebab nak mudah keluarkan bendalah tu.
6. Plup! Maka terkeluarlah objek darah beku hanyir tersebut. Ada dua ya, sebelah kiri dan kanan. Maka buanglah ia. Kalau kau nak bau dulu pun boleh.
7. Ha ini bendanya, selalu berwarna hitam pekat atau keemasan. Ikut jenis ikan tersebut. Bau memang hanyir.
8. Dah dapat sila buang jauh-jauh. Jangan engkau buat batu cincin pula ya.
9. Akhirnya, baru bersih lagi suci ikan kita. Sudah boleh masak berlada ke, bakar salai ke, atau goreng kunyit sahaja. Selamat mencuba!
Bila tiba Aidilfitri, hidangan nasi antara menu istimewa yang wajib ada bagi menyambut kedatangan para tetamu. Antara yang popular ialah Nasi Hujan Panas, Nasi Minyak, Briyani, Nasi Arab dan banyak macam lagi. Untuk menyediakan nasi yang cantik, penggunaan beras Basmathi amat digalakkan.
Ini kerana beras ini tidak mudah patah dan enak. Namun untuk memasak, caranya sedikit berbeza dari beras biasa. Bagi yang pertama kali mencuba, pasti agak was-was dan ada kalanya beras yang dimasak tidak menjadi elok seperti diharapkan.
Untuk mendapatkan nasi basmathi yang lembut, berderai cantik dan tidak berketul, cara-caranya mudah sahaja:
CARA ASAS MASAK NASI GUNA BERAS BASMATHI
1. Sukat beras mengikut jumlah yang anda ingini. Basuh bersih dan toskan airnya.
2. Masukkan beras yang telah dibasuh tadi ke dalam periuk nasi.
3. Masukkan air pada nisbah 1: 1.5. Maksudnya jika anda masak 1 cawan beras, tambahkan 1.5 cawan air. Rendam selama 30 minit.
4. Masukkan periuk ke dalam bekasnya dan masak seperti biasa. Anda pasti kagum dengan hasilnya. Untuk masak aneka nasi bertumis, ikuti langkah-langkah yang dinyatakan dalam resipi.
Info: Pastikan cawan yang digunakan untuk menyukat beras adalah sama dengan cawan yang digunakan untuk menyukat air.
Pelbagai buah-buahan segar yang dicipta Allah itu ada manfaatnya untuk semua umat manusia. Di antara banyak buah-buhan itu salah satu yang disebutkan Allah s.w.t dalam al-Quran adalah anggur.
Anggur juga adalah buah-buahan yang digemari Nabi Muhammad s.a.w. Memakannya bukan sahaja menjadi amalan sunnah tetapi buah anti oksidan ini juga penuh berkhasiat dan menyihatkan.
Di dalam al-Quran buah yang lazat ini disebutkan sebanyak 14 kali di antaranya surah An-Nahl, ayat 11, Allah berfirman : “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” Anggur juga memiliki pelbagai khasiat . Di antaranya mengurangi keradangan serta boleh melancarkan perjalanan darah dan membersihkan perut.
Manfaat Kesihatan Anggur:
1.Kesihatan Mata Anggur mempunyai serat, air dan khasiat nutrisi yang mampu menurunkan dan mengawal berat badan. Selain itu khasiat buah anggur juga dapat mencegah kerosakan mata.
Di dalam buah anggur banyak mengandungi lutein dan zeaxanthine, kedua kandungan zat ini percayai boleh mengurangkan risiko kerosakan penglihatan. Lutein merupakan salah satu jenis karotenoid dan ia juga mempunyai kesan anti oksida. Dalam satu penyelidikan sains, didapati bahawa lensa mata manusia mengandungi sedikit lutein dan zeaxanthine.
Menjadi amalan yang baik kita memakan buah anggur yang mengandungi lutein ini yang diyakini boleh menjaga metabolism dalam lensa mata sehingga ia tetap jernih. Tujuannya adalah untuk menjaga metabolisma dalam lensa mata, sehingga tetap jernih.
2. Mencegah Sakit Hati (hepar)
Khasiat buah anggur juga dapat membantu mencegah sakit hati (hepar), buah anggur yang difermentasi daripada kulitnya, dengan kandungan polyphenol-nya memiliki khasiat melindungi segala penyakit yang berhubungkait dengan hati (hepar) manusia.
3. Mencegah Penyakit Strok, Jantung dan Kanser
Khasiat anggur juga dipercayai dapat mencegah daripada penyakit strok, jantung, dan kanser. Menurut Reuter Health (Kaltim Post, 2001), “Wanita muda yang mengamalkan meminum jus anggur merah 1 hingga 2 gelas sehari kurang berisiko untuk mendapat serangan Ischemic stroke (strok yang disebabkan oleh tersumbatnya saluran darah sehingga oksigen tidak pat sampai ke otak). Ini kerana di dalam buah anggur terdapat khasiat flavonoids zat antioksida dan yang berfungsi melindungi tubuh daripada penyakit jantung dan kanser.
Bagamana pun seperti juga makanan yang lain, jangan pula diambil secara berlebihan untuk mengelakkan ia menjadi mudarat pula.
PAI ANGGUR (Resipi ini untukk pie berukuran 23 sm ( 9 inci))
BAHAN-BAHAN : Bahan pastri:
2 ½ cawan tepung gandum
1 sudu the garam
18 sudu makan mentega tanpa garam (unsalted butter)/dipotong kecil
10 sudu makan air sejuk ais
Bahan untuk inti :
907 gram anggur /dibuang tangkai
¾ cawan gula
2 sudu makan tepung ubi kayu
1 sudu makan mentega tanpa garam/dipotong kecil
CARA MEMASAK : 1. Pastri :Ayak tepung dan garam di dalam mangkuk besar. 2. Kemudian masukkan mentega dan adunkan dalam campuran tepung 3. Renjiskan dengan 10 sudu makan air sejuk ais, satukan dengan doh sehingga ia sebati. 4. Tekan doh menjadi bulatan dan pindahkan ke atas papan canai yang ditabur tepung. 5. Uli seketika sehingga doh sekata. Bahagikan doh kepada dua bebola. 6. Satu bahagian bola biarkan lebih besar sedikit daripada yang satu lagi. 7 .Balutkan di dalam plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama dua jam. 8. Membuat inti : Keluarkan isi setiap biji anggur (pulp dengan biji) dari kulitnya dan masukkan ke dalam kuali bersaiz sederhana, Masukkan kulitnya di dalam mangkuk besar dan ketepikan. 9. Masak isi anggur dengan api sederhana, dan kacau hingga lembut selama lapan hingga sepuluh minit. 10. Kemudian toskan, dan tapiskan ke dalam mangkuk yang mengandungi kulit amggur. 11. Lecekkan dengan belakang sudu, buang biji anggur. 12. Biarkan sejuk sepenuhnya. Kacau gula dengan ubi kayu dan masukkan ke dalam anggur dan ketepikan. 13. Panaskan oven ke suhu 204 darjah celcius. 14. Canaikan bola doh yang besar di atas papan canai yang sudah ditabur tepung. Jadikan membulat dengan ukuran 30.5 sm untuk dimuatkan dalam acuan pai berukuran 23 sm. Tekan kemas di tepinya. 15. Masukkan inti anggur ke dalam pastri dan sapukan sedikit mentega di atasnya. 16. Canaikan bola doh yang satu lagi menjadi bentuk membulat dengan ukuran 25 sm. 17. Tutup inti dengan pastri bulat. Kelarkan sedikit garisan lubang (slits) atas permukaan pai untuk melepaskan stim masa membakar.Kemaskan dan lipatkan doh di keliling tepi acuan pai . 18. Bakar pai untuk 20 minit dan turunkan suhu kepada kurangkan kepada suhu 176 darjah celcius. 19. Teruskan membakar sehingga perang keemasan, selamaka 45-50 minit lagi. Keluarkan dan pai sedia dihidangkan.
2. JUS ANGGUR SUSU/GRAPE MILKSHAKES (Resipi ini cukup untuk dua gelas)
BAHAN-BAHAN :
300 gm anggur merah/dikupas
200 ml susu segar
50 ml madu
200 gm ketulan ais
CARA MEMBUAT : 1. Masukkan anggur dan susu ke dalam mesin pengisar. 2. Masukkan ais dan madu dan kisar sampai halus. 3. Tuangkan dalam gelas, jus anggur susu siap dinikmati
Cendawan enoki selalu kita masukkan dalam masakan, malah kalau goreng celup tepung pun lagi sedap.
Biasanya kalau beli cendawan ini kita hanya melihatnya secara kasar. Nampak elok terus ambil.
Tak ramai yang arif tentang cara memilih cendawan enoki yang segar dan terbaik untuk dimasak. Dikongsi oleh Chef Deedee Mansor, boleh guna penjelasan beliau ini sebagai panduan sebelum membeli cendawan ini.
Tip dari seorang chef
Dua hari lepas pergi pasar raya, nampak seorang akak nak ambil enoki yang sebelah kiri, tak sampai hati jadi kita tegur dan kongsi ilmu dengan dia.
1) Nak pilih enoki, pilih yang macam yang sebelah kanan, atasnya leper dan bukan macam belah kiri dah kecut dan kepala cendawan sudah kembang masuk angin serta air.
2) Bila picit rasa macam span basuh pinggan dan bukan rasa macam lembik dan berair.
3) Tengok warna cendawan sebelah kiri agak kekuningan, ambil yang masih cerah warnanya.
4) Periksa pek vacum dan pastikan tak masuk angin lagi.