Tahun Baru Cina Bakal menjelang tiba. Bagi yang meraikan apa menu yang anda ingin sediakan. Selain menu utama disediakan, menu dari sayuran jadi kemestian. Boleh buat menu ini, golden mushroom dengan brokoli pasti sekeluarga menyukainya.
Golden Mushroom Dengan Brokoli
Bahan-bahan:
1 brokoli, potong-potong dan bersihkan dengan rendam dalam air dengan sedikit garam dan kukuskan atau rebuskan dengan air dan sedikit minyak. Kemudian siramkan dengan air tapi untuk sejukkan supaya tak terlebih masak.
Cendawan cina yang hitam-rendam dan rebuskan dengan air sehingga lembut.
Ads
Cendawan bulat dalam tin( tak guna pun tak apa)
Sedikit bawang putih- cincang halus Sedikit bawang merah- cincang halus
Sos Stok air udang yang saya prepare sendiri, bila kopek udang, rebuskan kulit udang dan tapiskan untuk dapatkan air rebusannya.
2 sudu besar sos hoisin 1 sudu besar sos tiram cendawan 1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis Sedikit minyak bijan Sedikit lada sulah Secubit gula (menggantikan ajinomoto) Garam secukup rasa Sedikit air tepung jagung untuk pekatkan kuahnya
Cara memasak: 1. Susunkan brokoli dalam pinggan. 2. Tumiskan bawang-bawang tadi. 3. Masukkan stok air rebusan udang yang cukup untuk buat kuahnya. 4. Masukkan bahan-bahan sos tadi dan gaul rata. 5. Masukkan cendawan dan masakkan lebih kurang 5 minit dan tuangkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah. Pastikan kuah cukup unutk tuangkan ke atas sayur brokoli juga. Dah siap. 6. Angkat cendawan terlebih dahulu dan susunkan di tengah-tengah brokoli, ambilkan kuah tadi dan siramkan ke atas sayur brokoli dan cendawan.
Menu kampung mudah dan cepat dimasak, ni lah resipi legend kesukaan ramai terung bulat goreng berlada. Campur pulak ikan bilis memang mantaplah, goreng dulu lagi best.
Resipi perkongsian Nurul Hawa Nadila Sari ni memang berbaloi untuk dicuba. Dah ada sajian ni, lauk lain takde pun takpe. Dah cukup sedap ni…
TERUNG BULAT GORENG BERLADA DENGAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN :
Terung bulat (warna unggu/hijau pun boleh) – dipotong 2 dan direndam dalam air utk hilangkan getahnya
1 bungkus ikan bilis – dicuci ( lebih kurang 1/2 genggam) – nak goreng dulu pun sedap
4 biji cili akar
2 biji cili hidup
* ditumbuk halus/dikisar separuh hancur pun boleh
1 biji bawang merah besar
2 biji bawang putih
1 keping asam keping
Serbuk pati ikan bilis @ perasa
2 sudu makan minyak
CARA MEMASAK :
1. Tumis bahan yang ditumbuk halus hingga wangi… 2. Masukkan ikan bilis dan asam keping kacau rata
3. Masukkan terung 4. Masak mengikut kematangan terung yang dikehendaki akhir sekali masukkan perasa atau kiub ikan bilis…(terung separuh msk pn boleh) Dapomamakemba
Suka makan tempe? Jom belajar cara-cara membuatnya secara homemade. Mudah dan tidaklah terlalu renyah. Jika tidak dicuba, mana nak tahu mampu ke tidak buat kan? Siapa yang tak suka makan tempe memang rugi. Sebab ia memang ada banyak khasiat. Sesiapa yang kurang gemar minum susu, nak turunkan berat badan serta nak kulit cantik, cuba amalkan makan tempe. Pasti anda akan rasa perubahan pada kesihatan anda.
ASAL USUL TEMPE
Tempe ialah makanan yang dihasilkan dari pemeraman kacang soya. Ia sememangnya amat terkenal di Asia Tenggara dan dipercayai berasal daripada Jawa, Indonesia. Di Malaysia, tempe semestinya tidak asing lagi. Ia banyak digunakan dalam masakan seharian seperti dalam penyediaan Lontong, lauk-pauk, kerepek dan banyak lagi. Harganya pun tidak mahal dan mudah diperolehi sama ada di kedai-kedai runcit mahupun di pasaraya. Biasanya, tempe yang dijual adalah dalam bentuk plastik dan juga yang dibungkus dengan daun.
KHASIAT TEMPE YANG ANDA PERLU TAHU. WOW!!!
Sama seperti Kimchi yang terkenal di Korea, tempe juga punya mempunyai banyak zat serta khasiatnya yang tersendiri. Antaranya ialah:
1. TINGGI KALSIUM
Tempe mengandungi kandungan kalsium yang sama seperti susu. Oleh itu, bagi yang kurang gemar minum susu, boleh gantikan dengan pengambilan tempe dalam diet harian.
2. BANTU CANTIKKAN KULIT
Tempe mampu mencerahkan kulit wajah tanpa adanya kesan sampingan yang membahayakan kesiahatan. Malah pengambilan tempe juga membuatkan anda sentiasa kelihatan muda.
3. MENGURANGKAN KOLESTEROL
Selain itu, pengambilan tempe dalam diet harian juga dikatakan mampu mengurangkan kadar kolesterol jahat dalam badan, meningkatan kekuatan tulang serta membantu mengurangkan gejala-gejala monopous awal.
4. BANTU KAWAL TEKANAN DARAH TINGGI
Tempe juga dikatakan sangat bagus untuk anda yang ada tekanan darah tinggi. Ini kerana ia mengandungi zat besi dan flafoid yang bersifat antioksidan dimana kandungan-kandungan ini mampu membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
5. ATASI MASALAH CIRIT BIRIT
Jika anda mengalami masalah cirit birit, cuba makan tempe. Ini kerana kandungan protein yang tinggi pada tempe membantu mempercepatkan proses pencernaan. Malah tempe juga dikatakan boleh mengelakkan individu terkena keracunan makanan.
6. SUMBER PROTEIN YANG TINGGI
Tempe mengandungi sumber protein yang lebih tinggi dari daging. Di samping itu, tempe juga mengandungi kurang lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, besi, tiamin, riboflavin, niacin, asid pantotenik, piridoksin, biotin, vitamin B12 dan banyak lagi. Memang sangat bagus!
3/4 sudu teh ibu / ragi tempe – boleh dibeli di kedai @ beli menerusi pengusaha tempe
CARA MEMBUAT:
1. Rendam kacang soya sehingga kembang. Kemudian rebus sehingga mendidih. Sejukkan. Ramas-ramas kacang soya bagi menanggalkan kulitnya.
foto: cookpad.com/id
2. Rebus kacang soya sekali lagi hingga mendidih. Tambahkan cuka dan padamkan api. Tos dan keringkan. Biar sejuk.
foto: cookpad.com/id
3. Apabila kacang soya telah kering, taburkan ibu tempe dan kacau rata.
foto: cookpad.com/id
4. Masukkan kacang soya yang telah digaul tadi ke dalam plastik yang telah dicucuk dengan jarum ( dilubangkan).
foto: cookpad.com/id
5. Simpan bungkusan tempe di dalam bilik bersuhu rendah lebih kurang 30C selama dua hari sehingga cendawan tempe tumbuh sepenuhnya.
6. Sedia untuk dinikmati dengan pelbagai gaya hidangan.
Nota: Jika sukar untuk mendapatkan ragi tempe, cara lain yang boleh dicuba ialah dengan menggunakan tempe itu sendiri. Apa yang perlu anda lakukan ialah keringkan tempe sehingga betul-betul kering. Kemudian kisar halus. Jumlah penggunaannya ialah untuk 1kg kacang soya, guna antara 8-10 keping tempe.
Ha..bila dah pandai buat tempe sendiri, pastinya perlu masak dahulu sebelum boleh dinikmati. Paling ringkas nak nikmati tempe ni, anda boleh hiris nipis dan goreng sahaja. Malah, ia juga boleh dipelbagaikan seperti mencampurnya dalam masakan lain. Pendek kata, macam-macam boleh hasilkan. Paling penting, rasanya memang kebabom terbaik!
ANEKA RESIPI TEMPE
1. Tempe Tumis Darat Bersama Tulang
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg tulang lembu | rebus hingga empuk
1 paket tempe | potong empat segi
1 batang serai | titik
3 helai daun limau purut
1 mangkuk santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
2 biji cili merah
6 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan tulang yang telah direbus tadi, diikuti dengan tempe.
Seterusnya masukkan serai, daun limau purut, asam gelugor.
Masukkan santan, kacau hingga mendidih.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api biarkan kuah mereneh hingga sedikit pekat.
Akhir sekali tutup api, dan gulai sedia dihidangkan.
2. Tempe Goreng Bersama Daun Bawang
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | potong dadu
1 keping tauhu | potong dadu
2 pokok daun bawang | potong 3cm
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan udang kering
2 ulas bawang putih | titik
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng tampe dan tauhu secara berasingan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang merah, putih dan udang kering hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kacau seketika dan tutup api.
Sedia dihidangkan.
3. Tempe Nugget Masam Manis
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | potong empas segi 3X3 cm
1 biji telur
3 sudu makan tepung gandum
1/2 biji bawang besar | dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 sudu makan Sos Cili Thai
1 biji cili merah | cincang halus
1 tangkai daun ketumbar | hiris halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam.
Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan.
Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos.
Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkata.