
Biasanya, ikan siakap dimasak kukus atau tiga rasa. Anda juga boleh ubah citarasa dengan mencuba resipi Siakap Pedas Rasa ni. Pedas sungguh! Ada bau harum serai dan manis bawang. Memang kena cuba.
SIAKAP PEDAS RASA
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap | dibersihkan
- Garam secukup rasa
- 15 biji cili padi | dihiris
- 2 batang serai | dihiris
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 6 ulas bawang putih | tumbuk kasar
- Sos cili secukupnya
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk emnggoreng
- Daun ketumbar
CARA MEMASAK:
- Lumur ikan bersama garam.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan hingga garing. Angkat.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis cili padi, serai, bawang putih dan bawang besar hingga layu.
- Kemudian masukkan sos cili. Gaul rata.
- Perasakan dengan garam secukupnya. Jika perlu, masukkan juga gula mengikut citarasa.
- Tuang sos pada ikan yang telah digoreng tadi. TAburkan daun ketumbar secukupnya.
- Sedia untuk dinikmati.
http://www.dailymotion.com/video/x69nhp2
3 Resipi Kukus Ekspres Yang Popular, Sihat & Paling Mudah Dibuat.

Ramai yang beranggapan menu kukus atau stim leceh untuk menyediakannya, hakikat sebenarnya ia adalah menu paling mudah disediakan dan cepat. Sementelah lagi jika sos atau kuahnya sudah disediakan awal. Bukan hanya senang, menu kukus juga sedap dan sihat. Cuba 3 resipi kukus ekspres yang popular dan sihat yang boleh dibuat.
AYAM KUKUS TAUCHU
BAHAN-BAHAN:
- 2 paha ayam | bersih, kelar dan toskan
- 3 sudu makan tauchu | kisar
- 4 ulas bawang merah | cincang halus
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- Sedikit daun bawang | hiris memanjang
- 2 biji cili merah | cincang halus
- Sedikit hirisan lobak merah
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- 1 sudu teh jus limau nipis
- 1 sudu teh minyak bijan
- Sedikit garam | jika perlu
- Gula secukup rasa
- 1/2 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 3cm halia muda
- 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan pengukus.
- Gaulkan ayam yang telah dicuci bersih dengan bahan kisar.
- Kukus lebih kurang 15-20 minit.
- Sementara itu sediakan sos.
- Panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
- Seterusnya masukkan cili merah cincang dan tauchu. Kacau rata dan tambahkan sedikit air.
- Perasakan dengan sedikit gula,jus limau nipis dan minyak bijan. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam halus.
- Setelah cukup rasa, tuangkan sos di atas ayam kukus tadi.
- Sebelum hidang, taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang, lobak merah dan daun ketumbar.
INFO CHEF: Jika ingin lebih pedas boleh tambah dengan hirisan cili padi. Menu ini juga enak dihidangkan panas-panas.
………..
IKAN BAWAL KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan bawal hitam | siang, bersih dan tos
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu the lada sulah
- 4cm halia muda | hiris memanjang
- 1/2 biji bawang merah | hiris
- 2 ulas bawang putih | hiris
- 5 biji cili padi | titik
- 1 batang serai | titik
- 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
- Garam dan gula secukup rasa
- 1/2 sudu makan minyak
BAHAN HIASAN:
- Sedikit hirisan daun bawang
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- Sedikit hirisan cili merah
- Sedikit hirisan limau nipis
BAHAN KISAR:
- 2cm halia muda
- 1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan pengukus.
- Gaulkan ikan yang telah dibersihkan dengan bahan kisar dan sedikit minyak bijan.
- Kukus lebih kurang 10-15 minit.
- Sementara itu sediakan sos,panaskan sedikit minyak.
- Tumiskan bawang merah, bawnag putih, halia dan serai hingga wangi.
- Masukkan sedikit air, sos ikan, sos tiram dan minyak bijan.
- Masukkan cili ttitik dan perasakan dengan garam (jika perlu), gula, jus lemon, serbuk lada sulah.
- Setelah cukup rasa tutup api. Tuangkan sos di atas ikan yang telah dikukus tadi.
- Taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang, daun ketumbar, hirisan cili dan limau nipis.
- Ikan kukus sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Anda juga boleh menggunakan ikan lain isi putih seperti siakap, kerapu atau tenggiri.
…………..
SOTONG SUMBAT MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong sederhana besar | bersihkan dan tos
- 2 sudu makan sos cili Thai
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos plum
- 1/2 sudu makan minyak masak
- 1 biji bawang besar | cincang
- 2 ulas bawang putih | cincang
- 2cm halia muda | hiris halus
- 2 biji cili merah | cincang halus
- Garam secukup rasa
BAHAN SUMBAT:
- 1 biji tauhu putih | kisar kasar
- 1/2 cawan isi telah direbus | kisar kasar
- 1 biji telur
- Sedikit hirisan daun bawang
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan sumbat dalam mangkuk dan gaul rata.
- Panaskan pengukus.
- Sumbut sotong dengan bahan sumbat hingga paras 3/4 sotong .
- Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dengan lidi.
- Susun dalam pinggan,kemudian kukus lebih kurang 10-2 minit.
- Sementara itu sediakan sos.
- Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili hingga wangi.
- Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.
- Kacau rata dan perasakan dengan sedikit garam.
- Setelah siap, tuangkan sos dalam pinggan sotong yang telah dikukus tadi.
- Sotong sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Gunting sedikit bahagian badan sotong supaya sos dapat masuk ke bahagian dalam sotong.
…………….
Kredit resipi: SHIDA YASIN
Cara Mudah Buat Bebola Ikan Homemade Guna Lesung Batu.

Menu rebus dan kukus semestinya sangat bagus untuk dijadikan sajian terutamanya jika anda sedang dalam proses menurunkan berat badan. Malah, makanan segera dan sedia proses pun lebih bagus jika dielakkan. Namun hidangan sihat ni rasanya agak hambar. Oleh itu anda boleh cuba buat bebola ikan homemade ni untuk dimasukkan ke dalam menu sihat anda. Letak dalam sup sayur atau apa-apa hidangan, memang boleh menaikkan selera. Nak buat pun sangat mudah dan tanpa guna tepung. 100% isi ikan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Bahiah Saripuddin ni. Pasti puas hati.
CARA BUAT BEBOLA IKAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping ikan tongkol – dibuang tulang dan ambil isi sahaja
- 1 sudu teh lada hitam kasar
- 1 biji bawang merah saiz sederhana
- 1/2 sudu teh gula
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk lada hitam hingga halus.
2. Masukkan bawang merah. Tumbuk lumat.
3. Seterusnya tambahkan isi ikan yang telah dibuang tulang dan tumbuk lagi hingga lumat.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Gaul isi ikan tadi sehingga adunan boleh digentel.
6. Cubit adunan dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang digemari.
7. Panaskan air dan rebus bebola hingga mendidih.
8. Toskan bebola tadi dan sedia untuk dimasukkan ke dalam sup atau apa-apa sajian kegemaran.
Kredit resipi & foto: Bahiah Saripuddin
Ikan Masak Cuka Sedap & Tahan Lama

Memang berselera makan ikan masak cuka yang sangat sedap ini. Cuka memberi rasa masam yang menyelerakan dan menutupi rasa hanyir ikan.
IKAN MASAK CUKA
BAHAN-BAHAN:
- Ikan tongkol/bawal/nyok2/
kembung/lain-lain
- 7 ulas bawang putih (dikupas sahaja)
- 10 biji bawang merah kecik (kupas kulit sahaja)
*Boleh juga guna 3 biji bawang besar (dipotong)
- 1 sudu kecil biji sawi
- 2 inci halia (dihiris)
- Cili api
- Sedikit kunyit
- 5 sudu besar cuka (boleh lebihkan atau kurangkan)
- Timun
- Tomato
CARA MEMASAK:
- Lumur ikan dengan kunyit dan garam. Goreng ikan macam biasa. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang, halia, kunyit dan biji sawi sampai naik bau.
- Masukkan sedikit air dan cuka. Boleh tukar kalau mahu lebih atau kurang masam. Jika hendak berkuah boleh lebihkan air.
- Masuk timun dan ikan. Biarkan merenih lebih kurang 10 minit.
- Akhir sekali masuk tomato dan tutup api.
- Angkat dan hidangkan.
KREDIT GAMBAR & RESIPI: Murni Rahmat