Nak makan dim sum, sedap makan panas-panas. Selain kulit inti dim sum pun penentu kesedapannya. Sekali sekala jom beralih selera masakan Cina pulak.
Ni resipi sedap dari Fatin Damia yang berbaloi dicuba. Bukan setakat resipi kulitnya aje dikongsi, siap pakej resipi inti dan kicap dim sum. Jom kita cuba dim sum inti daging dan udang ini.
DIM SUM
BAHAN-BAHAN :
Bahan kulit dim sum : ✔ 1 cawan tepung kentang – beli online DI SINI ✔ 1 cawan tepung kanji- beli online DI SINI ✔ 2 sudu besar minyak ✔ Garam secukup rasa ✔ Air panas secukupnya
Ads
Bahan Inti Dim Sum: ✔ 1/2 cawan daging kisar ✔ 1/2 cawan isi udang kisar ✔ 2 biji bawang merah ( dicincang halus ) ✔ 3 biji bawang putih ( di cincang halus ) ✔ 1 inci halia ( diparut ) ✔ 1 sudu besar tepung jagung – beli online DI SINI ✔ 1 sudu besar kicap cair -beli online DI SINI ✔ 1 sudu kecil serbuk lada putih – beli online DI SINI ✔ Daun bawang ( di hiris halus ) ✔ 2 sudu besar bawang goreng – beli online DI SINI ✔ Garam dan gula secukup rasa
✔ 1 sudu besar minyak cili ✔ 1 sudu besar cuka makan – beli online DI SINI ✔ 1 sudu besar kicap cair – beli online DI SINI ✔ 1 ulas bawang putih ( haluskan ) ✔ 2 sudu besar air panas ✔ Garam dan gula secukup rasa #Gaulkan kesemuanya
CARA PENYEDIAANNYA : ✅ Kulit Dim Sum
1. Campurkan semua bahan untuk membuat kulit Dim Sum dan masukkan air panas secukup nya. Uli sampai tepung tak melekat di tangan. Rehatkan doh selama 20 minit sebelum dicanai nipis.
✅ Inti Dim Sum
1. Campurkan semua bahan untuk membuat inti Dim Dum dan masukkan sedikit tepung jagung.
2. Letak inti pada kulit Dim Sum yang telah dicanai nipis tadi dan kelim sesuai selera.
Ads
2. Panaskan periuk pengukus dan kukus Dim Sum selama 10 minit menggunakan api besar.
3. Setelah masak, keluarkan Dim Sum dan sejukkan sebelum dimakan bersama kicap Dim Sum ataupun Sos Cili.
Kalau korang penggemar masakan kampung, yang pedas-pedas dan berkuah, wajib cuba tiga menu yang RASA kongsikan ini. Ia bukan hanya sedap dan mudah disediakan, tetapi memang digemari ramai. Sesekali masak sedap, gerenti di puji Encik Suami dan anak-anak.
GULAI TULANG BERSAMA PUCUK REBUNG
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulanglembu | direbus hingga empuk
2 pucuk rebung | direbus lima minit
1 tangkai daun kari
150gm rempah kari
3cm halia | dikisar
6 ulas bawang merah | dikisar
1kg santan pekat
2 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan yang dikisar dengan daun kari sehingga wangi.
Seterusnya masukkan adunan rempah kari dan tumis sehingga garing.
Masukkan pula air rebusan tulang, biar sehingga menggelegak.
Masukkan tulang lembu dan reneh lagi dengan api yang kecil dalam 20 minit.
Masukkan santan dan hirisan rebung.
Biarkan mereneh lebih kurang lima minit, kemudian siap untuk dihidang.
UDANG SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN:
15 ekor udang kertas saiz XL | bersihkan
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
12 biji cili hijau
5 biji cili padi |jika ingin pedas
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Goreng udang bersama serbuk kunyit hingga separuh masak. Ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan asam gelugor, udang, garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga kuah pecah minyak dan udang masak.
Angkat dan hidangkan.
SAMBAL SOTONG
BAHAN-BAHAN:
1 kilo sotong saiz XL | bersihkan dan tos.
3 biji bawang besar |dihiris
4 ulas bawang putih |dihiris
4 sudu makan pes cili kering
2 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis.
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali tanpa minyak, golek-golekkan sotong beberapa minit sehingga air sotong keluar.
Kemudian angkat sotong dan toskan sekali lagi sehingga kering.
Sementara itu panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
Selepas itu, masukkan pes cili kering dan tumis sehingga garing.
Masukkan pula air asam jawa, sedikit air dan garam serta gulasecukup rasa.
Akhir sekali masukkan sotong dan gaul sehingga masak.
Sering kali para ibu mengalami kebuntuan memikirkan apakah resipi yang hendak dimasak untuk hidangan seharian. Kadangkala dalam seminggu, tanpa disedari, anda berulang memasak juadah yang sama dan ini membuatkan anak-anak merungut. Bagi anda yang gemarkan hidangan berkuah, ini idea yang boleh dicuba hari ni.
1. SUP DAGING SIAM
BAHAN-BAHAN:
½ kg daging | bersihkan dan hiris
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
200 ml air
2 cm halia
2 biji kentang | potong enam
1 batang lobak merah | potong
1 biji tomato | potong enam
3 batang daun sup | hiris
3 batang daun bawang | hiris
1 sup bunjut
Rempah penumis empat serangkai
1 biji limau nipis | ambil jus
Garam secukupnya
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
Bawang goreng sebagai hiasan
CARA MEMASAK:
Daging dicuci bersih dan dihiris nipis. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak bersama rempah penumis empat serangkai (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang), masukkan air dan sup bunjut. Kacau sebati.
Masukkan pula hirisan daging. Setelah empuk masukkan lobak merah dan ubi kentang sehingga masak sepenuhnya.
Langkah akhir, setelah mendidih masukkan garam secukup rasa, hirisan daun bawang dan daun sup serta tomato. Perahkan limau nipis. Kacau sekata.
Sedia dihidang.
INFO CHEF: Sup daging Siam rasanya lebih masam dan pedas, ia tidak menggunakan rempah ratus.
2. PETOLA TUMIS AIR UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 batang petola | buang kulit keras dan potong
5 ekor udang | bersihkan
2 biji bawang merah | hiris
2 biji bawang putih | hiris
1 batang daun sup | potong
1 keping fucuk | rendam
1 paket suhun
Garam dan bahan perasa secukup rasa
Air secukupnya
Daun bawang dan bawang goreng secukupnya untuk hiasan |pilihan
CARA MEMASAK:
Masukkan air di dalam periuk, kemudian masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan tauhu kering.
Masak atas api sederhana hingga mendidih beberapa minit.
Kemudian masukkan petola, suhun, fucuk, udang, garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau sekata.
Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng jika suka.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain petola, isian sayur boleh dipelbagaikan ikut cita rasa anda dan keluarga.
NASI berlauknya cukup ringkas. Nasi putih dicampur gulai ayam bersama ayam goreng kecil dan dilengkapkan dengan sambal. Dibungkus pula dengan sehelai kertas makanan. Itulah identiti nasi berlauk yang sebelum ini dipopularkan oleh Kak Wook atau nama sebenarnya Allahyarham Mek Wook Hassan.
Biarpun serba ringkas, nasi Kak Wook yang pada mulanya bertapak di Kelantan pada 1984 mula mendapat tempat di luar negeri Cik Siti Wan Kembang.
Populariti Kak Wook ditambah dengan keenakan gulainya dan harga murah menjadi faktor makanan itu turut digemari bukan sahaja daripada kalangan penduduk Kelantan. Di atas faktor itu juga, muncul restoran-restoran yang menjual makanan seakan nasi Kak Wook di luar Kelantan sehingga membuatkan nasi berlauk itu menjadi fenomena. Ikuti kupasan Sinar Harian mengenai nasi yang menjadi sebutan orang ramai ini.
Tiada siapa tahu kisah mencabar di sebalik kesedapan nasi Kak Wook, yang diperkenalkan pada 1984 oleh Allahyarham Mek Wook Hassan.
Ia sebenarnya bukanlah satu perkara mudah untuk mula-mula menambat hati pelanggan, namun ikhtiar atas keikhlasan, akhirnya ia terkenal hingga kini.
Mendekati anak ketiganya, Maheran Ibrahim, 48, yang kini mempunyai anak yang membuka tiga lokasi menjual nasi Kak Wook original, untuk menjadi pandai dia sering dimarah arwah ibunya. Arwah Kak Wook seorang penyabar dan menjaga kesedapan rasa lauk yang dimasak olehnya atau anak-anak, malah kalau ada kekurangan rasa itu, dia segera minta ubah.
Memendam rasa terkilan sebagai pewaris perniagaan nasi Kak Wook, Maheran mengakui kini pelanggan nasi Kak Wook keliru untuk mengenali nasi hasil usaha ibunya dengan nasi Kak Wook klon, namun dia tidak menolak, semua rezeki datang daripada ALLAH SWT.
Tiga Lokasi Nasi Kak Wook Asli
Siti Nur Hidayah (kiri), Maheran (tengah) dan Mastura menjadi pelapis perniagaan nasi Kak Wook asli.
Meninggalkan sejarah tempat asal nasi Kak Wook di Kampung Lundang, Maheran berkata, sejak kecil, dialah anak yang selalu di sisi arwah menyiapkan nasi dan kuih setiap hari, selain arwah bapanya, Ibrahim Mamat.
“Dahulu saya rasa ‘derita’ sangat kerana agak terkebelakang dari segi pembelajaran, jadi arwah Mek selalu suruh membantunya di dapur, disuruhnya saya membuat gulai, menyiang ikan untuk buat nasi kerabu dan kuah laksam, juga menyediakan bahan untuk kuih. Nak menangis pun ada masa tu… tetapi saya sabar.
“Kini, apabila arwah tiada, barulah saya faham mengapa saya terpilih ‘sekaki’ memasak dan menjual nasi dengannya, malah memandangkan anak saya ramai, dari kecil mereka membantu arwah nenek menyediakan nasi Kak Wook,” katanya.
Mempunyai tiga anak menjual nasi Kak Wook asli menggunakan gambar arwah Kak Wook pada kain rentang di kedai, Siti Nur Hidayah Zulkifli, 28, menggantikan tempat lama di lokasi Jalan Telipot, manakala Rabiatul Adawiyah, 23, membuka kedainya di Pasir Tumboh dan satu lagi bersebelahan Bank Islam di Kubang Kerian dikendalikan Siti Nor Salwani, 23.
Berikut kami kongsikan resepi nasi berlauk ala kak Wok yang berasal dari Kelantan untuk anda cuba sendiri di rumah.
RESIPI NASI KAK WOOK
Gulai Ayam
Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam
1 kotak santan 200ml (jenama Kara)
2 kiub pati ayam Knorr
Air perahan asam jawa
Air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan tumisan
1 labu bawang besar, dihiris nipis
1 inci halia, diracik halus
4 pelepah daun kari
3 bunga lawang
1 kayu manis
5 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
*Bahan dijadikan pes rempah (dibancuh dengan sedikit air)
4 sudu besar serbuk kari ayam
4 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk rempah briyani
Cara Memasak:
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan tumisan sehingga berbau harum. Setelah naik bau wangi, masukkan pes rempah. Goreng sehingga garing dan terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul sebati.
Setelah ayam agak masak, masukkan santan. Boleh ditambah secawan air untuk kuah. (Jika suka kuah sedikit cair, boleh lebihkan air)
Tambah perahan air asam jawa dan kiub pati ayam Knorr.
Rasa gulai dan tambah garam atau gula mengikut citarasa.
Biarkan mendidih dengan api sederhana sehingga pecah minyak. Tutup api.
Ayam goreng kunyit
Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam, dipotong kecil-kecil
1 sudu kecil garam
1 sudu serbuk pati ayam Knorr
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan kacang panjang, dipoton2 satu inci
1 labu bawang besar, dihiris
Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:
Gaul ayam dengan garam, serbuk pati ayam dan serbuk kunyit. Perapkan selama 15 minit. Goreng ayam sehingga kuning keemasan. Setelah ayam garing, angkat ayam, tos minyak dan ketepikan.
Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau.
Masukkan kacang panjang dan goreng seketika sehingga masak (tetapi masih mengekalkan kerangupan).
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Siap dan bolehlah dihidangkan.
Sambal Kelantan @ Air Lada
Cili hidup
Cili api
Cuka masakan
Garam dan gula secukup rasa
Kisar semua bahan menggunakan blender (boleh juga ditumbuk menggunakan lesung batu)
Hidangkan dengan nasi putih panas-panas. Memang power!