SESETENGAH orang mungkin sanggup berhabisan ribuan ringgit kerana hobi, namun ada segelintir pencinta makanan tidak kisah menghabiskan wang semata-mata untuk menikmati hidangan mewah yang sukar didapati di restoran biasa. Berikut adalah 10 makanan termahal di dunia.
1.Trufel Putih (trifola d’Alba)– $160,406 (RM536,760)
Kulat yang boleh dimakan dan berasal dari Itali ini adalah yang termahal di pasaran. Kesukaran untuk menanam trufel putih ini secara komersial menyebabkan harga untuk kira-kira 1 kilogram boleh mencecah ratusan ribu ringgit.
2.Almas beluga kaviar – AS$28,000 (RM93,701)
Kaviar termahal ini terhasil daripada telur sturgeon albino yang hanya ditemui di Laut Kaspia. Bungkusan hidangan mewah dan istimewa yang diimport dari Iran ini diperbuat daripada emas 24 karat.
3.Tembikai Yubari – AS$22,872 (RM76,522)
Ia dianggap sebagai ‘raja buah’ kerana rasanya yang manis dan sempurna. Buah ini dihasilkan daripada kacukan dua jenis tembikai eksotik dari daerah Yubari di Jepun.
4.Tembikai Hitam Densuke – AS$6,100 (RM20,407)
Buah ini sukar diperoleh kerana ia hanya ditanam di Hokkaido, Jepun. Rasanya juga manis dan agak rangup berbanding tembikai biasa.
IKLAN
5.Pizza Royale 007’ – AS$4,200 (RM14,051)
Piza yang dihasilkan daripada pelbagai bahan mewah termasuk ikan salmon Scotland dan daging rusa. Lapisan atasnya pula diperbuat daripada kepingan emas 24 karat yang juga boleh dimakan.
6.Samundari Khazana Curry – AS$3,200 (RM10,712)
IKLAN
Hidangan digelar ‘khazanah makanan laut’ berasal dari Bombay Brasserie ini mengandungi pelbagai bahan mewah termasuk trufel putih, udang kara bersalut emas, abalone dan ketam devon.
7.Wagyu Steak – AS$2,800 (RM9,374)
Stik ini merupakan sajian golongan atasan di Jepun dan kelompok elit di seluruh dunia. Rasanya juga jauh lebih enak serta lembut berbanding daging lembu biasa. Bukan calang-calang orang boleh menikmati hidangan ini kerana harga sepinggan stik wagyu boleh mencecah ribuan ringgit.
8.Zillion Dollar Lobster Frittata – AS$1,000 (RM3,347)
Telur dadar biasanya mudah untuk disediakan, namun hidangan serupa di Restoran Norma, Hotel Le Parker Meridien bernilai ribuan ringgit. Frittata tersebut mengandungi kaviar, udang kara dan turut dihidangkan bersama kentang goreng.
IKLAN
9.Westin Hotel Bagel – AS$1,000 (RM3,347)
Roti yang menyerupai donat ini menjadi menu istimewa di Hostel Westin, New York. Ia dihidangkan bersama krim keju trufel putih dan jeli Riesling dengan daun emas.
Ia sukar didapati dan hanya boleh ditemui di hutan Asia, Amerika Utara dan Eropah. Cendawan termahal di dunia merupakan antara bahan terpenting dalam masakan Jepun.
Teks: Sinar Harian
SUMBER: www.therichest.com Gambar: reuters & google
Tahukah anda, cara pengambilan makanan yang tidak sihat, merokok, kurang melakukan aktiviti senaman, berat badan berlebihan, faktor usia, keturunan adalah punca kolesterol tinggi dalam darah kita.
Kolesterol tinggi sebenarnya sangat merbahaya kerana ia secara tidak langsung memberi kesan terhadap kesihatan jantung kita. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, jom kita cuba dulu petua ini. Mencegah lebih baik dari merawat, kan? In Sha Allah berkesan, selamat mencuba ya..
BAHAN-BAHAN
3 ulas bawang putih – buang kulit
3-5 biji kurma – buang biji
2 biji lemon – kisar bersama kulit
1 biji timun
2 cawan air zam-zam /air mati (air mati – air panas yg dah sejuk)
CARA PENYEDIAAN
Semua bahan-bahan diatas di kisar halus, diminum bersama-sama hampas pada waktu pagi, tengahari dan malam.
Menu udang galah? Mesti mahal! Itu antara ayat yang akan terkeluar dari mulut kalau bercakap pasal makanan seafood ni, tapi kalau harganya berpatutan memang berbaloi kan. Menarik di kedai Mat Mee Udang ni adalah menu utamanya Mee Udang Maroos yang terlajak mewah dengan udang yang besar dan meriah banyaknya. Kalau kamu jenis yang elergik tengok udang bolehlah menjengah kedai ni..
Antara Menu Lain:
* Mee Buboh Udang
* Udang Dlm mee
* Udang 5 ekor dalam Mee
Lokasi : Chekok, Chetok. #PasirMas jln sungai keladi. Blkg sjkc poy hwa.
Masa Buka : 12 PM ~ 12 AM
Mendapat lebih ribuan lebih share dan like yang tinggi, rupanya resipi air tangan Mat Sabu, Menteri Pertahanan sememangnya dicari-cari oleh netizan dan peminatnya selepas viral gambar Mat Sabu sedang memasak gulai ikan untuk tetamunya. Apa yang lebih menarik resipi ini di tulis sendiri oleh Mat Sabu untuk peminatnya, terharu kan. Nampak pun sedap, selamat mencuba!
Yahooo…dapat juga resepi gulai ikan YB Mat Sabu. Lepas tengok video Lim Guan Eng kata dia suka gulai ikan Mat Sabu hari tu, saya kata dalam hati, best ni kalau dapat resepi.
YB Mat Sabu pula orang Penang, sure sedap gila gulai dia. Saya post kat sini kelmarin tanya ada sesiapa yang rapat dengan YB. Saya nak resepi kari tu.
Alhamdulillah, sehari lepas tu Mamazieza Azizah Hassan Wasap saya resepi tulisan tangan Menteri Pertahanan kita tu.
Fuhhh…hari ni saya try. Lebih kurang sama dengan resepi yang biasa saya buat. Tak guna santan. Cuma air asam jawa. Bezanya, YB letakkan hirisan bawang besar selepas rempah garing. Ini akan menjadikan kuah lebih pekat dan sedap.
Okeh ini resepi kari YB yang saya buat balik. Saya guna ikan kerapu.- Ujar Zalina
RESIPI GULAI IKAN MAT SABU
BAHAN-BAHAN:
Ikan kerapu / jenahak / gerut / merah / siakap | siang dan basuh bersih
2 paket rempah kari ikan babas pedas / tak pedas pon ok | bancuh dengan air
5 ulas bawang putih | hiris
6 ulas bawang merah| hiris @ tumbuk
2 biji bawang besar | potong nipis
Air asam jawa
*terung / bendi/ tomato sebagai hiasan
BAHAN TUMIS:
Jintan putih
halba
Biji sawi
Daun kari
Hirisan bawang putih dan bawang merah.
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan bahan tumis sehingga wangi
Masukkan rempah kari ikan babas 2 bungkus (bancuh dengan air sedikit). Biar pecah minyak anggaran 5 minit.
Masukkan hirisan 2 biji bawang besar dan terung@bendi. Biar lembut anggaran 5 minit.
Masukkan air asam jawa (saya guna 3/4 sudu asam jawa + 1 mangkuk kecik air. Jika suka kari lebih cair tambah air dan asam)
Masukkan ikan. Biar gelegak. Masukkan garam dan perasa ikan bilis Norr..Siappp.