Semut memang suka merayap dan membuat sarang di dalam rumah kita kan. Walaupun tidak bahaya tetapi kalau dibiarkan berleluasa kemungkinan akan memudaratkan kesihatan kita. Betul tak?
Kalau selalu guna racun serangga pun tidak bagus juga untuk kesihatan kita. Jadi, melalui perkongsian Farah Fara wanita ini berkongsi tip tentang bagaimana nak buat ‘racun semula jadi’ untuk menghalau semut semut ini.
Bahannya mudah sahaja. Senang hendak buat pula. Pendek kata tidak perlukan modal pun.
PETUA HALAU SEMUT DI DALAM RUMAH DENGAN SATU BAHAN SAHAJA
Ads
BAHAN:
Kulit telur (cuci dan keringkan)
CARA BUAT:
1. Anda cucilah bersih-bersih kulit telur itu. Kemudian keringkan, tidak kisahlah jemur atau apa-apa cara sekali pun asalkan kulit telur kering.
2. Selepas itu anda hancurkan kulit telur itu sampai jadi serbuk atau cebisan kecil-kecil. Anda boleh pilih hendak guna lesung batu ke pengisar ke janji kulit telur itu hancur.
3. Kemudian bakar atau goreng tanpa minyak serbuk kulit telur itu sampailah ia garing. Tutup api dan biarkan sejuk sebentar.
4. Selepas itu anda bolehlah ambil serbuk kulit telur itu dan taburlah di kawasan laluan semut itu atau di kawasan semut selalu ‘lepak.’
5. Kalau ada lebihan serbuk kulit telur itu jangan pula dibuang. Simpan dalam bekas, nanti boleh ulang guna. Tidaklah membazir.
6. Dalam dua tiga hari kalau nampak serbuk kulit telur yang kita tabur sebelum ini sudah berkurang, bolehlah tabur sekali lagi.
Menurut pengamal petua ini iaitu Farah Fara, dia sudah lama mempraktikkan petua ini. Nampaknya berhasil setakat ini. Biasanya wanita ini meletakkan serpihan kulit telur ini di dalam laci kabinet dan di tepi dinding.
Ads
Jimat, mudah dan In Sha Alllah berkesan. Selamat mencuba.
Tiap-tiap hari kita masak. Lepas masak mesti kena basuh peralatan memasak, terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya. Susah juga nak cuci dan sental.
Jadi macam mana nak hilangkan kesan hitam degil bawah periuk? Menurut perkongsian daripada saudari Zainun Mamat, dia mengamalkan petua guna sabun mandi dan keluli besi cuci periuk.
Hasilnya, memang macam periuk baru! Malah periuknya yang sudah berusia 22 tahun masih tahan dan bersih cun melecun.
Dalam sebuah keluarga selalunya akan ada yang mengalami masalah gout. Kebiasaannya golongan lelaki. Bagi yang ada pesakit gout dalam rumah, memang serba salah nak menyediakan hidangan berasas daging yang tinggi purine ini. Takut termakan, gout menyerang.
Namun begitu menurut Principal Scientist, Dr Suri Roowi ada beberapa kaedah memasak yang boleh digunakan pakai untuk menurunkan kandungan purine tinggi penyebab gout. Jadi bolehlah cuba.
Teknik memasak dan kesannya terhadap purine (penyebab gout)
Bagi pesakit gout, kandungan purine yang tinggi dalam makanan boleh sebabkan gout. Bahan ini hadir dalam makanan dan kuantitinya bergantung kepada teknik memasak. Contohnya;
1. Teknik memotong daging
Daging yang dipotong kecil-kecil @ daging hancur (minced meat) lebih rendah kandungan purine berbanding daging yang dipotong besar-besar.
2. Membilas
Teknik membilas diikuti dengan memasak makanan akan kurangkan jumlah purine.
Kajian menunjukkan membilas daging lembu menggunakan air dan daging pada nisbah 5 : 1 selama 5 minit diikuti dengan alirkan dengan air mengalir akan turunkan kandungan purine sebanyak 25%.
Kajian lain juga menunjukkan jumlah kandungan purine daging lembu menurun dengan ketara dari 8.6 kepada 5.2 mg/g protein selepas dibilas. Selepas membilas dan memasak penurunan yang lebih besar dilihat antara 4.6 mg/g protein.
Sampel ayam belanda tanah tidak menunjukkan perubahan ketara selepas dibilas, tetapi penurunan ketara dilihat selepas dibilas dan dimasak. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa membilas makanan di dalam air berkesan mengurangkan jumlah kandungan purin dan memasak seterusnya selepas membilas menghasilkan pengurangan jumlah kandungan purin yang lebih besar.
3.Teknik Memasak
Merebus makanan lebih baik berbanding kukus dan memasak gelombang mikro.
Kajian menunjukkan bahan purine dalam ikan tilapia menurun daripada 46% kepada 25% setelah direbus dan dikukus selama lebih 30 minit.
Sebaliknya, hanya 17% purine telah hilang jika dimasak dengan microwave selama 7 minit. Bahan purine dalam ikan yang digoreng pula didapati lebih tinggi. Walau bagaimanapun, mendidih ikan yang sama akan mengurangkan tahap purine.
4. Masa memasak
Masa memasak juga mempengaruhi kandungan bahan purine. Kajian menunjukkan memasak sup cendawan pada masa lama akan hasilkan bahan purine lebih banyak.
NOTA: Selain daging, makanan laut dan organ dalaman juga adalah antara sumber makanan tinggi purine yang boleh menyebabkan asid urik punca masalah gout.
Perut tidak sedap atau senang kata, ‘sebu perut’. Selalunya hal sebegini disebabkan oleh masalah penghadaman yang disebabkan oleh masalah penghadaman tidak baik menyebabkan perut kembung, senak dan sebu sehingga menjejaskan aktiviti. Bagi mengurangi masalah ini berikut RASA kongsi info paling mudah meredakannya selain dari mengamalkan jus halia.
Berikut empat jenis buah yang boleh bantu tangani masalah sebu perut hanya dengan cara makan atau minum sahaja.
AIR KELAPA
Air kelapa selain menyegarkan badan ia juga mengingkatkan kadara electrolyte dan melancarkan pengaliran cecair dalam badan. Secara tidak langsung melancarkan pengaliran cecair dalam tubuh tanpa sebarang masalah.
PISANG
Sama seperti air kelapa, pisang juga mengandungi potassium, tetapi anda disarankan mengambil pisang jika anda tidak ada selera akan. Ia bertujuan untuk memberikan ada tenaga. Selain itu pisang juga membantu mengatasi masalah sembelit.
BETIK
Jika anda menghadapi masalah buang air besar, ambil sahaja beberapa potong betik. Ini kerana enzim dakan betik boleh memecahkan protein bagi melancarkan proses penghadaman untuk lebih efektif.
TIMUN
Selain dijadikan sayur, timun sering dikaitkan dengan tujuan kecantikan terutamanya untuk perapian wajah. Sebenarnya bahagian hirdrasi pada timun baik untuk mengurangkan masalah pedih perut. Ia sangat membantu melegakan radang atau bengkak pada perut.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...