Kecantikan

Rugi Tak Makan! Ini 7 Khasiat Kaki Ayam Untuk Kecantikan & Kesihatan Badan

Share

Rupanya banyak sangat khasiat kaki ayam untuk kecantikan dan kesihatan badan, malah rugi sangat jika kita tak makan dan amalkannya. Jika selama ini kaki ayam tak ‘dipandang’ atau dibuang terus, selepas membaca fakta menarik dibawah ini, memang kena jadikan kaki ayam antara menu wajib dirumah.

Ini kerana kaki ayam sangat bagus untuk dimakan kerana ia mempunyai pelbagai zat dan khasiat serta amatlah baik untuk kesihatan badan mahupun kecantikan diri. Selain itu, bila masak menu kaki ayam ni sekurang-kurangnya ia membantu meningkatkan kesihatan dan imuniti seisi keluarga.

khasiat kaki ayam

Khasiat Kaki Ayam Yang Ramai Tak Tahu

Berikut antara khasiat dan kelebihan makan kaki ayam yang mungkin selama ini kita pandang ringan:

1. Kolagen Tinggi Untuk Kulit Cantik

Berita baik buat wanita yang nak cantik dan awet muda. Penyelidikan yang dijalankan oleh Department of Animal Science of National Chung-Hsing University di Taiwan mendapati kaki ayam berkhasiat dan mengandungi kolagen yang sangat tinggi dan mampu memberi kelembapan pada kulit.

Antara manfaat kolagen yang terdapat dalam kaki ayam adalah ia membentuk kulit yang anjal, menjadikan kulit sihat, serta membantu menggantikan sel-sel kulit mati dengan lebih cepat. Kolagen ini juga membantu meningkatkan metabolisma terhadap lemak sekaligus menyokong usaha menurunkan berat badan.

2. Kurangkan Risiko Tulang Rapuh

Bukan itu sahaja, pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya osteoporosis iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Khasiat kaki ayam datang daripada kandungan protein, kalsium dan tulang rawan yang mudah diserap oleh tubuh.

Nutrisi ini sangat penting untuk mengukuhkan struktur tulang serta membantu mengurangkan risiko sakit sendi apabila usia semakin meningkat.

3. Membantu Menyembuhkan Cedera

Nutrisi yang dijumpai dalam kaki ayam adalah seperti protein dan kalsium. Kedua-dua nutrisi ini sangat penting untuk membantu menjana semula saraf, otot dan tulang manusia.

Kajian menunjukkan kaki ayam mempunyai nutrisi yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan dan menjadikan tubuh lebih kuat serta bertenaga. Sekaligus menjadikan khasiat kaki ayam ini terbaik untuk merawat kecederaan tubuh.

4. Menyihatkan Saluran Pencernaan

Selain itu, bahagian kaki ayam mengandungi tulang rawan yang sangat lazat. Nutrisi seperti kolagen, kondroitin dan glucosamine akan larut apabila dimasak menjadi sup.

Cecair ini sangat baik untuk sistem pencernaan kerana ia membantu melembutkan lapisan usus dan meningkatkan fungsi penghadaman. Ini menjadikan kaki ayam sangat berkhasiat dan sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur.

5. Menjaga Kesihatan Kuku

Menariknya, khasiat kaki ayam yang dimasak akan menghasilkan asid amino seperti glisin, prolin dan hidroksiprolin yang penting untuk kesihatan kuku.

Selain itu, gelatin yang terhasil daripada rebusan kaki ayam membantu menguatkan kuku serta mengelakkan masalah kuku rapuh atau mudah patah.

6. Menyihatkan Gusi dan Gigi

Gusi memainkan peranan penting dalam menyokong gigi. Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan masalah gusi seperti pendarahan atau lemah. Nutrisi dalam kaki ayam membantu menguatkan tisu gusi serta memperbaiki kesihatan mulut secara keseluruhan. Ini menjadikan ia pilihan makanan yang baik untuk penjagaan oral.

7. Membentuk Probiotik Semulajadi

Agen gelatin yang terdapat dalam rebusan kaki ayam sangat baik dalam membentuk probiotik semula jadi. Probiotik ini membantu meningkatkan imuniti badan serta menyokong kesihatan usus. Dengan pengambilan secara konsisten, sistem pencernaan akan menjadi lebih sihat dan tubuh lebih kebal terhadap penyakit.

Kenapa Perlu Jadikan Kaki Ayam Menu Wajib?

Melihat kepada pelbagai kelebihan ini, jelas bahawa khasiat kaki ayam

bukan sekadar mitos. Ia adalah sumber nutrisi yang murah, mudah didapati dan sangat bermanfaat untuk kecantikan diri dan kesihatan seisi keluarga.

Selain itu, penyediaannya juga mudah dan boleh dipelbagaikan seperti sup, sambal, atau masakan berempah mengikut citarasa tempatan. Ini menjadikan ia pilihan makanan yang bukan sahaja berkhasiat tetapi juga menyelerakan.

Jadi selepas ini, jangan pandang rendah pada kaki ayam. Jadikan ia sebahagian daripada menu harian untuk gaya hidup yang lebih sihat dan seimbang. Dengan mengamalkan makan kaki ayam secara konsisten, anda bukan sahaja menjaga kesihatan dalaman malah turut memberi manfaat kepada kecantikan luaran.

Dapatkan pelbagai resipi kaki ayam yang mudah dan sedap di website RASA

Resipi Kerabu Kaki Ayam Campur Mangga Muda. Sangat Sedap & Cukup Rasa

Resipi Kerabu Kaki Ayam Ala Thai. Pedas Tapi Sedap

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Published by
Suhaidah Abd Wahab