Memang ralit kalau dah mula mengunyah kerepek. Kudap-kudapan yang bukan sahaja dihidangkan untuk Hari Raya, malah untuk hari biasa pun pasti mendapat sambutan.
Tak kira sama ada kerepek pisang, kerepek ubi atau rempeyek. Dalam tak sedar, dah habis sebalang. Jika nak lebih jimat dan menghasilkan lebih banyak kuantitinya, boleh sahaja buat sendiri.
Rasa pun boleh sesuaikan ikut cita rasa masing-masing. Bahan-bahannya mudah diperoleh dan mudah juga membuatnya. Ikuti cara menyediakan 10 jenis kerepek yang sentiasa mendapat tempat di hati ramai.
CARA MEMASAK: Panaskan minyak masak. Masukkan sesudu air garam dalam minyak panas (merecik sikit nanti). Sagat pisangnya terus kedalam kuali. Gaul manja supaya pisang tak patah. Goreng sampai kekuningan, bolehlah angkat dan toskan.
NOTA: Letakkan air garam berselang-seli ketika menggoreng. Gorengan pertama (letakkan garam), gorengan kedua (tak perlu), gorengan ketiga (letakkan garam). Ulang begitu sehingga habis menggoreng.
CARA MEMASAK: Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambahkan sedikit tepung dan kalau keras, tambahkan air).
Uli doh supaya jadi nipis. Doh memang akan menjadi lebar. Jika nak mudah, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai.
**NOTA: Jika buat canai yang besar, kita akan dapat kuih yang besar dan akan cepat habis kerja.
Sapukan doh yang telah dicanai tadi dengan pes tepung ubi kayu. Sapu rata.
Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Untuk mendapat lapisan yang banyak, perlu canai adunan memanjang agar gulungannya pun banyak. Nipis dan tebal terpulang kepada selera masing-masing.
Tekan sedikit dengan jari agar mudah untuk dicanai.
Ambil doh kecil tadi dan canai leper. Apabila dah agak leper, nak canai 2 hingga 3 keping sekali pun boleh. Dah canai, susun atas permukaan rata (seperti atas talam) yang sudah ditabur tepung agar tidak melekat antara satu sama lain.
Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Goreng hingga kekuningan (api jangan terlalu kuat), toskan minyak dan sira atau gaulkan dengan gula halus.
Dah siap! Bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.
CARA MEMASAK: Campurkan sedikit demi sedikit bahan A ke dalam bahan B.
Uli sebati tapi jangan lembik. Adunan perlu keras sedikit.
Jangan tambah air. Guna bahan yang dikisar sahaja untuk uli doh.
Leperkan doh dan mesin menggunakan mesin mi untuk menipiskan doh. Lagi nipis lagi bagus. (Buat langkah gantungkan tali dan kemudian jemur supaya cepat kering.)
Setelah kering, baru buat langkah mesin mi untuk membentuk pasta.
Masa menggoreng, letakkan sedikit daun kari untuk menaikkan aroma. Siap.
BAHAN-BAHAN: 1 paket kulit popia (saiz besar ) – Boleh beli online di sini 1 biji telur 5 sudu besar gula 1 sudu teh pati asam jawa – Boleh beli online di sini 1 sudu teh garam Minyak (untuk menggoreng)
BAHAN KISAR 20 biji cili kering 3 ulas bawang putih 5 biji bawang merah 2 sudu besar udang kering – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK: Gulung kulit popia dan lekatkan hujungnya dengan telur.
Gunting ikut citarasa masing-masing.
Goreng hingga kuning keemasan dan toskan.
Ambil 4 sudu makan minyak bekas gorengan kulit popia tadi dan tumiskan bahan kisar dengan api sederhana panas.
Tambahkan pati asam jawa, gula dan garam.
Masak sehingga terbit minyak.
Masukkan kerepek popia dan gaul rata.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
CARA MEMASAK: Sekeping kulit popia disapukan dengan putih telur.
Kemudian, letakkan seaweed yang telah dipotong kecil. Jika nak cepat dan mudah, boleh letak sekeping besar terus dan kemudian boleh digunting.
Setelah itu, sapukan putih telur pada sekeping lagi kulit popia dan segera letakkan ke atas seaweed tadi. Kemudian, boleh digunting mengikut saiz yang dikehendaki.
Setelah selesai, bolehlah digoreng sehingga garing keemasan.
CARA MEMASAK: Potong labu ikut ira lekok labu. Buang bijinya.
Kupas kulitnya tapi jangan tebal. Agak-agak masih ada warna hijau kulit pada labu tersebut. Guna penyagat dan sagat nipis-nipis.
Setelah siap sagat, basuh dan toskan. Tak perlu rendam air garam. Cuci biasa sahaja.
Lapikkan tisu dapur di atas talam. Kemudian, letakkan labu yang ditoskan tadi ke dalam talam dan jemur. Jemur agak-agak kering dalam setengah jam hingga satu jam bergantung kepada cuaca. Kerepek ini dijemur untuk bagi rangup.
Setelah siap dijemur, goreng dengan api yang sederhana.
Apabila agak kekuningan, boleh angkat dan sejukkan.
Ada yang suka makan Rojak Singapore? Bolehlah cuba masak sendiri untuk keluarga. Menurut empunya resipi; Radenz Dotter menu ini adalah bahan jualan beliau semasa PKP tempoh hari. Bermula dari 30 pek hinggalah meningkat kepada beratus pek. Jadi bagi yang berniat untuk berniaga, menu ini salah satu yang boleh dicuba. Sedap & mudah. Malah sesuai juga dimasak untuk hidangan keluarga tercinta. Jom cuba!
Makanan barat ni sebenarnya ringkas aje buatnya. Terutama menu snek dan kudapan, punyalah sedap boleh kenyang sampai ke malam. Tapi hati-hati tak boleh makan selalu nanti gemuk la pulak.
Apa pun sajian sebenarnya memang tak boleh ‘terlebih’makan. Okay, ni dia resipi ori dari barisan tenaga pengajar Chef Muhammad Aizat Sha’rani dan team chef Sg Academy yang terletak di Putra Majestik, Jln Kasipillay, Kuala Lumpur.
Chef Muhammad Aizat Sha’rani (kanan sekali) dan pasukan
Buat sendiri kan lagi jimat…
1. MAC N CHEESE PRAWN
BAHAN-BAHAN:
500 gm makaroni
50 – 80 gm mentega
2 sudu makan tepung gandum
500ml susu segar
250 gram keju parut (shredded)
6 ekor udang | dibuang kulit
Setangkai daun parsli | dicincang
Garam secukup rasa
Lada sulah atau lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Masak makaroni di dalam periuk mengikut arahan masa di bungkusan. Tos dan masukkan kembali ke dalam periuk. 2. Udang direbus. Angkat dan tos. 3. Cairkan mentega di di dalam kuali dan masukkan tepung. Goreng tepung sambil dikacau selama 1 minit atas api perlahan. 4. Perlahan-lahan tuang susu sambil kacau. 5. Masukkan udang dan cendawan. 6. Kacau sehingga ianya hampir mendidih, kecilkan api dan biarkan mereneh selama 2 minit. Tutup api. 7. Masukkan keju dan kacau sehingga ianya cair dan sebati. 8. Tuangkan sos keju ke atas pasta dan kacau sehingga bergaul dan bersalut rata 9. Tabur garam dan lada hitam secukup rasa 10. Masukkan daun parsli dan kacau rata. 11. Teruskan hidang sementara masih panas.
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 25 hingga 30 minit Cara memasak: Rebus dan reneh Jenis masakan: Sajian barat Keistimewaan: Rasa yang begitu enak berkrim dengan udang segar.
Info Chef :Selain udang anda boleh menggantikan dengan makanan laut yang lain atau pun ayam
2. BELGIUM WAFFLES
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur gred A
1 cawan tepung serbaguna @gandum
2 sudu teh serbuk penaik
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan mentega | dicairkan
1 1/2 sudu makan gula kasterr
1/2 sudu teh esen l vanilla
CARA MEMASAK :
1. Panaskan pembakar waffle (waffle maker). Ayak tepung bersama baking powder. 2. Pukul telur hingga betul-betul kembang. 3. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati. 4. Apabila pembakar waffle maker sudah panas, masukkan sesenduk adunan bater dan ratakan. 5. Tutup penutup pembakar (waffle maker) dan masak sehingga waffle masak.
Saiz hidangan: 4 0rang Waktu memasak:15 hingga 20 minit Cara memasak: Bakar Jenis masakan: Waffle Belgium Keistimewaan: Sedap dimakan dengan krim dan buah-buahhan
Info chef: Waffle juga enak dimakan dengan madu, mentega, coklat , jem dan sirap maple.
3. FUNNEL CAKE FRIES
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung serba guna
1sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
2 biji telur
4 cawan gula putih
½ cawan susu
1 sudu teh esen vanilla
4 cawan minyak masak
Serbuk kayu manis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tuang tepung ,serbuk penaik dan garam dalam satu mangkuk. 2. Dalam bekas yang lain masukkan telur,gula,susu dan vanilla pukul dengan mixer sehingga berbuih. 3. Campurkan bahan yang dipukul dengan mangkuk yang mengandungi tepung,serbuk penaik dan garam. 4. Gaul sehingga sebati. 5. Letakkan adunan di dalam beg piping. 6. Tuang minyak kedalam periuk yang besar setinggi 2.5 sm. Panaskan minyak 350 darjah F. 7. Paip adunan membentuk garis panjang dan lurus ke dalam minyak dan goreng sehingga keemasan. 8. Angkat dan toskan minyak seketika seblom disalut dengan cinimon gula. 9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 4- 5 orang Waktu memasak:25 hingga 30 minit Cara memasak: Goreng Jenis masakan: Kudapan Amerika Syarikat (U.S.A) Keistimewaan:Enak dimakan dengan coklat sos dan sos/jem buah-buhan beri
Info chef :Adunan bater tradisi menggunakan tepung , gula, susu , vanilla dan tepung, seaakan sama dengan adunan membuat penkek tradisi Amerika Syarikat tetapi adunannya tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
4. CALZONE
BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk doh :
300gm tepung gandum
6 gm yis
20 gm mentega
10 gm gula halus
1 sudu teh bread improver
¼ sudu teh garam
1½ sudu makan madu
170ml air
1 sudu makan mayonis
Bahan untuk inti ayam :
1 cawan isi ayam | dicincang halus
1 biji bawang besar | dihiris dadu
2 ulas bawang putih | ditumbuk halus
2.5 sm halia | ditumbuk halus
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan rempah kari daging
½ sudu makan sos tomato
Sedikit daun bawang | dihiris halus
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
5 biji cili padi
¼ batang lobak merah
Sedikit parutan keju cedar
Sedikit air
CARA MEMASAK : Doh: 1. Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. 2. Tambah mentega dan terus meNggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung.Kemudian bulatkan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. Inti ayam : 4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing. 5. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam cincang dan cili padi yang diketuk, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat. 6. Perasakan dengan garam dan secubit gula.Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan. Calzone : 7. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. bahagikan pada 4 bahagian sama besar, bulat-bulatkan. 8. Ambil 1 bahagian, canai hingga leper.Sapukan permukaan doh yang dicanai dengan kuning telur agar mudah lekat bila di klim nanti. 9. Letak daun salad 1/4 bahagian inti ayam dan taburkan parutan keju, kemudian lipat dua dan tekan hujungnya biar bercantum. Buat hingga siap pada baki adunan. 10. Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak masak, biarkan doh mengembang sedikit kemudian sapu kuning telur pada setiap permukaan calzone dan cucuk2 sedikit dengan garfu 11. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan:4 orang Waktu memasak:30 hingga 40 minit Cara memasak: Bakar Jenis masakan: Sajian berasal dari Itali Keistimewaan: Inti yang lazat dengan kulit yang lembut
Info chef :Doh juga boleh dikelim seperti karipap di kelilingnya
5. SLOPPY JOE
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging cincang
3 ulas bawang putih | dicincang
1 biji bawang besar holland |dicincang
1 cawan sup tomato
1 cawan puri tomato
½ cawan sos cili
1/3 cawan gula perang
3 sudu besar kicap
2 sudu makan | boleh letak lebih jika suka
12 biji bun burger
CARA MEMASAK : 1. Tumis bawang besar, bawang putih hingga sedikit garing. 2. Masukkan daging cincang dan goreng hingga masak. 3. Campurkan semua bahan-bahan lain dan reneh 20 minit. Kacau sekali sekala 4. Sudukan daging cincang di atas roti burger. 5. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 12 biji burger Waktu memasak:30 hingga 35minit Cara memasak: Tumis Jenis masakan: Burger Keistimewaan: Tidak menggunakan kepingan daging burger sebaliknya daging cincang yang dimasak lazat
Info chef : Berbeza dengan burger daging biasa, sloppy joe burger hanya dilapisi daging cincang yang dimasak tanpa perlu meletakkan bahan lain. Anda boleh menambah keju jika suka.
RESIPI : CHEF MUHAMMAD AIZAT SHA’RANI, CHEF NADZIRAH ABDUL RAZAK DAN CHEF FARIBUS ANAK KANDAU
TERIMA KASIH : MR PRABHA, SG ACADEMY, Lot D-00-03A, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Jarang sekali buat kudapan seaweed roll ni. Tapi percayalah bukan anak anak suka,malah seisi keluarga. Sekali makan pasti ulang kali makan, sedar-sedar habis sepinggan.Cara buat pun sangat mudah dan dijamin sedap.Boleh cuba sementara anak-anak sedang bercuti sekolah ni.
Seaweed Roll
Bahan-bahan untuk inti:
Dada ayam
Lobak merah
Bawang merah
Bawang putih
Serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
(Boleh jugak ikut citarasa masing masing nak buat inti macam mana)
Nori – seaweed
Tepung bestari, nak guna tepung beras pun boleh,tapi letak telur
Cara memasak:
1.Paipkan inti atas nori macam ni,kemudian gulung.
2.Buat banyak banyak, gulung macam ni.
3.Kemudian potong tiga setiap gulung tu.
4.Siapkan bancuhan tepung,saya guna tepung bestari. Nak guna tepung beras pun boleh,tapi letak telur sebiji. Bancuhan tak cair tak pekat,agak agak boleh melekat pada nori.
5.Panaskan minyak
6.Salutkan gulungan tadi dengan bancuhan tepung.
7.Gorengkan,tepung tu dah nampak cantik, boleh lah angkat.