Nak ekstrak yang lazat rupanya rupanya kena guna daun pandan yang banyak untuk menghasilkan ekstrak pandan ni ya,
Menurut Wani Sukarno dalam webnya www.wanisukarno, com daun pandan ekstrak asli sudah pasti tak ada langsung bahan kimia. Inilah yang kita nak dan seeloknya nak guna air ni guna air bertapis atau masak, lagipun ekstrak pandan ni nak simpan lama dalam peti
CARA NAK BUAT EKSTRAK AIR DAUN PANDAN YANG MUDAH
BAHAN-BAHAN
25 helai daun pandan 2 cawan air bertapis atau air masak
CARA PENYEDIAAN :
Ads
1.Daun pandan dibasuh bersih dan dipotong kasar atau halus .. ikut macam mana suka. kalau macam wani potong macam gambar kat atas.kasar-kasar sikit nampak.kalau nak lagi cepat halusnya semasa tengah blend, potonglah halus daun pandan
2. Masukkan daun pandan yang dipotong ke dalam blender dan masukkan air 3. Kisar sehingga halus 4. Tuangkan ke dalam penapis dan perah keluar air daun pandan tadi
5. Kemudian, tuangkan ke dalam bekas lain, masa ni air daun pandan hijau tua pekat, simpan dalam peti semalaman
6.Lepas semalaman baru nampak ada 2 lapisan terjadi yang atas jernih yang bawah hijau tua pekat, klorofil hijau tu dah turun menjadi lapisan bawah,yang tu lah kita nak guna
Ads
7. Ambil bekas lain, tuangkan dengan berhati-hati untuk bahagian yang jernih, jangan buang air ni ya dah bau macam esen pandan boleh buat nak ganti air biasa nak masukkan ke dalam adunan tepung nak buat kuih macam onde-onde ke, apam ke,kuih ketayap ke rugi kalau buang
8. Akhir sekali ekstrak daun pandan yang berwarna hijau tua dah dapat, boleh simpan dalam peti, sesuai kalau buat untuk kek chiffon dan juga kuih -muih lain yang berasaskan daun pandan
Ads
NOTA 1. Tempoh penyimpanan ekstrak pandan ni paling lama boleh simpan dalam masa sebulan, bau masih ok tak ada masalah
2. Nak buat ekstrak pandan, daun pandan kena banyak dan sukatan untuk air sikit, sebab kita nak ambil pati tu. Kalau pandai nak buat anggaran sendiri pun tak apa,,tapi jangan terlampau banyak air nanti tak jadi pula
3. Simpan semalaman dalam peti dah nampak dah 2 lapisan terjadi, tapi kalau nak lama sikit simpan 2 malam lagi jernih sikit air lapisan atas tu
Kredit : www.wanisukarno.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ingin membuat meat ball atau bebola daging sendiri, tapi hadapi masalah adunan hancur, daging keras dan kering? Jangan putus asa, tip berikut boleh membantu korang menyelesaikan segala masalah tersebut. Sebaliknya korang boleh menghasilkan bebola daging yang padat, lembut dan berjus bila diolah dalam pelbagai jenis menu yang mudah dan sedap. Nak tau apa rahsianya, ikut tip berikut ye:-
Pilih Daging Kisar Segar & Elok Teksturnya:
Ini penting, pilihan terbaik adalah daging lembu kisar segar , ia berwarna merah cerah, tekstur kisarnya padat, tidak berlendur dan tiada kandungan darah. Sebaiknya, olah terus daging kisar selepas membelinya. Ia memberi jaminan bebola daging yang segar dan berkualiti.
Campur Telur Atau Tepung Elak Bebola Daging Hancur:
Untuk hasilkan bebola daging yang sedap, daging kisar perlu dicampurkan dengan bahan ramuan rempah ratus dan herb serbuk. Untuk memberikan lebih rasa tekstur, korang boleh tambahkan bahan tambahan yang dicincang halus seperti bawang bersama daging kisar. Untuk memastikan semua bahan bercampur sebati, korang boleh tambahkan telur atau tepung di dalam adunan bebola daging. Adun semua bahan ini sehingga ia mudah dibetuk bulat dan tidak mudah pecah atau hancur.
Rebus Atau Goreng Sebentar:
Selepas aduanan bebola daging dibentuk bulat, rebus atau goreng sebentar hingga permukaan bertukar warna, jika direbus ia bertukar warna kelabu dan digoreng dengan minyak sedikit hingga bertukar warna kecoklatan. Tujuannya supaya tekstur tidak hancur dan kekal bulat semasa proses memasak.
Elakkan Dari Kerap Mengacaunya Semasa Digoreng Atau Ditumis:
Apabila bebola cantik bentuk dan teksturnya selepas direbus dan digoreng sebenar. Ia sedia diolah dalam menu yang korang pilih. Tetapi jangan terlalu kerap kacau atau membalik-balikkannya semasa proses memasak, dibimbangi ia akan hancur.
Senangkan? Jadi jomlah kita buat sendiri bebola daging sebagai tambahan lauk-pauk dan juga sebagai kudapan atau bekal untuk anak ke sekolah.
BEBOLA DAGING SOS MENTEGA CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
BAHAN N BEBOLA DAGING:
300gm daging kisar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk pati daging
Sedikit hirisan daun parsli
2 sudu makan tepung ubi kayu
BAHAN SOS:
200ml susu segar
3 sudu makan mentega
1 sudu makan keju parmesan
1/2 biji bawang Holland | cincang halus
4 ulas bawang putih | cincang halus
8 biji cili padi hiris halus
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
Sedikit garam dan gula
CARA MEMASAK:
Masukkan daging kisar dalam mangkuk kemudian campurkan dengan semua bahan lain.
Gaul rata hingga sebati, kemudian bentukkan seperti bola pingpong, ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper, tumis daging hingga bertukar warna keperangan.
Angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan sos, panaskan mentega dalam kali, tumiskan bawang putih, Holland, cili padi.
Tumis hingga wangi, baru masukkan daun kari.
Kacau seketika, masukkan susu cair, kecilkan api dan terus kacau.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
Setelah cukup rasa taburkan serbuk keju parmesan dan tuangka sos dalam pinggan berisi bebola daging tadi dan hidangkan panas-panas
Rupanya ramai sangat yang ada sakit lutut. Dah tak kira umur lagi dah, bukan orang tua sahaja, orang muda pun boleh dapat sakit ni terutamanya yang mengalami masalah obesiti.
Ni min nak kongsi resipi lutut power yang memang khas untuk sesiapa yang ada masalah lutut. Perkongsian dari Leha Yusuf. Resepi ni memang berkesan tau, ni resepi orang lama yang memang popular. Sapa yang dah tau takpe. Yang belum tahu,boleh lah cuba.
RESEPI LUTUT POWER
BAHAN-BAHAN :
2 biji epal | dipotong dadu
4-5 batang serai | di ketuk * kalau besar guna 3 cukup
1 batang Kayu Manis Ceylon patah patah kan *kalau yang gemok, guna 1/2
5 gelas air
CARA MEMBUAT : Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air. Minum time suam, 2 kali sehari. Boleh minum tiap tiap hari atau 2-3 kali seminggu. Epal tu boleh dikunyah sahaja. Siapa rajin, nak blend pun boleh. Tapi serai dengan Kayu Manis Ceylon tu sila letak tepi ok. Tak payah kunyah. Khasiat dia dah keluar.
Kenapa air ni power? Apple, serai dan Kayu Manis memang anti inflammation. Tiga tiga bahan ni power dan terbukti berkesan untuk sakit sendi. Sebab tu ramai yang berkesan bila minum air ni.
Kulit epal nak kena buang ke tak? Tak payah. Cuci bersih dan rebus skali ngan kulit. Kulit Apple ada 5 kali ganda antioxidant. Rugi ler kalau buang khenn! Pesakit yang ada masalah darah rendah tak boleh minum air ni. Nanti darah jadi terlalu rendah lak
Pengguna berhak diberi peluang untuk membuat pilihan barangan atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan bermutu. Namun, tidak dinafikan di dalam perniagaan terdapat penyelewengan yang dilakukan oleh penjual. Antara bentuk penyelewengan yang sering dialami oleh pengguna adalah seperti harga yang ditawarkan terlalu tinggi, kualiti barang yang rendah dan sebagainya. Menyedari hal ini, kita sebagai pengguna harus bijak dalam soal membuat pilihan. Seharusnya, kumpulkan seberapa banyak maklumat berkaitan produk yang ingin dibeli untuk memudahkan anda menilai sebelum proses jual beli dilakukan.
Umpamanya ketika ingin membeli barang-barang dapur seperti ikan, sayur daging dan sebagainya. Pengguna bukan sahaja kena peka dengan harga semasa, namun perlu pakar di dalam menentukan tahap kesegaran bahan-bahan tersebut agar wang yang dibelanjakan berbaloi dengan harga yang ditawarkan oleh peniaga.
Tip menentukan kesegaran bahan makanan Sayur dan buah
Pastikan ianya tidak layu
Warnanya kelihatan segar
Pilih sayur dan buah yang bebas dari ulat dan serangga
Sayuran yang ditanam secara hidroponik adalah lebih bersih dan selamat.
Makanan laut (ikan, udang, ketam dan sotong)
Kulit bersinar dan berwarna terang
Tidak diselaputi lendir yang tebal
Perhatikan matanya, jika segar dan menonjol bermakna ianya masih segar.
Lihat juga bahagian insang, pastikan berwarna merah cerah.
Tidak berbau busuk dan sisik ikan berkilat
Isinya kenyal
Daging
Kelihatan segar dan tidak berselaput.
Kesegaran daging juga boleh dilipat pada warna. Daging lembu warnaya merah terang dan daging kerbau pula berwarna merah tua. Manakala daging kambing mempunyai warna merah yang lebih gelap daripada daging lembu.
Tidak berbau busuk dan biasanya warna akan berubah menjadi kecoklatan jika telah tidak segar.
Tekstur daging kenyal, padat dan tidak kaku.
Ayam
Segar dan tidak berbau busuk.
Kulit ayam berwarna putih kuning kekuningan hingga kuning tua.
Perhatikan bahagian hujung tulang, jika berwarna merah muda itu menandakan ayam masih segar.
Telur
Kulit telur di dalam keadaan baik.
Tidak retak
Tidak terdapat banyak najis di bahagian kulit
Bijirin/kekacang
Tidak dicemari oleh serangga atau kulat
Sumber gambar: 123 royalty free
Ada yang shopping peralatan memasak yang baru? Boleh Klik sini .