Kalau nak dapatkan dekorasi di rumah terutamanya dapur tidak semestinya perlu beli yang baru. Kadangkala, guna barangan yang terpakai pun boleh jadi cantik. Yang penting, anda perlu sedikit kreatif untuk menggubahnya. Jika anda ada botol kaca di rumah, jangan dibuang kerana ia boleh dibuat bekas rempah ratus. Memang cantik hasil DIY oleh Fridie Yusop ini. Sangat kemas dan paling penting, menjimatkan ruang di dapur.
DIY BEKAS REMPAH GUNA BOTOL KACA TERPAKAI
BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Cat spray (Spray paint)
Label sticker
Skru secukupnya
Screwdriver
L metal
Kayu
CARA-CARANYA:
1. Sembur spray paint pada keseluruhan botol serta kayu dan biarkan sehingga ia kering.
2. Pasang L metal pada kayu dan ukur botol pada kayu untuk membuat jarak lubang.
Ads
3. Skrukan penutup botol pada kayu.
4. Masukkan rempah ratus yang ada dan lekatkan label sticker pada botol.
Ikan keli merupakan antara menu kegemaran ramai. Antara hidangan yang popular adalah masak lemak cili api, goreng berlado dan banyak lagi. Satu masalah yang sering kita hadapi apabila menggoreng ikan keli adalah ia melekat pada kuali dan hasil gorengan jadi tak cantik. Sebenarnya ada petua nak goreng ikan keli ini agar sempurna seperti di kedai. Menurut petua yang dikongsi oleh Ala Alaniyah, anda hanya perlu gunakan tepung dan buat banyak hirisan pada badan ikan. Cara ini akan membantu air pada ikan cepat kering. Jom kita ikuti perkongsiannya.
1. Lumur ikan dengan kunyit dan garam. Perap sebentar.
2. Selepas itu, ambil ikan satu-satu. Bedakkan ikan dengan tepung gambar seperti di dalam gambar.
3. Kemudian, goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Hasil dia insyaAllah cantik.
4. Siap! Keli masak sambal.
Jika anda sedang mencari KUALI yang murah dan berkualiti, cuba klik DISINI.
Sebut sahaja limau, ada pelbagai jenis yang terbayang di fikiran. Namun untuk limau yang biasa diguna dalam masakan Melayu, ada tiga jenis dimana ia digunakan untuk tujuan aroma dan rasa dalam masakan. Ketiga-tiga jenis limau itu tidak lain tidak bukan adalah Limau Nipis, Limau Purut dan Limau Kasturi.
Walaupun semuanya digunakan di dalam masakan, namun ada juga yang tidak bersesuaian. Nak tahu apa yang membezakan limau-limau ini? Jom baca.
FIZIKAL DAN TEKSTUR:
Sekali pandang, ketiga-tiga limau ini kelihatan hampir sama dari segi rasanya iaitu masam dan berwarna hijau. Namun ada sedikit beza.
Limau Purut dan Limau Kasturi berwarna hijau lebih pekat berbanding Limau Nipis yang biasanya berwarna hijau muda atau hijau kekuningan.
Dari segi saiz, Limau Kasturi paling kecil manakala Limau Purut dan Nipis hampir sama saiznya namun tekstur kulit Limau Purut bergerutu berbeza dengan Limau Nipis dan Kasturi yang lebih licin.
JUMLAH AIR DAN WARNA AIRNYA:
Bila dibelah kesemuanya hampir sama, tapi jumlah air dan warnanya tidak sama. Limau nipis dan Purut, airnya berwarna hijau cerah dan jernih sedangkan Limau Kasturi hijau kekuningan.
Bila diperah jumlah airnya juga berbeza. Limau Kasturi paling banyak, diikuti Limau Nipis dan Limau Purut paling sikit airnya.
FUNGSI DALAM MASAKAN:
Ketiga-tiga air limau ini mempunyai rasa masam, namun rasa masam itu tidak sama. Limau Kasturi lebih masam tapia da sedikit manis berbading Limau Nipis dan Purut. Sebab itu Limau Kasturi lebih banyak dicampur dalam masakan seperti sambal belacan. Malah lulitnya juga dicampur bersama bagi menaikkan keenakan rasa.
Sementara itu, Limau Nipis biasanya diambil airnya sahaja. Kulitnya jarang digunakan di dalam masakan kecuali diparut nipis pada bahagian hijaunya untuk ditambah dalam adunan kek.
Bagi Limau Purut pula, amat jarang ia digunakan dalam masakan. Mungkin ada namun tidak secara menyeluruh. Biasanya daun pokok limau ini lebih banyak digunakan dalam masakan berbanding dengan buahnya.
Limau Nipis dan Limau Purut juga digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan mahupun organ dalaman.
Banyak gunanya limau-limau ini. Namun jangka hayatnya tidak terlalu lama membuatkan ia cepat busuk atau kering, Jangan risau, boleh simpan guna petua-petua di bawah ini. Kalau nak tanam pun ada petuanya. Selamat mencuba & moga bermanfaat buat semua.
Bila nak masak, Bulan puasa ni memang agak mencabar bagi kaum ibu terutamanya bagi mak-mak yang berkerja. Mana taknya, sampai sahaja di rumah, kalut nak masak juadah berbuka untuk keluarga. Lebih parah lagi jika lauk yang nak dimasak tu, lupa nak dikeluarkan dari peti sejuk beku pada waktu pagi. Aduhai…memang bertambah huru-hara.
Ada petua mudah untuk melembutkan lauk-pauk sejuk beku ni. Dalam masa kurang 10 minit, ikan, ayam dan daging boleh lembut dan boleh dimasak. Cara-caranya ialah:
CARA CEPAT LEMBUTKAN LAUK BEKU
1. GUNA MICROWAVE
2. GUNA CUKA MAKAN
3. GUNA PERIUK
4. GUNA AIR PANAS
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!