Sesiapa yang menonton filem pendek Raya “PANGSA” pasti terkesan lagi-lagi yang merantau ke negeri orang demi mencari rezeki yang jauh dari keluarga tercinta. Bukan mudah, tapi itulah realiti kehidupan anak muda zaman sekarang yang terpaksa melalui fasa kehidupan hidup berjauhan dari keluarga demi kelangsungan hidup sebagai seorang dewasa.

Filem pendek Raya ini mengisahkan bagaimana Amir yang berasal dari Sarawak, hidup di perantauan dan menyewa di sebuah unit rumah ‘PANGSA’, di Semenanjung Malaysia.

Watak Amir yang dibintangi oleh Ideen Azman, menceritakan bagaimana seorang pemuda yang pendiam, dan sentiasa bersendirian, tinggal di rumah ‘PANGSA’ yang dihuni oleh sebuah komuniti majmuk yang mengambil berat tentang satu sama lain, dengan cara dan keunikan sifat yang tersendiri.

Menurut Che’Az, selaku Ketua Unit Penyelidikan, Pembangunan dan Kandungan Strategik Nu Ideaktiv Sdn Bhd, yang juga merupakan Pengarah Lakonlayar ‘PANGSA’, jalan cerita filem pendek ini tampak mudah dan selari, namun ianya tidaklah selurus yang disangka.

IKLAN

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, “Di dalam filem pendek ini, kita tonjolkan karektor Amir sebagai seorang yang introvert iaitu pendiam, pemalu dan tidak bergaul dengan jiran tetangganya. Amir cuba untuk menghadkan pergaulan dan perbualannya dengan jiran jiran lain, dan hanya buat hal sendiri sahaja. Namun, tanpa Amir sedari, sebenarnya mereka ini (jiran tetangga), amat prihatin akan keadaan Amir yang berjauhan dari keluarga dan cuba untuk mengisi kekosongan itu. Menariknya di dalam filem ini, kita boleh lihat bagaimana kepentingan Silaturahim dapat mewarnai kehidupan Amir yang dulunya sunyi dan sentiasa bersendirian. Saya juga ingin menekankan bahawa inilah yang menjadi tunjang kami di Nu Ideaktiv, kami ingin memberi inspirasi yang membina komuniti melalui program, mahupun kandungan portal yang positif dan menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat, meliputi seluruh Nusantara”.

‘PANGSA’ turut menyentuh isu dalaman individu yang berpotensi untuk membawa kepada masalah kesihatan mental lain seperti, kemurungan, keresahan (anxiety), dan kejanggalan untuk bergaul dengan masyarakat.

IKLAN

Pada pengakhiran filem pendek ini, Amir akhirnya sedar akan kepentingan untuk ber-Silaturahim, dan merapatkan jurang di dalam komuniti.

IKLAN

Filem pendek Raya ini merupakan arahan bersama Zuhdee Zaid dan Che’AZ telah ditayangkan pada 14 April 2023 di YouTube ( https://youtu.be/dfI4ZdgeyBI ) setakat 3 hari tayangan sahaja telah meraih 30,000 views.

Jangan lupa tonton dan rasai sendiri kehangatan emosi di dalam filem pendek Raya ‘PANGSA’ ini.

https://youtu.be/dfI4ZdgeyBI

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI