Masih ramai yang memasak menggunakan gas. Tong gas pula biasanya diletakkan di dalam kabinet dapur yang ditutup. Alasannya supaya dapur nampak kemas.
Tapi sebenarnya cara ini tidak disarankan untuk keselamatan. Tempat letak tong gas seharus mempunyai pengaliran udara yang baik dan bukan dalam kabinet bertutup. Ia untuk mengelakkan berlakunya kejadian buruk di rumah.
Selain daripada cara letak tong gas ada beberapa lagi panduan keselamatan penggunaan tong gas di dapur yang disyorkan.
Cara selamat kendalikan tong gas memasak
1. Pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi dari silinder.
2. Jangan simpan silinder gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik. Antaranya seperti dalam kabinet bertutup.
Ads
3. Bau pelik atau busuk daripada silinder gas bermakna ada kebocoran. Tutup semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik.
Ads
4. Guna air sabun untuk mengesan kebocoran gas. Jika terdapat buih, bermakna ada kebocoran berlaku. Buka alat atur gas dan alihkan silinder ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.
5. Nyalakan api sebelum menghidupkan alat memasak.
Ads
6. Sentiasa pastikan pengudaraan yang baik dan jangan tinggalkan ketika sedang memasak.
7. Tutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.
Do and dont’s
Pastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan tegak dengan injapnya di atas. Jangan baringkan tong gas.
Buka pintu atau tingkap semasa memasak untuk pengaliran udara.
Jangan letakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak.
Jauhkan kedudukan langsir daripada dapur memasak.
Jangan tinggalkan apa yang anda tengah masak tanpa pengawasan.
Jika anda ingin meninggalkan rumah untuk satu jangkamasa yang panjang, matikan kepala gas.
Pastikan kedudukan dapur memasak anda lebih tinggi dari tong gas.
Sebelum memasang kepala gas, pastikan ada gelung getah dalam injap tong gas.
Mengesan kebocoran gas
Jika terhidu bau gas itu bermakna terdapat kebocoran gas.
Sesetengah serangga sukakan bau gas dan mereka akan mengerumuni kawasan yang terdapat kebocoran gas.
Dalam sesetengah keadaan, anda juga akan dapat mendengar bunyi berdesir menandakan terdapat kebocoran gas.
Cara terbaik mengesan kebocoran gas pada saluran gas atau sambungan alat atur gas ialah dengan menggunakan air sabun dan perhatikan jika ada buih sabun pada tempat tersebut.
Bila sebut mengenai tepung beras, kita membayangkan benda yang sama sahaja iaitu tepung untuk membuat kuih. Rupa-rupanya, tepung beras ni ada banyak jenis dan kegunaannya juga berbeza.
Menerusi perkongsian saudari Wan Jamiah, beliau berkongsi tip memilih tepung beras yang sesuai untuk masakan yang anda nak masak.
1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
Sangat sesuai untuk mengoreng seperti membuat adunan untuk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak dan adunan gorengan ikan seperti goreng mamak dan goreng berempah. Tepung ini sangat rangup dan sesuai juga untuk buat rempeyek dan tumpi kacang hijau@dhal.
2. TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
Sangat sesuai untuk membuat kuih-kuih tradisional seperti contoh Kuih Koci, Kuih Apam Beras Eno dan pelbagai lagi jenis kuih. Tepung jenis ni akan menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.
3. TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
Tepung Beras Cap 5 Gajah ni pula sesuai untuk membuat laksaberas dan pelbagai jenis mi. Ini kerana tepung beras jenis ni mampu menghasilkan produk yang lebih kental.
4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI
Sangat sesuai untuk menghasilkan laksa,rempeyek dan apam. Jika buat apam, rasa tepungnya kurang namun jika buat rempeyek dan tumpi, hasilnya memang sangat-sangat rangup.
Dah lama guna pengisar atau blender tapi mesti ada yang tak pernah tajamkan semula mata pisau. Selalunya kalau dah bertahun usianya mata pisau kebiasaan akan jadi tumpul. Bila kisar cili atau bawang hasilnya tak begitu halus atau ambil masa untuk hancur.
Kalau dah begini boleh gunakan tiga cara berikut untuk tajamkan semula mata pisau pengisar.
Guna garam kasar
Cara ini paling senang, ambil garam kasar lebih kurang segenggam kemudian masuk dalam blender. Kisar kering garam tadi, ulang beberapa kali. Cuba kisar bawang atau cili selepas itu anda akan dapati blender akan jadi lebih tajam.
Ketul ais
Lagi satu cara, boleh guna air batu atau ais ketul. Elok guna air batu yang kita buat sendiri sebab lagi keras.
Hancurkan sikit sebelum masukkan ke dalam blender. Kemudian kisarkan macam kita nak buat ice blended tu. Kisarkan lebih kurang 10 minit dan mata blender akan menjadi lebih tajam.
Beras
Akhir sekali boleh juga gunakan beras untuk tajamkan mata pisau pengisar. Tak
Tak kisahlah beras jenis apa, ambil segenggam atau secawan dan kisar kasar selama beberapa minit.
Selepas gunakan cara di atas tengoklah hasilnya. Tentu lebih tajam macam baru beli!
Tiap-tiap hari kita masak. Lepas masak mesti kena basuh peralatan memasak, terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya. Susah juga nak cuci dan sental.
Jadi macam mana nak hilangkan kesan hitam degil bawah periuk? Menurut perkongsian daripada saudari Zainun Mamat, dia mengamalkan petua guna sabun mandi dan keluli besi cuci periuk.
Hasilnya, memang macam periuk baru! Malah periuknya yang sudah berusia 22 tahun masih tahan dan bersih cun melecun.
Santan cepat basi? Ketahui rahsia santan tahan lama dengan petua mudah. Dari pemilihan kelapa, teknik perahan, hingga cara simpan santan agar masakan kekal segar & berlemak!