
Nasi himpit (atau nasi impit) atau nasi kapit merupakan sejenis makanan tradisional Malaysia dari beras yang sering dimakan bersama kuah kacang. Ia juga sering dimakan bersama hidangan sate atau soto. Nasi impit juga adalah antara hidangan wajib di hari raya yang paling mudah dibuat. Bukan saja di hari raya, pada hari-hari biasa pun kadang-kadang tekak rasa teringin nak makan. Terutamanya bersama kuah sate atau kuah lontong. Anda sebenarnya boleh berjimat sehingga 200% apabila buat sendiri kerana hanya bermodalkan beras dan plastik aiskrim sahaja. Jika dibandingkan dengan harga nasi impit ‘instant’, buat sendiri lebih jimat dan dapat dianggarkan kuantitinya dengan lebih tepat.
Tak Perlu Lagi Beli Nasi Impit ‘Instant’. Jimat 200%!
Bahan-bahan:
- Beras
- Daun pandan
- Air
- Plastik aiskrim Malaysia
Cara memasak:
- Cuci beras dan toskan sehingga kering.
- Isi beras 1/3 atau separuh daripada bahagian yang nak diikat. (boleh juga menggunakan stapler)
- Cucuk lubang pada plastik aiskrim menggunakan garfu.
- Masukkan bekas plastik aiskrim yang diisi beras ke dalam periuk besar dan masukkan daun pandan sekali.
- Rebus sehingga masak. Tunggu sehingga sejuk sebelum dipotong.
Petua Masak Nasi Impit Lebih Lembut
Nasi impit boleh tahan lama, betul ke? Bukankah nasi Impit memang sudah disukat dengan standard agar apabila masak ia sekata lembut dan lembiknya. Tetapi sesekali ada juga nasi Impit yang keras terutamanya apabila telah sejuk. Nasi Impit sudah tidak lembut lagi. Silap haribulan, masuk tong sampah nasi Impit tersebut. Memasak nasi Impit segera tidak sesukar mana. Tetapi kadangkala nasi Impit yang kita masak seperti keras, tidak lembut terutamanya ketika sejuk.
Masak nasi impit segera dengan menggunakan bekas periuk yang lebar. Jumlah air mestilah lebih banyak hingga bungkusan ketupat/nasi impit segera itu tenggelam. Masukkan sedikit garam. Gunakan api sederhana. Masak anggaran 1 1/2 jam. Pastikan bungkusan nasi impit telah kembang. Biarkan tos betul-betul. Lepas 2 jam boleh masukkan dalam peti ais untuk hasil yang lebih licin.
Nak tahu petua supaya nasi Impit segera anda tahan lama, lebih kurang 5 hari? Ada caranya. Semasa merebus nasi impit tersebut masukan sekeping atau dua asam gelugur ke dalamnya. Harus diingat, jangan rebus nasi impit terlalu lama. Bila nasi impit telah kembang, angkat dan toskan.
Sumber: fb hajar maliki/ kakazz.blogspot.my/ aynorablogs
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Set Nasi Udang Kunyit, Daging Tumis Kerisik & Udang Masak Jintan, Mantap.

Tak tau nak masak apa hari ni, apa kata masak set Nasi Kunyit dengan lauk Daging Kerisik dan Udang Jintan. Senang nak masak dan sedap, sesuai sangat fimakan bila masa pun. Buat lebih boleh bagi kat jiran sebelah. Seronokkan mencuba pelbagai resipi sedap ni.
DAGING TUMIS KERISIK
.
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging batang pinang |hiris nipis, cuci dan tos
- 2 biji kentang | belah 4 dan goreng separuh masak
- 2 sudu makan kerisik
- ½ cawan kicap manis
- 1 sudu makan hirisan gula melaka
- 1 biji cili merah | hiris serong
- 1 sudu makan makan ketumbar biji | kisar kasar
- 1/2 sudu teh jintan manis
- 1/2 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh lada hitam biji
- Air secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 helai daun pandan
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRISAN:
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 2 cm lengkuas
- 2cm kunyit hidup
- 3 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Daging dicamapur dengan semua bahan kecuali hirisan cili, hirisan bawang besar, bawang putih, kerisik dan kentang goreng separuh masak.
2. Gaul rata, kemudian perapkan sekurang-kurangnya 2-3 jam dalam peti sejuk.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga wangi.
4. Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi, masak hingga daging kecut.
5. Masukkan sedikit air, kerisik, hirisan kentang dan cili merah.
6. Sesuaikan rasa dengan menambah sedikit garam dan gula, ikut keperluan.
7. Setelah daging empuk dan cukup rasa, tutup api. Daging Goreng Kerisik sedia dihidangkan.
UDANG MASAK JINTAN
.
BAHAN-BAHAN:
- 1kg udang
- 3 biji bawang besar | hiris
- 2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- 4 sudu makan rempah kari ikan
- 2 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 2 sudu makan jus limau nipis
- Garam dan gula secukup rasa
- 6 sudu makan minyak masak
- 6 – 7 sudu besar minyak masak
- 2 sudu besar jus limau nipis
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 3cm halia
- 6 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan udang, buang sesungut dan muncung tajam tanpa membuang kepalanya.
2. Gaulkan udang dengan serbuk kunyit, serbuk cili dan satu sudu makan bahan kisar dan jus limau nipis. Perap selama 20-30 minit.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang dihiris.
4. Setelah wangi, masukkan lebihan bahan kisar tadi.
5. Seterusnya masukkan pula campuran rempah kari, jintan manis dan putih yang telah dicampur dan dikacau menjadi pes.
6. Apabila pes telah pecah minyak, masukkan udang, kemudian tambahkan satu cawan air untuk kuah.
7. Kemduian masukkan daun kari, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8. Biarkan seketika di atas api sehingga kuah sedikit likat tetapi tidak terlalu pekat.
9. Tutup api dan udang siap untuk dihidangkan.
NASI UDANG KUNYIT
.
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi | rendam setengah jam dan tos
- 250gm udang | bersihkan
- 1/2 cawan susu cair
- 3 cawan air
- 1 ketul perasa ayam
- Garam secukup rasa
- 1 helai daun pandan
- 1/2 sudu makan serbuk kunyit
- 3 sudu makan mentega
- 2 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 3cm kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
BAHAN HIRISAN:
- 1 biji bawang besar | hiris kasar
- 4 biji bawang putih | belah dua
- 3cm halia | hiris
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan mentega dalam periuk, tumiskan daun pandan.
- Masukkan pula bahan hirisan, kacau hingg layu baru masukkan rempah penumis.
- Setelah wangi, masukkan udang dan gaul rata.
- Apabila udang bertukar warna kemerahan, masukkan beras, gaul rata.
- Setelah beras berubah warna masukkan serbuk kunyit, air, susu cair, perasa ayam dan garam secukup rasa.
- Tutup periuk, kecilkan api dan biarkan mereneh.
- Setelah kuah kering kecilkan api dan biarkan nasi masak lebih kurang 10 minit.
- Setelah masak, nasi boleh dihidangkan.
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG BARU, JOM LAYARI DI SINI, BELI ONLINE AJE.
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
5 Masakan Peha Ayam & Drummet Yang Sedap DiRatah. Gerenti Licin.
5 Masakan Sotong & Udang Ala Tradisi, Hasil Air Tangan Chef Asma .
Resipi Aneka Nasi Dengan Aroma Menyelerakan

Tanpa nasi bagaikan tidak lengkap hidangan makan tengahari atau pun malam. Namun jika jadual anda penuh dan sentiasa sibuk, cuba olah sedikit resipi nasi dengan menggabungkan sekali lauknya sekali. Anda lebih mudah menyediakan hidangan dan dapur tidak kotor. Biarpun hidangan tampak ringkas, namun ia pasti menyelerakan.
NASI ULAM NYONYA BERSAMA AYAM GORENG + SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
3 cawan nasi putih
½ kuntum bunga kantan | dimayang halus
| helai daun Selasih | dimayang
1 batang serai muda |dimayang halus
1 sudu kecil udang kering | ditumbuk halus
3 helai daun Kadok | dimayang
1 helai daun limau Purut | dibuang urat dan dimayang
1 tangkai daun kesom | dimayang
2 helai daun Pudina | dimayang
1 sudu teh kerisik
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR:
½ inci lengkuas
1 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
½ inci halia
2 biji cili hijau
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Bahan kisar: Campur semua bahan dan kisar. Ketepikan.
- Dalam mangkuk besar masukkan nasi putih.
- Kemudian satukan semua bahan kisar, bahan kering lain dan garam secukupnya.
- Gaul rata hingga semua bahan mesra dengan nasi sebelum dihidangkan.
- Enak dihidangkan bersama ayam goreng dan sambal belacan.
AYAM GORENG
BAHAN-BAHAN:
500gm ekor ayam dipotong dan dicuci
1 sudun makan serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kari
Garam secukupnya
Minyak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Perapkan ayam bersama semua bahan perapan.
- Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing dan berwarna keemasan.
SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
7 biji cili api
2 biji cili merah
1 inci belacan |dibakar atau digoreng- BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh gula
5 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja air
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan, kisar hingga lumat.
- Siap dihidangkan bersama nasi ulam.
INFO CHEF:
Nasi ulam ini hampir sama dengan Nasi Kerabu dan rasanya juga hampir sama.
Saiz Hidangan: 1-2 orang.
Waktu memasak: 20-30 jam
Jenis Masakan : Menu utama
Keistimewaan: Mudah dan ringkas disediakan
Cara memasak: Gaul rata
Anggaran kos : RM7.00
NASI KURMA BERSAMA AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
2 cawan Beras Basmathi | rendam 30 minit
2 sudu sudu makan mentega
½ inci halia | kisar
1 sudu besar rempah Kurma-BELI ONLINE DI SINI
1 biji bawang Holland |dicincang halus
2 ulas bawang putih |di halus
1 sudu kecil bunga Lawang
1 batang kulit Kayu Manis
1 sudu kecil buah Pelaga
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 tangkai daun ketumbar
Gula dan garam secukup rasa
3 ½ cawan air rebusan ayam
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega. Tumis bawang Holland, putih, halia,kulit kayu manis, buah Pelaga, bunga lawang hingga wangi.
- Masukkan rempah Kurma, kemudian tambah sedikit air, tumis hingga pencah minyak.
- Kemudian tuangkan tumisan ini ke dalama periuk nasi yang berisi beras dan air rebusan ayam. Kacau rata.
- Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah nasi separuh masak masukkan daun ketumbar, kemudiaan biarkan nasi masak.
- Nasi siap dihidangkan dengan Ayam Masak Merah.
AYAM MASAK MERAH:
BAHAN-BAHAN AYAM GORENG
500gm ayam | bersihkan dan potong lapan
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan garam halus
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN MENUMIS:
2 biji bawang besar |kisar
5 ulas bawang merah |kisar
3 sudu makan pes cili kering
2 biji tomato |kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
1 batang kulit Kayu Manis
2 kuntum bunga lawang
1 helai daun pandan | simpul
2cm belacan | kisar
Air secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Untuk ayam goreng. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan penumis hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar diikuti pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan sedikit air dan biarkan ia mereneh, masukkan belacan, garam, gula dan perasa secukupnya.
- Setelah secukup rasa, kecilkan api dan masukkan ayam goreng dan gaul rata.
- Ayam sedia dihidangkan dengan Nasi Kurma.
INFO CHEF:
Selain Ayam Masak Merah, nasi ini boleh dipelbagaikan lauknya, termasuk dengan daging atau kambing. Ikut kesukaan keluarga anda.
Saiz Hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis masakan: Menu utama
Keistimewaan: Sedap dan berperisa
Cara memasak, tumis dan reneh
Anggaran kos: RM18.00
NASI TURKI KAMBING
BAHAN-BAHAN:
500gm Beras Basmathi | rendam 30 minit
2 sudu makan minyak sapi
1 sudu besar marjerin- BELI ONLINE DI SINI
300gm kambing | potong dadu
½ cawan Yogurt
1 biji lemon | jusnya sahaja
1 sudu makan Jintan Manis
2 kuntum bunga Lawang
1 batang Kayu Manis
2 sudu besar tomato puree
Daun Pudina dan selasih secukupnya
Air secukupnya |sama banyak dengan sukatan beras
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak sapi bersama marjerin. Tumiskan rempah penumis, bunga lawang, kayu manis dan jintan manis hingga naik wangi.
- Kemudian masukkan daging kambing, kacau hingga daging empuk.
- Masukkan tomato puri dan yogurt, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kemudian tuangkan tumisan ini ke dalam periuk nasi berisi air secukupnya. Kacau rata dan masak nasi seperti biasa.
- Apabila nasi telah masak, gemburkan perlahan-lahan dan perahkan jus lemon, daun pudina dan selasih segar. Tutup semula periuk dan biarkan lima minit lagi.
- Nasi sedia dihidangkan .
INFO CHEF:
Jika tidak mahu menggunakan kambing boleh tukar dengan daging lembu atau ayam.
Saiz Hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak: 30-45 minit
Jenis Masakan: menu utama
Keistimewaan: Ringkas dan nasi sedap berperisa
Cara memasak: Tumis dan reneh
Anggaran kos: RM25.00
NASI DAGING AIR ASAM UTARA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras Basmathi | rendam 1/2 jam
3 cawan air rebusan daging
BAHAN REBUSAN:
400 gram daging lembu
1 inci halia | hiris nipis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
3 1/2 cawan air
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang besar | hiris nipis
3 ulas bawang putih | hiris nipis
2 kuntum bunga Lawang
1 batang Kayu Manis
2 kuntum bunga C
3 biji buah pelaga
1 helai daun Pandan | simpul
1 sudu makan rempah Kurma
1 batang serai | dititik
2 sudu makan minyak Sapi
1 sudu makan marjerin
3 sudu makan tomato puri
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIASAN:
Hirisan daging
Kismis hitam
CARA MEMASAK:
- Daging rebus: Rebus daging bersama bahan rebusan yang lain hingga daging empuk.
- Untuk nasi: Panaskan minyak sapi dan marjerin. Tumis bahan tumis hingga wangi.
- Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kemudian tuangkan dalam periuk nasi berisi beras dan air rebusan daging.
- Kacau seketika dan masak seperti nasi biasa.
- Akhir sekali masukkan kismis dan hirisan daging. Gaul rata dan biarkan lima minit lagi.
- Nasi siap dihidangkan dengan air asam dan hirisan daging.
AIR ASAM:
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar | hiris nipis
2 biji tomato, potong | dadu kecil
7 biji cili merah | hiris
1 inci belacan | dibakar
1 sudu makan sos ikan Thai
1 cawan Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan, gaul rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
INFO CHEF:
Hidangan ini popular di negeri utama Malaysia terutamanya di negeri Kedah.
Saiz Hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis masakan: Menu utama
Keistimewaan: Ringkas dan mudah disediakan
Cara masak: Tumis dan reneh
Anggaran kos RM20.00
NASI PILAF AYAM
BAHAN-BAHAN:
500gm Beras Basmathi | rendam 30 minit
300gm daging ayam + tulang
2 sudu makan minyak Sapi
1 sudu makan Marjerin
½ cawan susu cair @ susu segar
1 sudu makan serbuk Jintan Manis
2 kuntum bunga Lawang
1 batang Kayu Manis
½ sudu kecil serbuk lada hitam
4 kuntum bunga Cengkeh
2 helai Daun Pandan
Daun Pudina & Selasih secukupnya
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
JOM TONTON DAPUR RASA LIVE: Ayam Masak Cendawan PKP & Nasi Beryani Udang Cheese Lockdown
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak sapi bersama marjerin. Tumiskan rempah ratus,jintan manis,bunga lawang dan kayu manis hingga wangi.
- Masukkan susu cair, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Tuangkan tumisan dalam periuk nasi yang telah berisi beras dan air secukupnya.
- Kacau rata, masukkan daun padan dan masak seperti nasi biasa.
INFO CHEF:
Nasi Pilaf dan nasi yang popular dinegara-negara Timur Tengah. Lauk pauknya boleh dipelbagaikan. Ikut citarasa anda.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis masakan: Menu utama
Keistimewaan: Ringkas dan mudah sajikan
Cara memasak: Tumis dan reneh
Anggaran kos: RM16.00
NASI KEMBOJA BUNGKUS
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih secukupnya
BAHAN UNTUK DAGING
500 gm Daging Lembu |batang pinang hiris nipis
1 inci halia | kisar
1 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 inci halia |dimayang halus
3 ulas bawang putih | dimayang
1 biji bawang merah | dikisar
1 batang serai | titik
2 sudu makan kicap pekat
1/2 cawan kicap cair
Sos ikan secukupnya
Daun bawang sebagai hiasan
Jus lemon | dari perahan 1 biji lemon
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan hirisan hingga wangi. Kemudian masukkan bawang kisar dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan daging dan tumis hingga masak.
- Masukkan pula kicap cair, jus lemon,serai, garam dan gula secukup rasa.
- Tambahkan sedikit air jika daging belum empuk.
- Masak hingga kuah pekat dan daging empuk.
- Cara hidang: Letakkan daging kicap di atas nasi panas dan hidangkan.
INFO CHEF:
Nasi Kemboja adalah makanan untuk bekaldibawa ke sawah. Di Kemboja ia dibungkus dalam daun Teratai.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis Masakan: Menu utama
Keistimewaan: Ringkas dan sedap
Cara memasak: Tanak, tumis dan reneh.
Anggaran kos: RM10.00
NASI BRYIANI AYAM YOGURT
BAHAN-BAHAN:
500gm Beras Basmathi | rendam 30 minit dan tos
400gm daging ayam | potong sederhana
2 sudu makan minyak Sapi
1 sudu makan Marjerin
1/2 cawan yogurt
1 biji Lemon | jusnya sahaja
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh bunga Lawang
1 batang Kayu Manis
2 sudu besar tomato puree
Daun Pudina secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit Saffron | direndam dalam 1/2 cawan air panas
Gula & Garam
Air secukupnya
Pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak Sapi bersama Marjerin. Tumiskan rempah ratus, jintan manis,bunga lawang,kayu manis hingga wangi.
- Masukkan ayam, kacau rata sehingga masak.
- Masukkan tomato puri dan yogurt perasakan dengan gula dan garam.
- Masukkan beras basmathi dalam periuk nasi bersama air secukupnya, tuangkan bahan tumisan tadi kacau mesra masak seperti biasa.
- Apabila hampir masak,masukkan air safron,tutup dan biar masak.
- Setelah masak percikkan sedikit pewarna kuning dan masukkan daun pudina segar dan tutup 5 minit lagi.
- Nasi sedia dihidangkan.
INFO CHEF:
Elakkan rendam beras Basmathi, terlalu lama dan kerap digaul semasa memasak. Ia akan menyebabkan beras patah dan nasi tidak cantik selepas dimasak.
Saiz hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan: Menu utama
Keistimewaan: Mudah dan ringkas disajikan
Cara memasak: tumis dan reneh
Anggaran kos: RM 20.00
NASI KABULI KAMBING
BAHAN-BAHAN:
500gm Beras Basmathi
3 sudu makan minyak Sapi
400gm kambing | potong dadu
1 sudu makan serbuk Ketumbar
2 sudu makan serbuk Jintan Manis
2 kuntum bunga Lawang
1 batang Kayu Manis
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
5 helai daun limau purut
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak Sapi bersama marjerin. Tumiskan rempah ratus, jintan manis,bunga lawang, kayu manis hingga wangi.
- Masukkan kambing dan lada hitam, masak hingga empuk.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Tuangkan dalam periuk nasi berisi beras Basmathi bersama air secukupnya.
- Masak seperti nasi biasa.
- Apabila telah masak gemburkan nasi perlahan-lahan dan masukkan daun pudina dan selasih segar dan tutup lima minit dan siap untuk dihidang.
INFO CHEF:
Nasi ini asalnya dari Kabul, Afganistan dan ia telah popular di Malaysia.
Saiz hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan: Menu utama
Keistimewaan : Ringkas dan sedap
Cara memasak: Tumis dan reneh
Anggaran kos: RM20.00
RESIPI : CHEF OBIE
Nak Meniaga Pulut Kuning & Rendang Ayam? Wanita Ini Kongsi Resipi & Tip

Pulut kuning sentiasa menjadi pilihan jika ada jamuan istimewa bersama keluarga mahupun jiran tetangga.
Lebih-lebih lagi, jika dimakan dengan rendang ayam yang pekat dan sedap. Tetapi jika dibuat untuk meniaga, kenalah rasanya sedap dan tahan lama.
Menerusi perkongsian di Facebook, Salmiah Baharom bermurah hati berkongsi cara untuk menyediakan pulut kuning dan rendang ayam. Malah ini resepi yang sama digunakan untuk buat jualan.
CARA BUAT PULUT KUNING
BAHAN-BAHAN:
1kg beras pulut | cuci dan rendam dengan serbuk kunyit minimum 4 jam sebelum kukus – beli online di sini
3 helai daun pandan
½ kg santan pekat – beli online di sini
Garam
1 sudu gula
TONTON Makan Di Mana Eps 17: Menu Simple, Harga Baik, Wajib Try…
TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk
CARA-CARA:
1. Kukus beras pulut yang dah direndam bersama daun pandan. Sementara pulut masak, panaskan santan dengan api yang perlahan.
2. Kacau jangan berhenti untuk elakkan santan mendidih dan berketul (tak perlu masak sampai mendidih, cukup setakat panas untuk elakkan santan cepat basi dan pulut tahan lebih lama)
3. Masukkan garam dan gula.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
NOTA:
1) Fungsi gula bukan untuk memaniskan tapi lebih kepada untuk menyeimbangkan rasa.
2) Lebihkan sikit garam di dalam santan sebab kalau garam setakat ngam-ngam rasanya, bila dah gaul dengan pulut jadi kurang rasa masinnya.
RENDANG AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | cuci dan goreng tapi jangan garing
*15 tangkai cili kering | potong buang biji dan rendam dalam air panas – beli online di sini
*3 batang serai – beli online di sini
*1 ½ inci halia – beli online di sini
*1 ½ inci lengkuas – beli online di sini
*1 inci kunyit hidup – beli online di sini
*5 labu bawang besar
2 paket kerisik – beli online di sini
400gm santan pekat – beli online di sini
1 paket rempah 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
Garam
Daun kunyit
Serbuk perasa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Kisar bahan yang bertanda * . Panaskan minyak dan tumis rempah 3 sekawan.
2. Masukkan bahan kisar. Masak sampai naik minyak. Masukkan santan dan kerisik (tambahkan air panas sikit).
3. Bila dah mendidih, masukkan ayam yang dah digoreng. Masukkan daun kunyit, garam dan perasa. Masak sampai kuah menjadi pekat.
Kredit resipi: Salmiah Baharom
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Cara Ringkas Masak Gulai Nangka Muda & Ayam Masak Lemak Cili Api
Resipi Mudah & Sedap Cara Masak Hati, Perut, Limpa & Paru Sempena Aidiladha
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: