Sempena bulan yang mulia Ini, walaupun tiada bufet Ramadan diadakan namun Hotel Maya menawarkan menu tradisional untuk pelanggan yang ingin merindui masakan sebegini
Chef Hasbullah bersama teamnya bersedia menyediakan menu tradisi ini untuk dinikmati bersama keluarga. Menu ini bakal mengubat kerinduan anda buat keluarga yang jauh terutama di kala perintah kawalan pergerakan yang tidak membenarkan masyarakat pulang ke kampung.
Chef Hasbullah juga terkenal dengan kepakarannya memasak hidangan Melayu seperti Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Nasi Kerabu, Soto Ayam dan sebagainya.
Ads
Pelanggan boleh memilih seleksi set makanan lengkap dengan buah kurma. Jika tidak mahu menu set, boleh juga memilih menu ala carte dengan pilihan makanan tempatan. barat, serta Jepun. Antara Chef signature menu ia ialah Salmon Teriyaki dan Cantonese ‘mi Ying Yong’ .
Ads
Bagi yang mementingkan diet dan kesihatan usah risau. Ada seleksi salad, makanan bebas gula dan vegan. Tidak lengkap makan tanpa pemanis mulut. Boleh nikmati waffle homemade, Chinese pancake with lotus paste atau pun Bubur Pulut Hitam. Begitu juga boleh pilih hidangan minuman yang disukai.
Menu Buka Puasa ini sedia untuk penghantaran bermula 5 hingga 23 Mei 2020 dan menu ala carte dari 5 Mei hingga seterusnya.
Tempahan boleh dibuat melalui Storehub atau hotelmayakl.beepit.com. Pelanggan boleh nikmati 10%store cash back untuk tempahan makanan di masa akan datang. Tertakluk hanya item makanan yang ditempah dari Hotel Maya KL.
Ads
Penghantaran percuma hanya untuk mereka yang berbelanja RM60 sekitar radius perjalanan 5km dan RM80 sekitar radius perjalanan 10km. Harga ini tidak termasuk prevailing tax.
Buat yang merindui masakan tradisi bolehlah membuat tempahan dan menikmatinya bersama keluarga.
Kebiasaannya, kalau nak makan ikan bakar yang sedap mesti kita akan beli kat kedai kan? Bukan apa, takut buat sendiri tak menjadi dan rasanya tak sama macam kat kedai. Jangan risau, jom kita cuba guna resipi yang dikongsi oleh Nasriah Ramli. Tak susah pun sebenarnya nak buat ikan bakar ni. Memang sedap!
Kalau masakan berasaskan cili padi, memang ramailah peminatnya. Sebut je sambal cili padi tidak kiralah untuk apa masakan apa sekalipun, memang sedap dan terbaik.
Apa lagi kalau dipadankan dengan ikan goreng. Cukup asam garamnya, memang terangkat sedap, biarpun pedas tetap menjadi pilihan!
Jom kita cuba 4 resipi ikan dan cili padi sebagai hidangan pemikat selera.
KERISI GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kerisi | buang sisik dan bersihkan 1 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menggoreng dan menumis 20 biji cili padi | hiris – beli online di sini
1. Gaulkan ikan kerisi yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan. 2. Panaskan minyak goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan. 3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan cili, kacau rata. 5. Masukkan pula air asam jawa, kecilkan api dan terus kacau. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 6. Tutup api dan masukkan ikan dan gaul rata. Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
SAMBAL KERING IKAN SELAR
BAHAN-BAHAN:
8-10 ekor ikan selar | siang dan bersihkan 1 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
1 biji bawang besar 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 biji cili merah 15 biji cili padi 1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan. 2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan. 3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan air asam jawa. 5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 6. Akhir sekali tutup api, masukkan ikan dan gaul rata. Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
4-5 ketul ikan tongkol yang telah direbus
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. 3. Tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak. 4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 5. Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi. 6. Gaul rata dan tutup api. Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan.
IKAN BILIS BESAR GORENG CILI BAWANG
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis besar | basuh & toskan 1 biji bawang besar | hiris 2 ulas bawang putih titik 2 biji cili merah 8 biji cili padi Sedikit gula Garam jika perlu Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng & menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit, tumis bawang putih, bawang merah serta cili merah dan cili padi. 3. Tumis hingga wangi dan layu. Masukkan ikan masin. Kacau rata. 4. Jika kurang masin tambahkan sedikit garam bersama gula secukupnya.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Ayam Goreng Kelapa Parut, siapa yang pernah rasa mesti tahu kenapa lauk ni selalu jadi rebutan di meja makan. Kriuk-kriuk yang garing memang padu!
Gabungan ayam yang diperap dengan rempah, disalut kelapa parut dan digoreng hingga rangup, menghasilkan rasa unik yang tak sama macam ayam goreng biasa.
Haruman kelapa goreng yang garing, ditambah pula dengan tekstur ayam yang lembut di dalam — cukup untuk buat sesiapa pun terliur.
Menu ni bukan saja sesuai dijadikan lauk harian, tapi juga cukup ‘wow’ kalau nak jamu tetamu. Jom kita tengok macam mana cara nak buat Ayam Goreng Kelapa Parut yang padu ni!
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: