Selain mi Udon yang tebal dan kasar, mi nipis semacam lidi iaitu Mi Soba memang cukup popular di Jepun. Ia dibuat daripada ‘buckwheat’ iaitu tepung gandum kuda yang juga dikenali juga sebagai gandum hitam.

Biasanya mi ini dijual dalam bentuk kering dan berwarna sedikit kehijauan. Boleh dibuat sajian sejuk dan juga panas. Tapi untuk pengikut RASA min kongsikan 2 resipi Mi Soba hidangan panas. Takkan iklim macam Negara kita ni nak makan sejuk pulak kan. Senang aje buatnya. .

1. EBIYAKISOBA (SHRIMP FRIED NOODLE)

Gaya Masak Mi Soba Dari Jepun, Gandum Kuda ‘Buckwheat’ Yang Sedap

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 1 biji lobak merah | diparut
  • 2 helai daun kobis | diracik halus
  • ¼ cili benggala hijau
  • 500 gm udang
  • 1 ikat daun bawang | dihiris kasar
  • ½ sudu teh bijan
  • 1 sudu teh kicap
  • 1 paket mi soba yang sudah direbus

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga naik bau.
2. Masukkan bawang merah,lobak merah, kobis, cili benggala dan udang. Biarkan ia masak seketika.
3. Masukkan mi bersama kicap dan goreng seketika.
4. Akhirnya taburkan daun bawang dan bijan.

Saiz Hidangan :4 orang
Waktu Memasak : 30 minit
Cara Memasak : Tumis
Jenis Masakan : Sajian Mi Jepun
Keistimewaan : Mi berkicap dengan rasa udang yang manis
Anggaran kos : RM 20

Info Chef : Mi soba adalah mi yang halus helaiannya yang dibuat dari ‘buckwheat’ iaitu dari jenis gandum kuda atau gandum hitam.

IKLAN

2. SPICY MISO SOBA SOUP

Gaya Masak Mi Soba Dari Jepun, Gandum Kuda ‘Buckwheat’ Yang Sedap

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

  • 30ml cuka
  • 100gm pes soba
  • 10gm minyak cili
  • 5gm minyak bijan
  • 5ml minyak zaitun
  • 10ml madu
  • 30gm cendawan
  • 70gm isi ketam
  • 70gm isi ayam
  • 30gm bawang Holland | dihiris
  • 20gm bawang putih | dicincang halus
  • 20gm lobak merah | dihiris
  • 30gm tauhu lembut
  • 10gm rumpai laut
  • 20gm kepah
  • 150gm mi soba
  • 125ml air

CARA MEMASAK :
Cara masak sup miso soba
1. Didihkan air dan kemudian masukkan pes soba .
2. Selepas itu masukkan semua bahan-bahan iaitu cuka, minyak cili,minyak bijan,minyak zaitun, madu, cendawan,isi ketam,isi ayam,bawang Holland ,bawang putih ,lobak merah,tauhu lembut,rumpai laut dan kepah.
3. Apabila mendidih tutupkan api
4. Celur mi soba seperti mencelur pasta, letak sedikit garam dan toskan. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan sup di atasnya.
5. Sajian siap untuk dihidang

Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Rebus dan didih
Jenis masakan: Sajian Jepun
Keistimewaan: Miso Soba yang diperbuat daripada kacang soya dan rendah kalorinya
Anggaran kos: RM 15

Info Chef : Mi Soba adalah mi nipis dan menjadi pilihan utama sajian mi di Jepun selain mi tebal mi Udon.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI