Biskut raya dah habis, malas nak menguli lagi. Jangan risau cuba resipi viral 3 bahan ni bukan sahaja mudah tapi sedap gerenti anak-anak suka sebab rasa coklat koko krunch tu menarik perhatian! Jom cuba.
RESIPI KOKO KRUNCH BAR
Ads
BAHAN-BAHAN:
300g Koko Krunch
(sy guna yg kecik2 beli kt kedai bekery je.Takde koko krunch ni pun tak pe boleh je pakai koko krunch yg biase ade kt kedai tu..then kalau nak tukar cereal lain mcm crispy rice/honey star ke pon boleh..😁
250g butter
300g Mashmellow (yg kaler putih)
CARA MEMASAK:
Ads
Masak ats dapur ye api kena kecik.
Sediakan kuali masukkan 250g butter cairkan.
Setelah cair masukkan 300g mashmellow gaul2 sampai bahan2 semua tu tadi cair seperti susu pekat.
Kemudian masukkan 300g Koko krunch dan gaul sampai bahan2 td rata keseluruhnye.
Tutup api masukkan ke dalam loyang dan padat2 kan guna sudu.
Masakan apapun kalau menggunakan serai memang sedap. Aromanya yang memenuhi dapur memang terbayang dah kesedapannya. Resipi ayam masak serai kali ini cukup membuat kita terliur melihat rupa hidangannya.
Jom kta tengok resipi perkongsian Khadijah Jaafar, pengasas Meester Muruku. Taklah rumit sangat membuatnya. Ayam tu kena digoreng dahulu tapi usah sampai garing sebab nanti nak masak lagi dalam sajian dibuat.
AYAM MASAK SERAI
BAHAN-BAHAN :
Bahan Kisar
CARA MEMASAK : 1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Ketepikan
2. Panaskan minyak dan goreng ayam tadi (usah lama sangat, biar setengah masak atau 3/4 masak.) 3. Ambil periuk atau kuali, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar.
4. Biar naik bau, kemudian masukkan cili kisar tunggu hingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan serai yang dititik, diikuti dengan air asam jawa.
6. Masukkan ayam goreng dan kacau rata, perasakan dengan garam dan gula
7. Taburkan dengan hirisan lada benggala. Sajian siap dihidang
Korang dah mula mengumpul biskut raya ke? Ada yang terlebih rajin lebih suka membuatnya sendiri. Lagi puas makan katanya. Biskut Batang Buruk ini kalau buat awal pun boleh simpan buat kuih raya nanti atau mungkin juga boleh buat kudapan lepas bertarawih.
BISKUT BATANG BURUK Bahan-bahan: * 2 bungkus besar kulit popia * 3 bungkus tepung kacang hijau * 800 gram gula aising * 2 biji putih telur – sebagai pelekat * Straw saiz besar * Minyak – untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Potong kulit popia memanjang seperti didalam gambar mengikut ukuran pembaris 2. Cabut sehelai demi sehelai kemudian gulung di straw dan gunakan putih telur sebagai pelekat
3. Bila dah siap gamkan semua, jemur dengan straw yang dah dililit kulit popia tadi sekejap dalam 10 minit, kemudian boleh keluarkan popia yang dah kering tu kesemuanya 4. Seterusnya, tepung kacang hijau disangai lebih kurang 10 minit menggunakan api sederhana sehingga garing dan ringan 5. Kemudian boleh angkat dan sejukkan. 6. Bila dah sejuk, masukkan gula aising – kisar gula sampai jadi halus. 7. Gaul ratakan gula dengan tepung sampai sebati. 8. Selepas itu, goreng kulit popia dalam api yang sederhana sehingga sedikit kekuningan dan angkat 9. Akhir sekali, sumbat kulit popia yang dah digoreng tadi dengan tepung kacang hijau. Buat sampai habis.
Nota: Ada yang tak sumbat pun dengan tepung kacang hijau, hanya gaulkan bagi rata. Resipi ini dapat 2 kilo setengah, kalau nak buat sikit, boleh bahagikan 2 bahan-bahan di atas.
Sekali sekala tukar selera best gak kan. Kalau suka makanan berempah, sajian Pakistan ni boleh dicuba. Masak udang, ketam , ikan gaya ni memang tersangatlah sedap. Lauk pauk Pakistan juga suka menggunakan yogurt dalam resipinya di samping penggunaan rempah ratus.
.
.
Nak tahu apa yang sedap dan istimewa sangat masakan Pakistan nih, jom semak resipi yang dikongsikan Chef Sakya Hamid & geng Hotel Summit Subang, UST Selangor
1. IKAN TANDOOR (Pakistan)
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk perapan :
CARA MEMASAK :
1. Ikan bawal yang telah dibersihkan masukkan ke dalam bekas dan bahan bahan lain yang telah siap boleh dimasukkan seperti serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar ,bawang ,bawang putih, halia, dan lain- lain boleh dicampur sekali untuk perapan.
2. Ikan bawal tadi digaul rata menyeluruh bersama perapan , biarkan selama 15-20 minit.
3. Selepas itu barulah dibakar menggunakan dapur arang dengan suhu yang sederhana selama 15minit.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Bakar @panggang
Keistimewaan : Ikan bakar dengan rasa yogurt dan isi ikan berjus
Jenis masakan : Sajian utama, ikan
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Jika mahu lebih sedap bakar dalam pasu tertutup
2. IKAN MERAH TIKKA BAKAR (Pakistan)
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk perap :
CARA MEMASAK :
1.Pastikan bahan bahan untuk diperap siap dan mula perap ikan dengan bahan bahan telah disediakan .
2. Gaulkan kesemua ramuan dengan sempurna dan biarkan ikan diperap sekurang-kurangnya selama 15minit. Ikan yang telah diperapkan tadi bolehlah dicucuk pada lidi sate.
3. Proses mambakar bolehlah menggunakan dapur arang supaya aroma dan ikan yang dipanggang enak dan sedap. Biarkan hingga ikan masak berjus, dengan api sederhana dan kecil.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Bakar @panggang
Keistimewaan : Ikan merah yang manis dengan aroma minyak sapi
Jenis masakan : Sajian utama, ikan
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Jika suka anda boleh juga memasukkan sedikit santan segar dalam perapan ikan.
3. KETAM KARAHI (Pakistan )
.
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
1. Ketam yang telah dibersihkan perlu diperap bersama bahan -bahan seperti sedikit serbuk kari ikan, serbuk jintan putih,ketumbar,kicap cair, minyak bijan.
2. Perap ketam selama 15minit supaya dapat meresap bahan bahan tadi.
3. Selepas itu baru mula memasak bahan bahan lain, panaskan kuali dan masukkan minyak masak tunggu sehingga panas.
4. Masukkan bawang yang telah di mayang, tomato, masak sehingga naik bau dan masukkan serbuk kari ikan dan serbuk rempah ratus lain, tuangkan sedikit air dan kacau hingga masak dengan suhu yang sederhana .
5. Tunggu hingga pecah minyak baru masukkan ketam yang telah diperapkan. Masak hingga sempurna dan masukkan garam mengikut citarasa anda.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan :Ketam rempah berjus dengan rasa kicap soya enak
Jenis masakan : Sajian utama, ketam
Anggaran kos : RM 27
INFO CHEF : Pilih ketam segar dan banyak isi untuk rasa hidangan yang lebih enak
4. IKAN KURMA PAKISTANI (Pakistan)
.
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
1. Ikan tenggiri yang telah dibersihkan perlu diperap bersama bahan-bahan seperti serbuk jintan manis, serbuk jintan putih,ketumbar.
2. Perap ikan tenggiri selama 15minit supaya dapat meresap bahan bahan tadi. Selepas itu baru mula memasak bahan-bahan lain.
3. Panaskan kuali dan pijarkan minyak dalam kuali.
4. Masukkan bawang yang telah di mayang, halia dan bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga.
5. Masak sehingga naik bau dan masukkan serbuk rempah ratus, tuangkan sedikit air , yogurt dan kacau hingga masak dengan suhu yang sederhana tunggu hingga pecah minyak.
6. Baru masukkan ikan tenggiri yang telah diperapkan dan air limau.
7. Masak hingga sempurna dan masukkan garam mengikut citarasa anda..
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Ikan
Jenis masakan : Sajian utama, ikan
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF: Untuk hidangan yang lebih beraroma dan sedap, anda boleh gorengkan tanpa minyak jintan manis dan jintan putih sebelum dijadikan serbuk.
RESIPI : CHEF SAKYA HAMID, CHEF MOHD AZIZI HAMZAH, CHEF MOHD AZHAR JEMANGIN, CHEF HAMID WAHAB & CHEF SULAIMAN SALIH
TERIMA KASIH : Summit Hotel Subang ,USJ,Persiaran Kewajipan, USJ 1, Subang Jaya, Selangor
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hameediyah Ramadan 2026 tampil dengan promosi iftar nasi kandar, Briyani Buluh Kambing dan pakej open house Aidilfitri eksklusif. Tempah awal dan nikmati tawaran menarik!