Rasanya sungguh tersendiri, pedas, sedap, masam dan memang sesuai sebagai juadah yang boleh memikat selera makan. Inilah yang istimewanya masakan autentik Gulai Asam Rong Ayam Kampung. Selain ayam kampung korang boleh tukar dengan ikan sungai lagi sedap.
GULAI ASAM RONG AYAM KAMPUNG
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
1kg ayam kampung | potong kecil & bersihkan
5-6 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan | belah empat
5 biji terung telunjuk
3 sudu makan asam rong
1 keping asam gelugor
Garam dan perasa secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
Ads
30 biji cili padi
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan dalam periuk air, bahan kisar dan asam rong, kacau rata.
Renehkan atas dapur, bila mendidih masukkan ayam.
Apabila ayam masak, masukkan asam gelugor, terung, bunga kantan dan daun kesum.
Setelah sayur layu masukkan garam dan perasa secukupnya.
Tutup api bila cukup rasa.
Gulai sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Perggh tengok rupa sambal tempe ni dah tau sedap. Ni versi basah ada pulak ikan bilis rangup dalam sambal memang bertambah-tambah makan nasi.
Jom semak resipi sambal tempe dari Mariana Zainal ni. Ada orang suka buat kering, tapi versi basah ni lagi mantap makan dengan nasi. Pastikan ikan bili digoreng garing tau.
SAMBAL TEMPE VERSI BASAH ( resipi Mariana Zainal)
BAHAN-BAHAN : 4 peket tempe(hiris ikut suka dan goreng garing) 4 biji kentang(potong ikut suka dan goreng) 2 genggam ikan bilis (goreng garing) 2 1/2 sudu besar gula 1 sudu kecil garam Sedikit bahan perasa 1 keping asam keping 1/2 cawan air(sebaiknya air panas)
Bahan kisar: 25 pcs cili kering 1 biji bawang besar(kalo x berapa besar tambah lg 1 biji) 5 ulas bawang putih 1 cawan minyak masak (kisar halus semua bahan ini)
CARA MEMASAK : 1. Masukkan bahan kisar dalam kuali.
2. Masukkan gula, garam, bahan perasa dan asam keping, masak hingga betul2 naik minyak dan sambal garing.
Walau drama Titian Cinta dah hampir sebulan tamat, tapi auranya masih kuat, apa lagi OST lagu drama ini, Sumpah Cinta dan Sungguh Mencinta terus diputarkan di radio hingga hari ini.
Siapa sangka penyanyinya Noasfan Shah atau lebih dikenali sebagai Asfan sebenarnya seorang yang cerewet soal pemakanan. Dek kerana cerewet itulah beliau sanggup memasak sendiri dan bawa bekal makanan bila berada di luar rumah.
Akui Asfan, beliau menjadi seorang pemilih soal makanan yang diambil sejak menyedari bahawa tabiat pengambilan makanan seseorang itu boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan jika diambil secara berlebihan. Sebagai langkah pencegahan Asfan cuba untuk mengamalkan pemakanan sihat. Awalnya agak sukar dan menyusahkan tetapi lama kelamaan beliau boleh membiasakan diri.
“Bila mendengar ramai orang meninggal dunia kerana masalah jantung dalam usia muda. Lebih menyedihkan bila saya dengar ada kanak-kanak dan remaja menghidap tekanan darah tinggi dan diabetes, menjadikan saya gerun. Oleh itu tidak mustahil saya dan ahli keluarga mendapat penyakit ini jika tidak mengamalkan pencegahan dari awal.
“Melalui pelbagai info yang saya perolehi sama ada melalui pembacaan, cerita orang mahupun pengalaman kawan-kawan sebahagian dari punca masalah kesihatan ini datang dari makanan yang diambil tanpa kawalan dan makan ikut nafsu,” ujar Asfan.
Reaksi terhadap permasalahan tersebut, Asfan mengambil keputusan untuk mengubah cara pengambilan makanan. Beliau mula selektif dalam memilih makanan bila makan di luar.
“Saya menjadi sangat cerewet, tidak kira untuk sarapan, makan tengahari mahupun malam saya akan fikirkan apa yang boleh makan dan tidak boleh. Sampai satu tahap saya akan kira kalori dalam makanan yang akan saya makan. Makanan berlemak, berminyak, tinggi kandungan gula dan garam memang saya jauhi,” ujar Asfan.
Ain Sakinah Razali yang ada bersama mengakui sifat cerewet Asfan, menjadikan beliau sebagai isteri rasa terbeban. Tetapi demi kesihatan mereka sekeluarga, Ain menyesuaikan diri dengan cara pengambilan makanan suaminya.
“Asfan jarang mengambil daging merah, menjauhi makanan berlemak dan berminyak. Kalau kami berdua keluar membeli barang dapur, dia sangat belek segala tulisan ada pada kotak, botol atau tin makanan yang ingin dibeli. Segala kandungan kalori, apa bahan yang ada semua diperhatikan,” tingkah Ain sambil melayani anak bongsunya, Ali Wakeel Shah, sembilan bulan. Sementara, Ali Haytham Shah, 2 tahun yang masih lena tidur.
TIDAK KEKOK DI DAPUR
Sejak mendirikan rumah tangga Ogos tahun 2012, Asfan sebenar tidak kekok di dapur untuk menyediakan sendiri hidangan keluarga kecilnya. Antara menu yang sering disediakan adalah pasta dan salad, malah anak-anaknya sangat suka sarapan dengan ‘Macaroni Cheese’ yang disediakan olehnya.
“Kalau ada kesempatan saya suka masuk dapur memasak masakan kegemaran kami sekeluarga. Tapi bila sudah masak saya tidak suka kemas dapur, yang jadi mangsa isteri. Dia yang terpaksa kemas dapur dan cuci semua pinggang mangkuk dan periuk kotor yang telah saya gunakan untuk memasak.
“Walaupun sangat cerewet dan banyak pantang larang. Sekali sekala kalau teringin kami ambil juga daging tetapi dalam kuantiti sedikit. Saya atau isteri akan sediakan dalam menu kami tetapi dalam penyediaan lebih sihat. Contohnya kami akan masak tanpa menggunakan bahan berlemak seperti santan. Jika mahu masak lemak kami tukar santan dengan susu rendah lemak atau tukar minyak masak dengan minyak zaitun jika ingin menumis,” cerita Asfan yang sudah lebih 10 tahun terbabit dalam industri muzik.
MASA UNTUK ISTERI DAN ANAK-ANAK
Biarpun sibuk dengan kerja-kerja belakang tabir dalam penerbitan beberapa album artis baru sebagai penulis lirik dan pencipta lagu, Asfan tetap mencuri sedikit masa sibuknya untuk bersama isteri serta anak-anaknya.
“Sekarang jadual saya agak padat, tetapi bukan alasan untuk mengabaikan keluarga. Anak-anak kami masih kecil dan perlukan perhatian sepenuhnya dari kami suami isteri. Walau pun Ain sanggup berhenti kerja demi memberi tumpuan sepenuhya kepada anak-anak, saya tidak boleh lepas tangan.
“Setiap minggu saya akan pastikan sehari atau dua kami dapat bersama dengan anak-anak. Selalunya saya akan bawa mereka keluar, pergi ke mana-mana yang boleh mengembirakan anak-anak dan membiarkan mereka bebas bermain dan menerokai persekitaran di luar dari likungan rumah kami, “ tegas Asfan mengakui isteri dan anak-anak adalah pendorongnya untuk terus bekerja kuat dalam industri.
SEMAKIN KUKUH DALAM INDUSTRI
Asfan yang mula dikenali menerusi lagu Terhenti Di Sini, di mana lagu ini menjadi lrunut bunyi drama Nora Elena pada tahun 2011 telah membawa Asfan muncul dengan single keduanya, Maafkan Aku, diikuti dengan lagu Alasan Untuk Bahagia mengukuhkan lagi namanya sebagai penyanyi.
Biarpun lagu-lagunya menjadi siulan tapi di kalangan peminat seni, mereka kurang mengenali Asfan. Namun ia bukan alasan untuk beliau patah semangat. Sebaliknya, dari awal pembabitan Asfan dalam industri adalah untuk mengembangkan bakat dan kerjaya bukan mencari glamor.
“Saya lebih selesa dikenali masyarakat kerana bakat bukan kerana kontraversi. Bagi saya glamor boleh dicari tapi bakat adalah aset untuk saya pergi jauh dan bertahan dalam industri.
“Tahun ini, impian saya adalah untuk memantapkan karier seni termasuk membantu membuka peluang kepada bakat baru yang di bawah satu bumbung syarikat muzik untuk mengembangkan bakat nyanyian mereka,” ujar Asfan yang terbabit secara langsung dalam menjayakan rakaman artis lain untuk lagu ciptaannya.
Antara artis yang terbabit termasuklah Arja Lee, Haiza dan kumpulan Qanda. Disamping itu, Asfan juga bakal muncul dengan album sulungnya tidak lama lagi. Untuk album sulungnya ini, Asfan turut memuatkan beberapa lagu single popular yang pernah menaikan namanya sebelum ini.
Jom Kita tengok resipi ringkas dan berkhasiat daripada Asfan.
Dengar namanya saja dah terasa pedas kan. Tapi sedap sebenarnya makan ayam goreng yang bercili-cili ni. Lagi-lagi ada petai. Siapa yang suka pedai, wajib cuba resipi ni. Resipi ini dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat di group facebook majalah RASA iaitu RASA Share Resepi. Bagi yang belum join group rasmi majalah RASA, bolehlah join ya. Join sini https://www.facebook.com/groups/1845633835463149/
BAHAN UTAMA
1/2 ekor ayam
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
1. Ayam dipotong kecil dan dicuci bersih.
2. Gaul dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
BAHAN KISAR
Cili padi | agak-agak nak pedas mana
1 biji tomato
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
CARA PENYEDIAAN
1. Kisar semua bahan sampai lumat.
BAHAN LAIN
Serai | diketuk
Daun limau purut
Asam keping
Garam
Petai
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Guna minyak masak yang dibuat goreng ayam tadi. Masukkan bahan kisar.
2. Tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan serai, daun limau purut dan asam keping. Gaul sebati.
4. Masukkan ayam goreng, petai dan garam. Gaul seketika. Matikan api dan siap!
Ketahui 5 bahan dapur yang paling berkesan menghilangkan bau hanyir ikan air tawar seperti patin, keli, tilapia dan haruan, lengkap dengan tip tambahan yang mudah dipraktikkan.