Dua Resipi Snek Mudah Yang Pasti Sedap Diratah Kala Santai

Share

 

Tengah hari ni RASA nak kongsi dua resipi snek yang senang sesangat nak dibuat. Korang boleh try petang-petang nanti atau hujung
minggu. Mesti sedap punyalah. Kalau tak caya, korang try buat dulu.

Pertama, RASA nak kongsi resipi churos dengan sos coklat ganache. Kedua, resipi sosej bakar madu. Dua-dua resipi ni sesuai untuk
minum petang. Mantap sungguh rasanya.

CHUROS MINI DENGAN SOS COKLAT GANACHE

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
Sedikit esen vanilla
Secubit garam
3 sudu makan gula
25 gram butter
1 biji telur ayam gred A

Cara memasak:
1. Masukkan air, gula, garam, mentega, esen vanilla dan masak sehingga mendidih.
2. Selepas itu masukkan tepung dan gaul cepat-cepat sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan telur. Gaul lagi sampai sebati.
4. Sejukkan seketika, selepas itu boleh dibentukkan menggunakan nozel/acuan yang ada.
5. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan taburkan gula icing sedikit sebagai hiasan

COKLAT GANACHE

1/2 cawan serbuk koko
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak jagung
1/4 cawan susu cair

Cara memasak:
Masak secara double boiled.

Kredit: Nursidah Muhd Amin

 

SOSEJ BAKAR MADU

Bahan-bahan:
Sepeket sosej (10 ketul)

Bahan perap:
6 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap masin
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan madu
Secubit lada hiitam

Cara memasak:
1. Satukan semua bahan perapan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan sosej ke dalam bahan perapan tadi dan perap seketika. Bakar di atas kuali rata.
3. Masukkan 3 sudu makan mentega ke dalam kuali sebelum sosej dibakar.
4. Bakar dengen api perlahan sehingga masak.
5. Bila sosej sudah masak curahkan baki sos tadi.
6. Gaul rata perlahan-lahan supaya sosej tak patah.
7. Selepas masak, angkat sosej ke dalam pinggan. Sedia dihidang.

Kredit: Mak Cik Ratu

IKLAN