![Top Image RASA (57)](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2020/06/207583.jpeg)
Tekak teringin nak makan prosperity burger tapi masih belum ada di McDonald’s? Buat sahaja sendiri di rumah. Mudah sahaja rupanya cara nak buat prosperity burger ni. Yang bestnya, rasanya saling tak tumpah macam prosperity burger yang dijual di McDonald’s tu. Cuba sahaja resipi Mohd Faiz Fitri Iberahim ini, pasti menjadi!
RESIPI HOMEMADE PROSPERITY BURGER
BAHAN-BAHAN:
- Roti gardenia
- Daging Ramly
- 1/2 biji bawang besar – potong dadu
- Bawang holland – hiris nipis
- 2 sudu tepung gandum
- 1 gelas air
- Lada hitam serbuk – tumbuk
- 2 sudu besar butter
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap manis
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
1. Mula-mula, letak butter pada roti dan goreng dulu kejap.
2. Uli daging ramly dan bentukkan macam bentuk roti.
3. Goreng daging dulu (cucuk-cucuk dengan garfu)
CARA PENYEDIAAN SOS:
1. Panaskan 2 sudu besar butter dan masukkan tepung gandum. Kacau sampai jadi warna gold.
2. Selepas itu, masukkan air 1 gelas dan kacau. Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu tadi, lada hitam 1 sudu besar, sos tiram, kicap dan garam. Masak sampai pekat mana korang nak.
3. Celupkan daging yang dah goreng tadi. Letak atas roti dan letak bawang yang korang hiris tadi.
4. Siap!
Jika anda mencari MEAT GRINDER BLENDER yang murah dan berkualiti, klik DISINI.
KREDIT RESIPI & FOTO: MOHD FAIZ FITRI IBERAHIM
ANDA BOLEH JUGA CUBA RESIPI INI:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Bahulu Cermai Homemade Yang Sedap Hanya Guna 4 Bahan
![Cara Buat Bahulu Cermai Homemade Yang Sedap Hanya Guna 4 Bahan](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2021/01/326562.jpeg)
Sedapnya makan Bahulu Cermai homemade ni panas-panas. Bahulu ni adalah antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Jika dulu-dulu, kuih ni dibakar menggunakan sabut namun sekarang anda boleh hasilkannnya hanya dengan menggunakan ketuhar elektrik. Memang sedap kalau dapat makan panas-panas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Afidah Puan Fida ni. Pasti puas hati tengok hasilnya.
RESIPI BAHULU CERMAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung gandum (beli online disini)
- 1/2 cawan gula (beli online disini)
- 5 biji telur – gred A, B atau C
- Sedikit esen vanilla (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Satukan telur dan gula. Kemudian pukul guna pengadun selama 5 minit hingga kembang pekat.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi selama 2 minit. Masukkan juga esen vanilla. Kacau rata.
3. Panaskan ketuhar dan acuan terlebih dahulu pada suhu 200C selama 10 minit. Acuan perlu dipanaskan buat kali pertama sahaja bagi tujuan supaya bahulu tidak melekat.
4. Sapu minyak masak pada acuan dan tuang adunan bahulu tadi.
5. Bakar pada suhu 200C selama 12 minit. Letak acuan di atas tray pemanggang pada bahagian tengah ketuhar. Bakar guna api atas bawah.
6. Bila masak, keluarkan bahulu dan sejukkan. Sapu minyak pada acuan dan tuang kembali adunan. Ulang langkah sampai habis. Satu adunan akan dapat dalam 48 biji bahulu.
7. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Nor Afidah Puan Fida
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:
Koleksi Resipi Lauk Pauk Sedap & Mudah Masak Tanpa Guna Minyak
Resipi Sambal Ayam Cili Api Berasap Telinga Wehhh. Comfirm Berjurai Air Mata!
Tambah Susu Tepung. Ini Rahsia Hasilkan Donat Pandan Yang Sedap & Gebu
Sos Black Pepper Homemade Yang Likat & Padu, Hanya Guna 7 Bahan Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Mudah Buat Lasagna Daging Yang Lazat
![Mudah Buat Lasagna Daging Yang Lazat](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2019/08/14217.jpeg)
Masih berfikir menu apa untuk minum petang nanti. Min syor masak lasagna daging. Biasa kita membelinya di kedai tapi belum tentu memenuhi citarasa. Bila buat sendiri baru memenuhi citarasa.
Lasagna Daging
Bahan inti :
Daging kisar (1paket 400g) kak guna brand Ramly.
Sos Prego spageti (1 tin)
Sos cili – kak tambah sebab nak rasa pedas
Bawang besar (1biji) – cincang
Bawang putih (5ulas) – cincang
Serbuk lada itam
Garam
Cara-cara :
Tumis bawang besar dengan bawang putih sampai naik bau.
Masukkan daging kisar. Masak sampai empuk. Boleh masukkan sikit air sampai cepat masak.
Masukkan sos Prego, sos cili. Kacau.
Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam.
Siap dan ketepikan.
Cara buat sos putih :
5 sudu besar mentega
3 sudu tepung gandum
500ml susu segar
2 keping keju – kak guna Cheesedale
Cara memasak :
1.Cairkan Masukkan tepung gandum. Kacau jangan sampai berketul. Guna api perlahan.
2.Masukkan susu & cheese. Kacau sebati & cheese cair. Siap. Bila sejuk sos akan pekat.
Lasagna @ roti Gardernia
3Kalau guna lasagna kene celup dengan air panas sekejap. Pastu susun dalam loyang.
4.Kalau guna roti, gelek roti bagi nipis dan celup dengan susu. Susun dlm loyang.
5.Susun selang seli. Lasagna, inti, sos putih.. Buat berlapis.. Lapisan atas sekali biar sos putih.. Tabur dengan mozarela cheese. Lagi banyak lagi sedap.
6.Bakar pada suhu 150’C dlm 30-40 minit @ sampai bahagian atas perang-perang..
7.Siap untuk dimakan!
Kredit : Wahida Zakaria
Nak ‘Merendang’ Ni Dia 5 Resepi Rendang Betul-Betul Sedap.
![Nak ‘Merendang’ Ni Dia 5 Resepi Rendang Betul-Betul Sedap.](https://cdn.rasa.my/2018/05/Untitled-design-33.jpg)
Ada bermacam jenis resipi rendang tapi yang mana satu pilihan hati. Min dah rasa semua rendang ni, memang betul-betul umpph. Bila dah terhidang rendang di meja, aroma berempah wangi boleh ‘terkecur’ air liur. Lauk rendang ni tak payah tunggu raya , hujung minggu pun sedap aje dimakan.
Bila dah ngadap ni dah tak pandang kiri kanan lagi dah. Cubalah…
1.RENDANG TULANG RUSUK RUSA
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg tulang rusuk rusa `
Bahan dikisar :
- 1.5 sm halia
- 2 batang serai /dihiris sebelum dikisar
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 300 gm lengkuas
- 5 helai daun limau purut
- 200 gm cili kering/direbus terlebih dahulu
- 1 biji santan kelapa
- 100 gm kerisik
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya (menutupi tulang)
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan-bahan dikisar. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan tulang rusuk rusa dan air secukupnya.
3. Gaul sebati dan biarkan mendidih, biarkan daging lembut.
4 .Masukkan santan dan kerisik.
5. Masukkan gula dn garam secukup rasa
6. Masak hingga kuah menjadi pekat
7. Sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 7- 8 orang
Masa memasak : 50 minit – 1 jam
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan : Hidangan eksotik yang kurang lemak, kalori dan kaya zat besi
Anggaran kos : RM 50
INFO CHEF :Jika anda ingin memakan daging yang amat kurang lemak dan kalori, daging rusa adalah pilihan terbaik cuma harganya agak mahal sedikit.
2.RENDANG BAHU KAMBING
BAHAN-BAHAN :
- 600 gm daging bahu kambing | direbus terlebih dahulu
- *Ambil sedikit air rebusan
- 200 gm cili padi | ditumbuk halus
- 100 gm serbuk jintan manis
- 100 gm serbuk jintan putih
- 300 gm kerisik
- 4 batang serai | diketuk
- 2 helai daun kunyit | dihiris/carik
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis secukupnya
Bahan dikisar :
- 400 gm bawang merah
- 200 gm bawang putih
- 50 gm halia
- 200 gm lengkuas
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau dan garing.
2. Setelah itu masukkan serbuk jintan manis, jintan putih,cili padi, serai dan sedikit air untuk mengelakkan dari kering.
3. Kemudian masukkan bahu kambing, kacau rata biarkan rencah sebati dengan daging, masukkan air rebusan kambing secukupnya. Apabila air daging hampir kering masukkan santan.
4. Seterusnya masukkan daun kunyit dan kerisik. Masukkan garam dan gula secukup rasa apabila daging sudah empuk.
5. Makanan sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 10 orang makan
Waktu memasak : 1jam
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Rendang sedap dimakan bersama ketupat, nasi impit dan leman
Anggaran kos : RM 45
INFO CHEF: Biarkan daging mereneh lama, agar ia benar-benar
3.RENDANG DAGING KERBAU
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging kerbau | dihiris lebar
- 1liter santan pekat
- 500ml santan cair
- 4 sudu makan kerisik
- 3 batang serai | dititik
- 3cm lengkuas | dititik
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis secukupnya
Bahan Kisar:
- 10 biji bawang merah
- 10 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 3cm kunyit hidup
- 3 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan daging dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan daging, kacau rata, dan biarkan air daging keluar.
4. Setelah air daging kering masukkan santan cair, biarkan mereneh hingga daging empuk.
5. Masukkan pula santan pekat, air asam, garam dan gula secukupnya.
6. Apabila timbul minyak, kecilkan api dan masukkan kerisik.
7. Teruskan kacau hingga kuah rendang pekat atau kering. Bergantung kepada citarasa anda.
INFO CHEF:
Daging kerbau popular di negeri Pahang dijadikan hidangan lauk utama di Hari Raya dan juga kenduri kahwin.
Saiz hidangan: 12-15 orang.
Jenis hidangan: Lauk pauk.
Waktu memasak: 1 jam.
Cara masak: Tumis dan reneh.
Keistimewaan: Rasa daging lebih kenyal dan enak dihidangkan bersama lemang.
Anggaran kos: RM30.
4. RENDANG PEDAS UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg udang saiz XL |dibersihkan dan tos
- 1liter santan pekat
- 2 helai daun kunyit | dicarik-carik
- 3 batang serai | dititik
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar:
- 10 tangkai cili kering
- 3 tangkai cili kering
- 8 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 3cm lengkuas
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan dalam kuali bersama bahan kisar.
2. Masak sehingga kuah hampir pekat.
3. Seterusnya, masukkan udang, daun kunyit, serai, asam gelugor, garam dan gula secukupnya.
4. Kecilkan api dan kacau selalu sehingga rendang kering.
5. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk rasa udang yang lebih manis, goreng udang seketika dan ketepikan. Masukkan bila kuah rendang hampir kering.
Saiz hidangan: 10 orang.
Jenis hidangan: Lauk pauk….
Waktu memasak: 35 minit.
Cara masak: Reneh.
Keistimewaan: Enak dan pedas sesuai dimakan bersama lemang atau ketupat.
Anggaran kos: RM40.
5.RENDANG DAGING TOK PERAK
BAHAN-BAHAN :
- 1 1/2 kg daging/dipotong ikut saiz dikehendaki
- 3 liter santan kelapa
- 1 biji kelapa parut/disangai jadi kerisik
- Sedikit isi kelapa / dihiris kecil jadikan kepingan dan disangai
- 2 helai daun kunyit /dicarik
- 3-4 helai daun salam/dicarik
- 3 batang serai /dititik
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 biji bunga lawang
- 10 biji bunga cengkih
- 1 1/2 keping gula nipah/kabung atau melaka
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
Bahan disangai/goreng tanpa minyak :
- 1 1/2 sudu makan jintan manis
- 1/2 sudu makan jintan putih
- 2 sudu makan biji ketumbar
Bahan dikisar :
- 20 biji cili kering/rendam dahulu
- 1 sudu teh lada hitam
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 3 sm lengkuas
- 5 sm halia
- 3 sm kunyit hidup
- Bahan yang disangai tadi/dikisar sekali
CARA MEMASAK :
1. Perapkan daging dengan sedikit bahan kisar.
2 .Panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan baki bahan kisar. Tumiskan rempah hingga wangi.
3. Masukkan daging yang diperap beberapa jam tadi. Kacau.
4. Masukkan santan, gula Melaka/kabung, separuh dari kerisik, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik. Kacau sedikit dan biarkan ia masak, tambah air jika perlu.
5. Bila daging empuk masukkan semua baki kerisik dan kepingan kecil kelapa yang disangai tadi, kacaukan. Masakkan rendang tok ini biar betul-betul kering.
6. Hidangkan panas-panas
Saiz hidangan : 10 orang
Masa memasak : Satu jam
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan : Rendang Tok popular di negeri-negeri utara
Anggaran kos : RM 40
INFO CHEF: Rempah yang disangai menerbitkan rasa wangi dan aroma rempah yang lazat. Pilih daging batang pinang, jika mahu rendang yang cepat empuk dan sedap.