Wow! Kali ini RASA ingin kongsikan resipi karipap tetapi bukan karipap goreng, sebaliknya karipap bakar. Istimewa sungguh resipi karipap ini kerana bagi anda yang ingin kurangkan pengambilan minyak, bolehlah cuba resipi ini.

Jom kita lihat resipinya.

KARIPAP BAKAR

Karipap Bakar, Cara Nikmati Karipap Tanpa Goreng

BAHAN INTI KARIPAP
Minyak masak untuk menumis
3 ulas bawang putih (dicencang)
5 ulas bawang merah kecil (dicencang)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 tangkai daun kari
3 sudu besar pes kari
200 gram keledek oren (kupas dan potong dadu)
250 gram kentang (kupas dan potong dadu)
Air secukupnya
1/2 biji limau purut (diambil jusnya)

CARA MEMBUAT INTI KARIPAP
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang merah kecil dan bawang besar.
2. Setelah bawang layu, masukkan daun kari. Kacau seketika.
3. Masukkan pes kari. Kacau lagi. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan keledek oren. Kacau rata.
5. Masukkan kentang. Kacau lagi.

Karipap Bakar, Cara Nikmati Karipap Tanpa Goreng
6. Masukkan air secukup untuk memasak keledek oren dan kentang sehingga lembut.
7. Masukkan juga garam secukupnya. Kacau seketika. Tutup kuali.
8. Apabila keledek oren dan kentang semakin masak, air akan semakin kurang. Cuba dulu sedikit keledek dan kentang. Jika sudah lembut, tidak perlu tambah air.
9. Masukkan jus limau purut. Kacau seketika dan matikan api. Masukkan bahan ini ke dalam mangkuk dan ketepikan.

IKLAN

BAHAN DOH KARIPAP
460 tepung gandum
40 gram tepung jagung
4 sudu kecil gula kastor
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk penaik
250 gram mentega
1 biji telur ayam
6 sudu besar air ais

CARA MEMBUAT DOH KARIPAP
1. Dalam bekas, masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula kastor, garam dan serbuk penaik. Kacau sebati.
2. Masukkan mentega yang sejuk. Kacau mentega supaya sebat dengan tepung.
3. Masukkan telur yang telah dipukul. Gaul lagi seketika.
4. Masukkan air ais. Masukkan sedikit demi sedikit sambil menggaul.
5. Sekarang, gunakan tangan untuk menguli semua bahan ini. Uli sehingga menjadi doh yang tidak melekit di tangan.
6. Tutup bekas dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama sejam.
7. Kemudian, ambil sejemput doh dan bulat-bulatkan. Tekan leper. Gunakan penggelek, gelekkan doh menjadi bulatan leper sebesar 5 inci.

Karipap Bakar, Cara Nikmati Karipap Tanpa Goreng
8. Ambil mangkuk dan jadikan mangkuk sebagai acuan bulat. Letakkan inti karipap di atas doh yang telah diukur dengan acuan tadi. Rapatkan kulit karipap. Kelim tepinya.
9. Ulang langkah 7 dan 8 sehingga habis doh dan inti.

IKLAN

Karipap Bakar, Cara Nikmati Karipap Tanpa Goreng
10. Dalam mangkuk kecil, pecahkan sebiji telur ayam. Masukkan 1 sudu besar air. Kacau sebati.
11. Ambil berus sapuan, sapu karipap dengan bancuhan telur. Taburkan bijan jika suka.
12. Bakar karipap dalam oven pada suhu 180 darjah selama 25 minit.

Karipap Bakar, Cara Nikmati Karipap Tanpa Goreng

Siap!

IKLAN

Karipap Bakar, Cara Nikmati Karipap Tanpa Goreng

Selamat mencuba!

Untuk lebih detail, boleh tonton video di bawah.
https://youtu.be/HqyEnoJNUfs

Sumber: Sarah Chew melalui Rasa Share Resipi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI