Belum cuba belum tahu, bila sudah cuba teringin nak lagi. Itulah gambarannya bila anda yang belum cuba makan atau menganggap sotong tak sesuai dijadikan hidangan oembuka selera atau pemanis mulut yang lemak manis rasanya. Tapi percayalah bila sudah makan baru tahu rasanya. Sedap sungguh ye, tak percaya cubalah buat kerana resipinya ada dikongsikan di bawah.
KETUPAT SOTONG VERSI KELANTAN BAHAN-BAHAN: ( Untuk 10 orang makan) 4 kg sotong | saiz XXL 1kg pulut susu 8 keping kecil gula Melaka. 3 helai daun pandan Lidi pencungkin gigi secukupnya. 1kg santan caiar 1kg santan pekat
Ads
CARA MEMBUAT:
Ads
Ads
Siang sotong dan buang kulit dan mata.
Basuh dengan air garam dan toskan.
Basuh pulut susu dan toskan.
Siatkan daun pandan dan letakkan pada bahagian bawah periuk.
Masukkan sedikit santan pekat dan garam secukupnya ke dalam pulut yang telah dibasuh tadi dan gaul sebati. Rasa dahulu untuk pastikan cukup rasa masinnya.
Masukkan pulut dalam badan sotong, tinggalkan suku ruang untuk ruang pulut mengembang.
Jangan terlalu sendat atau longgar memasukkan pulut, bimbang sotong akan pecah semasa dimasak nanti.
Sumbatkan kepala sotong di bahagian atas dan kemaskan dengan mencucuk lidi secara menyilang pada kepala dan badan sotong supaya lekat dengan kemas.
Setelah siap masukkan dalam periuk dan letakkan periuk atas dapur tanpa nyalakan api. Dahulu.
Masukkan santan cair dan lebihan santan pekat ke dalam periuk berisi sotong. Campurkan setengah cawan air ke dalam santan, Tak perlu kacau.
Masukkan gula melaka ke dalam periuk tadi tanpa perlu dipecah.
Hidupkan api sederhana dan tunggu hingga gula Melaka hancur dan santan sedikit pekat.
Setelah cukup rasa manisnya dan santan sedikit pekat tutup api.
Ketupat Sotong sedia dihidangkan.
Kredit : Dapur Resipi Pikat Selera.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Cous cous mempunyai rasa yang enak, baik untuk kesihatan serta sesuai bagi menggantikan nasi. Bahkan Cara penyediaannya juga cepat dan tidak ambil masa yang lama.
BAHAN-BAHAN:
400gm cous cous
300gm udang
1 biji bawang Holland |dicincang
4 ulas bawang putih | dicincang
1/2 biji lada benggala hijau| dipotong kiub kecil
1/2 biji lada benggala merah | dipotong kiub kecil
150gm kacan pis
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
2 cawan air panas
Garam dan lada sulah secukup rasa
2 sudu makan minyak jagung atau canola.
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang Holland serta bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukkan lada benggala hijau ,merah, udang dan serbuk ketumbar. Padamkan api dan rehatkan tumisan sebentar.
Dalam mangkuk berlainan, rendam cous-cous bersama air panas. Biarkan sehingga kembang. Masukkan juga minyak masak jagung /canola ke dalam rendaman cous-cous. Kacau rata.
Kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumis tadi ke dalam cous-cous. Perasakan dengan garam dan lada sulah dengan secukupnya.
Akhir sekali tabur kacang pis sebagai hiasan. Sedia untuk dinikmati.
Biasa kalau beli cucur udang tak kan dapat rasa sebagaimana yang diingini. Ada yang terlalu berminyak, keras dan sebagainya. Senang aja, caranya guna tepung gandum yang dicampur dengan tepung beras.Kalau ada yang teringin nak makan, boleh buat untuk minum petang nanti.
Udang saiz sederhana (udang harimau pon boleh) Udang kecil Ikan bilis – segenggam – BELI ONLINE DI SINI 3 ulas bawang merah dimayang nipis Daun kucai Serbuk kunyit Garam Air Minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Udang saiz sederhana dibuang kulit dan dipotong-Potong. 2. Udang kecil dibuang kepala. 3. Kemudian ambil satu mangkuk besar. 4. Masukkan kesemua tepung gandum dan tepung beras. 5. Masukkan garam / serbuk pati ayam 6. Gaul-gaulkan (kering tanpa air) 7. Kemudian masukkan kedua-dua jenis udang & ikan bilis 8. Masukkan juga serbuk kunyit 9. Masukkan pula bawang dan daun kucai 10. Masukkan air ( jangan terlalu lembik) 11. Gaul-gaul biar sekata (warna dan bahannya) 12. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. 13. Goreng dengan cara jatuhkan bancuhan itu dari tepi kuali, supaya dia jatuh meleper dan jadi nipis.
Bila dah masak, angkat dan toskan cucur atau cekodok udang.
Kredit : Farah Farhana
INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR TERBARU UNTUK MEMASAK, BELI ONLINE DI SINI.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...