Buat Tokoyaki sendiri, macam tak percayakan? Tapi ini bukan mustahil kerana Puan Liza ni, dah buat dan menjualnya lebih sembilan tahun. Malah beliau sudi pula berkongsi resipinya untuk anda cuba sendiri di rumah. Moga perkongsian resipi ini menjadikan rezeki Puan Liza bertambah ye..

TAKOYAKI
BAHAN-BAHAN (26-30 biji)

1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu makan tepung jagung
2 biji telur
1 3/4 cawan air
1 sudu makan serbuk perasa ayam
1 sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak
1 sudu teh paking powder
BAHAN INTI :
Sotong/ udang/ crab stick/ sosej
Daun bawang | hiris nipis
Kobis bulat | mayang halus
Carrot diparut halus
BAHAN SOS TAKOYAKI:
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan air
1/2 cawan kicap kipas udang
1 sudu makan tepung jagung
1/2 cawan gula
Madu secukupnya
BAHAN HIASAN:
Sos Tokoyaki
Mayones
Bonito Flakes | boleh beli di pasar di bahagian makanan Jepun atau di shopee.

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
IKLAN
  1. Campurkan semua bahan-bahan dalam besar.
  2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut
  3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
  4. Sediakan bahan inti pula.
  5. Panaskan acuan takoyaki (boleh cari di shoppe) dan sapukan minyak masak di setiap lubang.
  6. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh.
  7. Letakkan inti sotong/udang/ crab stick/sosej di setiap lubang.
  8. Taburkan carrot, daun bawang dan kobis.
  9. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah
  10. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan.
  11. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat.
  12. Renjis-renjiskan dari masa ke masa minyak masak di celah-celah acuan.
  13. Teruskan sampai nampak garing
  14. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
  15. Untuk sediakan sos, campur semua bahan dalam periuk, kacau sebati dan panaskan atas api sederhana hingga mendidih dan pekat.
  16. Angkat, tambahkan madu dan gaul rata. Bila sejuk masukkan dalam botol sos untuk mudah drizzle atas Tokoyaki nanti.
  17. Drizzle sos Tokoyaki, mayones di atas Tokoyaki dan hias di atasnya dengan bonito flakes

Kredit : kakliza

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI