Ikan Bakar Tempoyak Pedas Buat Makan Nasi Bertambah-Tambah

Share

Ikan bakar tempoyak pedas ini memang sedap. Kalau peminat tempoyak, kena cuba buat masakan ini. Gerenti puas hati. Boleh buat makan nasi bertambah-tambah.

Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Mazuin Mahmud ini.

Ikan Bakar Tempoyak Pedas

Bahan -Bahan:

2 ekor ikan Kembung (kalau dapat yang segar lagi manis isinya)

6 sudu besar tempoyak ( lagi banyok lagi sedap)

Cili padi / lada burung ( nak lagi pedas boleh tambah ) – boleh beli online di sini

Secubit garam – boleh beli online di sini

Sedikit Ajinomoto ( kalau tak suka, ganti dengan sedikit gula) – boleh  beli online di sini

Limau nipis – boleh beli online di sini

Daun kunyit – racik halus-halus

Daun pisang – untuk balut

Cara Memasak Ikan Bakar Tempoyak Pedas:

Tumbuk cili padi hingga lumat. Setelah itu, masukkan tempoyak, garam, daun kunyit. Gaul sebati.

Sumbat pes dalam ikan yang telah siap dicuci dan dibersihkan Lagi banyak pes lagi sedap.

Balut ikan dalam daun pisang, rapikan. Bakar je dalam kuali atas dapur gas. Tutup dengan tudung periuk dan api slow je. Waktu sekitar 20 minit.

Kalau nak lagi sedap boleh sediakan awal-awal. Lumur pes pada ikan dan balut siap-siap. Kemudian letak dalam peti sejuk. Bila nak makan, keluarkan dan bakar.

Makan dengan nasi panas-panas. Selamat mencuba.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

IKLAN