Tidak lengkap hari anda tanpa peneman hidangan minum petang. Setiap dari kita mempunyai citarasa yang berbeza , ada yang menggemari kuih manis dan sebaliknya. Apa-apa pun makan manis biarlah berpada- pada, jangan sampai potong kaki pula gara-gara gula yang tinggi. Lebihan roti boleh diolah menjadi pemanis mulut yang ringkas dan senang. Puding roti yang lembut dan gebu dengan rasa lemak keju dan coklat yang enak buat anda rasa puas tatkala menikmatinya.

PUDING ROTI BERKEJU

BAHAN-BAHAN

  • 
10 keping roti
  • 
2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan gula perang
  • 250 gram krim keju
  • 1 biji telur
  • Coklat cip
  • Vanila Essence

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Potong 4 roti dan susun dalam loyang hingga habis.
  2. Tuangkan susu segar atas roti. Rendam dalam 15 minit.
  3. Pukul cheese sampai gebu dan masukan telur. Pukul lagi.
  4. Dalam bekas yang lain masukkan gula perang dan essen vanila. Pukul lagi hingga sebati.
  5. Masukkan adunan cheese ka atas roti dalam loyang tadi.
  6. Taburkan coklat cip diatas roti
  7. Bakar suhu 180 darjah, lepas 20 minit, turunkan ke 150 darjah. Bakar dalam masa 40 minit.

Kredit: Maslina Meor Radhi

SANGKHAYA FAK THONG (KASTARD LABU)

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji labu bersaiz sederhana
  • 4 biji telur
  • 350ml santan
  • 250gm gula
  • 1 sudu teh esen vanila

CARA MEMASAK:

  1. Potong bahagian tangkai labu dan buang bijinya dengan menggunakan sudu. Ketepikan seketika.
  2. Dalam mangkuk adunan, pecahkan telur dan kacau sebati.
  3. Masukkan santan dan kacau bersama gula sehingga gula larut. Kemudian masukkan esen vanila. Kacau rata.
  4. Masukkan adunan telur tadi ke dalam labu dan kukus lebih kurang 1 jam 20 minit sehingga puding menjadi kental.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Santan boleh digantikan dengan susu cair.

UBU KAYU KARAMEL GULA MELAKA

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 batang ubi kayu bersaiz sederhana
  • 250gm gula perang
  • 100gm gula Melaka
  • 1 helai daun pandan
  • 400ml air

CARA MEMASAK:

  1. Ubi kayu dibersihkan dan dibuang kulit. Potong sepanjang 10cm.
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam periuk yang bersesuaian.
  3. Rebus sehingga ubi empuk dan gula menjadi pekat. Kacau bahagian bawah bagi mengelakkan gula menjadi hangus.
  4. Setelah ubi empuk, angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Boleh juga dihidangkan bersama santan.

PUDING BATIK KOKO KARAMEL 

BAHAN-BAHAN:

BAHAN-BAHAN A

  • 5 biji telur
  • 5 keping roti
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin air kosong
  • 1 sudu teh sen vanila
  • Secubit garam

BAHAN-BAHAN KARAMEL

IKLAN
  • 5 sudu gula

BAHAN-BAHAN ADUNAN B

  • 2 sudu serbuk koko

CARA-CARA:

  1. Masukan kesemua bahan-bahan A di dalam mesin pengisar (blender) dan kisar sehingga halus.
  2. Adunan yang tadi di asingkan kepada dua bahagian. Satu adunan biasa dan lagi satu adunan (B) di tambah dengan serbuk koko.
  3. Untuk karamel masakkan 5 sudu gula sehingga keperangan. Anda boleh masak karamel terus dalam loyang atau didalam periuk yang berasingan.
  4. Masukkan adunan A ke dalam loyang dan kukus dahulu selama 20 minit. Kemudian masukkan aduna B, kukus juga selama 20 minit.

Kredit: Zuraidah Abdullah

Info Chef: Masak gula dengan api yang perlahan dahulu dan tinggikan suhu api bila karamel mula cair.

 

PULUT PISANG

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 mangkuk pulut masak
  • 3 biji pisang berangan
  • 1 helai daun pandan
  • 3 mangkuk santan pekat
  • 4 sudu makan gula
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan dalam periuk bersama pisang dan daun pandan.
  2. Masak atas api sederhana, Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah.
  3. Setelah pisang empuk, masukkan gula dan secubit garam sebagai penambah rasa.
  4. Apabila secukup rasa. Matikan api.
  5. Untuk menghidangkannya, skopkan pulut tawar ke dalam mangkuk.
  6. Kemudian tuangkan santan pisang tadi.
  7. Pulut pisang sedia dihidangkan.

Info Chef: Hidangan ini enak dihidangkan panas atau sejuk, terpulang pada cita rasa anda.

PUDING SUSU TEH HIJAU

BAHAN-BAHAN:

  •  2 1/2 sudu teh serbuk teh hijau
  •  40gm gula kastor
  •  300ml susu segar
  •  2 + 1/4 sudu teh serbuk gelatin (halal)
  •  2 sudu makan air

CARA MEMASAK:

  1. Rendam gelatin bersama air. Biarkan sehingga kembang.
  2. Panaskan susu segar dan gula kastor sehingga mendidih sedikit.
  3. Kecilkan api, masukkan serbuk teh hijau yang telah diayak. Kacau sekata.
  4. Campurkan gelatin tadi dan kacau rata. Angkat dari api.
  5. Tapis adunan dan masukkan ke dalam jar kecil. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

Info Chef: Boleh menggunakan serbuk teh hijau daripada jenama apa sekali pun.

Nikmatnya Dapat Makan Bolu Coklat Lapis Cheese Kukus Ni

Geramnya Tengok Kek Sarang Semut Yang Cantik Ni! 

Kek Coklat Kukus Paling Ringkas, Hasil Sedap, Lembut & Moist.