Ikan tongkol masak cuka ini memang sedap dan mampu merangsang selera. Makan nasi panas-panas memang sedap.
Selalunya ikan tongkol dimasak gulai atau masak kicap. Apa kata kali ini kita masak cuka pula. Nak tahu resipinya? Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Sabariah Bahasar ini ye.
Ikan Tongkol Masak Cuka
Bahan-bahan:
3-4 kepingan ikan tongkol
1 ulas bawang Holland (potong bulat) – boleh beli online di sini
Ikan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng. Ketepikan.
Tumis bawang dan halia hingga naik bau.Masukkan cuka dan biji sawi. Tumis lagi.
Tuang air, masukkan hirisan cili api dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Biar mendidih sebelum masukkan ikan. Gaul perlahan.
Kemudian masukkan hirisan bawang Holland dan cili hijau besar. Biar seketika. Tutup api. Siap.
Ikan masin boleh dipelbagaikan gaya masakan bagi menjadikan rasanya lebih enak.Kepada yang kurang berselera makan tu, kalau terbau masakan ikan masin, pasti dapat membuka selera. Ni satu lagi sambal ikan masin yang boleh dibuat. Jangan terkejut habis nasi seperiuk dengan satu lauk ni je.
BAHAN-BAHAN:
100 gm isi ikan masin jenahak | dipotong dadu
100gm isi petai
1 biji bawang besar | dihiris
3 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan.
2. Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyajk.
6. Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata.
7. Tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Petai digoreng terlebih dahulu untuk mengurangkan bau dan ia lebih sedap.
Siapa suka makan tenggiri jeruk ni? Ha…Selain sedap digoreng bersama bawang dan cili, tenggiri jeruk ini juga boleh digunakan untuk masak lauk Kailan Ikan Masin, Nasi Goreng dan sebagainya. Memang sedap! Tapi jika dibeli, satu botol tu harganya berbelas ringgit. Mahal kan? Sebenarnya puan-puan boleh buat tenggiri jeruk ni secara homemade. Caranya sangat mudah. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Mahana Anzel Mua ni.
TENGGIRI JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Kepingan ikan tenggiri
Garam halus secukupnya (boleh juga guna garam kasar. Lebih elok.)
Minyak masak secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan ikan dan lap dengan tisu bagi mengeringkan airnya. Jemur lebih kurang 4 jam.
2. Angkat ikan dan lumurkan dengan garam secukupnya. Lebih bagus jika guna garam kasar.
3. Seterusnya masukkan ikan ke dalam bekas berpenutup dan tuang minyak masak secukupnya.
4. Ikan yang telah siap dimasukkan minyak.
5. Tutup bekas dan biarkan ikan dijeruk selama beberapa hari. Simpan diluar sahaja dan tidak perlu diletak dalam peti sejuk.
6. Untuk menikmatinya, keluarkan ikan jeruk dan masak ikut citarasa anda.
TIP:
Untuk elak lalat kerumun sewaktu dijemur, renjis sedikit cuka pada ikan.
Jika buat ikan jeruk seekor ( tanpa potong), selepas dibersihkan, terus jemur. Kemudian barulah masukkan garam dalam perut ikan.
Minyak yang digunakan untuk jeruk ikan, boleh diguna kembali untuk menjeruk ikan lain.
Kari Ikan Merah Ala Mamak buat sendiri kat rumah makan dengan nasi atau cicah dengan roti memang surrr…
Selain ikan merah, ikan lain seperti tenggiri, jenahak, kembung, selar dan banyak lagi juga boleh dijadikan pilihan untuk masak kari.
Nak lagi bertambah-tambah makan, ada sambal belacan dan ulam timun sebagai pelengkap hidangan. Makan bersama keluarga memang seronok tahu-tahu licin semua dalam pinggan.
Resipi Kari Ikan Merah ala Mamak ini dikongsikan Shazwanie Shahrin. Menurutnya setiap orang ada cara yang berbeza untuk memasak kari.
Kari Ikan Merah Ala Mamak
Bahan-bahan:
Bawang merah 3-4 ulas – mayang halus
Bawang putih 2-3 ulas – mayang halus
Daun kari
Halba campur
Santan (jangan pekat sangat…jangan cair sangat)
Air asam jawa
Rempah kari ikan 25g (1 pek kecil)
Ikan Merah (nak guna ikan lain pun boleh)
Bendi
Tomato
Garam secukup rasa
Cara-caranya:
Panaskan minyak dalam periuk..minyak jangan kedekut sangat..biar banyak sikit menutupi permukaan periuk tu dan lebih kan sikit..
Tumis bawang putih,bawang merah,halba campur dan daun kari..biar kan sampai naik bau, semua bahan berwarna kekuningan dan garing.
Bancuh rempah kari dengan sedikit air..jangan cair sangat dan jangan pekat sangat..refer pada gambar ye..lepas bahan tumis dah naik bau…masukkan bancuhan rempah kari ikan dan biarkan ia masak sehinggah garing dan pecah minyak gitu…kacau tau..takut hangit kat bahagian bawah tu…api sederhana je…
Bila rempah dah nampak garing dan naik pecah minyak tu..masukan air asam jawa…dan santan.
Masukkan ikan dan biarkan seketika…jangan kacau sangat takut ikan hancur pulak..perasakan dengan garam.
Rasai kelembutan Resipi Seri Kaya Homemade Lemak Manis, resipi viral turun-temurun dengan aroma pandan, rahsia air gula hangus, dan kasih dari dapur ibu yang penuh cinta.