Cantik manis, bergaya dan punya cita rasa yang tersendiri. Itulah Lana Nodin. Aura dan pesona jelita yang ada pada selebriti ini cukup mengagumkan dan membuat mata tak jemu memandang.
Kesempatan menjadi tetamu jemputan Datuk Chef Wan dalam Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua ini membuka peluang kepada beliau untuk berkongsi cerita dan mengimbau kembali nostalgia Ramadan.
Jangan tak tahu, suri hati kepada Mohd Daud McKienzie ni bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan tetapi Lana juga memang pandai memasak dan handal di dapur tau. Lihat sahaja akaun instagram beliau. Banyak resipi ada dikongsi.
Nak cuba menu-menu istimewa yang dikongsi oleh Datuk Chef Wan dan Lana Nodin dalam episod kali ini ? Jom lihat resipi-resipinya. Sangat mudah, sedap dan anda boleh masak untuk berbuka di sepanjang bulan Ramadan ni. Selamat mencuba!
1. MASAK LEMAK DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
2kg daging salai
1kg santan pekat
Kunyit hidup
Cili padi
Cili merah
3 batang serai
Daun kunyit
Asam keping
Garam
CARA MEMASAK
1. Kisarkan cili padi, cili merah, kunyit hidup dan sedikit air.
2. Masukkan air ke dalam periuk.
3. Kemudian masukkan santan dan kacau secara perlahan supaya tidak pecah minyak.
IKLAN
4. Selepas itu masukkan bahan kisar dan daging yang telah disalai ke dalam periuk.
5. Masukkan serai yang telah diketuk dan kacau daging sehingga menjadi empuk.
6. Masukkan daun kunyit yang telah dicarik dan sedikit garam. Kacau sehingga mendidih.
7. Sedia untuk dihidangkan.
2. KUIH BAKAR
IKLAN
BAHAN-BAHAN:
10 helai daun pandan | kisar
125ml air
10 biji telur
225gm gula kastor
1 liter santan pekat
Garam
2 sudu makan minyak
120gm tepung gandum
2 sudu makan bijan
Pewarna hijau
CARA MEMASAK:
1. Kisarkan tepung gandum, gula kastor, telur, 1 cawan air pandan dan pewarna hijau.
2. Tapiskan bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalam bekas adunan.
3. Campurkan dengan santan dan setengah sudu garam.
4. Panaskan acuan bunga kemboja. Kemudian diletakkan minyak dan acuan dimasukkan semula ke dalam oven.
5. Taburkan bijan ke dalam acuan dan tuangkan adunan yang telah dibuat tadi ke dalam bekas acuan. Tambahkan lagi bijan di atas adunan.
IKLAN
6. Akhir sekali, masukkan ke dalam oven dengan suhu 180℃ selama 30-40 minit.
7. Setelah siap dibakar, sejukkan di luar.
8. Sedia untuk dihidangkan.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Jangan lupa saksikan rancangan terbaru Rasa Nostalgia Ramadan Musim Kedua yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan popular tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia mereka..
Nak tahu siapa tetamunya? Kenalah tunggu dan tonton Rasa Nostalgia Ramadan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 5 petang di saluran Astro Prima & Prima HD (105 & 125).
Idea masakan ringkas dan mudah yang anda boleh cuba masak untuk berbuka ataupun sahur. Mudah rupanya nak hasilkan hidangan Daging Masak Merah macam yang selalu kita pesan dekat kedai tu. Resipi perkongsian dari saudari Zetty Azikin ni memang terbaik. Cubalah! Pasti anda sukakan rasanya.
DAGING MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging – direbus, direndam pewarna merah & dihiris. ( jika tak suka pewarna, boleh abaikan)
3 sudu makan cili kisar
3 sudu mkakan sos cili
3 sudu makan sos tiram
6 ulas abwang putih – diketuk
8 biji cili padi merah
5 helai daun limau purut
1 biji bawang holland
1 batang lobak merah
1 biji lada benggala merah
Bunga kubis – kuantiti ikut citarasa
Kacang panjang – kuantiti ikut citarasa
Baby jagung – kuantiti ikut citarasa
1 biji tomato
1 cawan air
Sedikit serbuk pewarna merah – jika suka
Gula, garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis cili kisar hingga garing.
2. Kemudian masukkan bawang putih dan cili padi.
3. Kacau selama 2-3 minit barulah dimasukkan sos cili dan tiram.
4. Seterusnya masukkan sayur-sayuran ( kecuali bawang & tomato) dan daun limau purut. Kacau rata.
5. Masukkan air.
6. Kemudian masukkan daging. Kacau lagi hingga rata. Jika suka, boleh juga masukkan sedikit pewarna merah.
7. Akhir sekali masukkan bawang holland, tomato, garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Kacau selama 2-3 minit untuk sebatikan dan biar bawang sedikit lembut.
Bakwan sejenis snek yang seakan sama seperti cucur udang atau bilis tetapi mengandungi lebih banyak sayuran. Sesuai sangat dinikmati untuk sajian minum petang. Wajib cuba resipi Bakwan yang sangat mudah ini. Lagi sedap kalau dapat makan Bakwan panas-panas yang rangup. Cicah pula dengan sos cili. Memang terangkat! Lagi banyak sayur lagi sedap. Cubalah. Ini resipi yang dikongsikan oleh Siti Khajar
Siapa pernah makan Daging Pekasam, orang lama-lama menang tahu akan keenakan daging ini dan anatara menu yang sangat sedap dibuat dengan daging pekasam ini adalah masak sambal. Potong Cili Bawang je korang, ia memang menghabiskan nasi 2-3 pingganlah jawabnya. Nak buatnya pun senang, korang boleh cuba.
.
SAMBAL DAGING PEKASAM BAHAN-BAHAN:
500gm daging pekasam | hiris
1 biji bawang besar | hiris
Gula secukupnya
Garam jika perlu
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
4 biji cili merah
10 biji cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia muda
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian, masukkan daging pekasam, kacau rata sehingga daging layu.
Masukkan hirisan bawang besar, gula secukup rasa dan garam jika perlu.