Min pernah berkunjung ke Kolej Malaysia Food (Authentic) College di Ukay Perdana membuat rakaman foto resipi di sana . Kesemua resipi ini disediakan oleh tenaga pengajar di sini dengan dibantu oleh pelajar-pelajar asnaf yang menuntut di kolej ini.
Datuk Chef Mohd Farid Alwi (tiga dari kiri)
Resipi yang disediakan ‘ternyata sangat kreatif dan inovatif menepati tema yang RASA berikan. Dengan fasiliti dapur yang mampu dimanfaatkan pelajar mengasah skil masakan dan kulinari.
Tetapi bukan bab kemudahan di sini yang menarik perhatian Min tetapi mengenai pelajar-pelajar ‘bertuah’ dapat menimba ilmu masakan disini. Ya, kesemua pelajar di sini cukup gigih kerana mampu belajar walau pun datangnya dari keluarga asnaf yang terdiri daripada golongan fakir dan miskin.
Peluang mereka terbuka luas kerana adanya insan murni bernama Datuk Chef Mohd Farid Alwi.Chef Farid berpegang kepada 3 prinsip kehidupan iaitu bila mati seseorang anak Adam itu hanya 3 perkara ini yang ditinggalkan di muka bumi iaitu amal jariah, anak yang soleh dan ilmu yang berkekalan.
“Saya mahu ilmu yang saya ada di sini dapat disampaikan menjadi berkekalan dan berlanjutan bila berjaya disampaikan kepada orang lain. Saya direzekikan Allah mendapat ilham untuk berkongsi dengan golongan fakir dan miskin.
Ads
Niat saya adalah untuk menyampaikan ilmu, dan bukan bermotifkan duit dan keuntungan. Sebenarnya saya telah mula mengajar bakeri dari tahun 2002 lagi, semasa bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah pusat latihan bakeri di Bandar Baru Bangi.
Dari situ saya mendapat inspirasi untuk membuka kolej sendiri iaitu Bakeri Ria, pada 2007 . Kini bertukar nama kepada Kolej MFA pada awal tahun ini kerana saya meluaskan lagi kepada pengajian seni kulinari dan keusahawanan. Masa awal penubuhan kolej belum ada banyak lagi kolej bakeri Bumiputera.
Sebelum ini Lembaga Zakat tidak menekankan kepada kemahiran untuk pelajar asnaf, tetapi hanya pengajian diploma dan akademik, tetapi dengan adanya sijil kemahiran Malaysia lebih ramai lagi pelajar asnaf dapat menyambung pengajian mereka , “cerita Chef yang berasal dari Merlimau, Melaka ini.
Penglibatan Chef Farid dalam masakan bermula semasa dia bermula bekerja di kedai bakeri dan kek semasa berusia 23 tahun. Pemegang Diploma in Pastry ini juga pernah meraih pengalaman bekerja di hotel berprestij di Kuala Lumpur dan pernah mengikuti kursus Pembangunan Sumber Manusia menjadi tenaga pengajar “train the trainer”.
Bukan sekadar kepada pelajar asnaf, Chef Farid juga kerap membuat kerja-kerja kebajikan dan kerap ke kawasan kediaman asnaf dengan membawa tepung dan bahan mentah mengajar keluarga asnaf membuat donat.Kesemua bahan mentah itu datangnya dari wangnya sendiri.
“ Pelajar dan golongan asnaf harus dipecahkan daripada mentaliti ‘hanya menerima’ dan harus dipupuk dengan kesedaran untuk berubah serta tidak sekadar bergantung dengan apa yang cukup. Ini lah ‘brain storming’ saya kepada mereka untuk terus majukan diri .
“Setiap kali saya berjumpa bekas pelajar, perkara pertama yang saya ajukan adalah berapa banyak yang dia mampu bagi kepada kedua ibu bapa mereka. Bukan jumlah gaji yang diterima. Bila mereka dapat membantu keluarga itu saya rasakan itulah kepuasan dalam hidup saya. Yang penting mereka mampu keluar dari kepompong kemiskinan.”, akhiri Chef Farid yang juga Mejar dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang terlibat dalam aktiviti menyelamat mangsa bencana dan tragedi.
Bagi Chef Farid mudah aje, yakinlah ilmu itu untuk dikongsi bukan disimpan untuk sendiri. Lebih -lebih lagi bila dikongsi dengan golongan tidak berkemampuan maka berkat ilmu dan ‘amal jariah’ itu jadi berlipat kali ganda.
Ads
Moga kehadiran awal Muharram ini jadi pembakar semangat untuk kita terus berbuat yang baik-baik dan menjadi orang yang baik-baik.
Ni resipi istimewa dari MFA yang mudah dibuat, jom cuma sajian barat ini.
BAKED SALMON WITH AVOCADO SMASH
BAHAN -BAHAN :
1 keping ikan salmon
1/2 sudu makan minyak zaitun
1/2 sudu teh lemon | diambil jusnya
1/2 biji avokado | yang ranum dilenyek hingga halus
Garam secukup rasa
1 sudu makan daun ketumbar | dicincang halus
CARA MEMASAK :
Perasakan ikan bersama minyak zaitun, gram dan daun ketumbar. Perap sebentar.
Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 10-12 minit. Keluarkan dan ketepikan.
Bagi membuat avocado smash, ambil avokado dan lenyek hingga halus, dalam satu bekas dan kemudian masukkan jus lemon dan gaul hingga rata.
Letakkan avocado smash di atas ikan.
Hidangkan bersama kentang yang dibakar.
Saiz hidangan : 1 orang
Ads
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Bakar di dalam oven
Jenis masakan : Ikan
Keistimewaan : Gandingan ikan salmon lemak manis dan buah avokado cukup lazat
Anggaran kos : RM 30.90
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sedapnya kalau dapat makan dadih sejuk. Teksturnya yang lembut dan pelbagai rasa, menjadikan manisan ini kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak. Di pasaran terdapat banyak serbuk dadih segera yang dijual. Namun, anda juga boleh hasilkannya sendiri di rumah. Lebih jimat, mudah serta sedap! Sekali buat, dapat 9 cawan dan boleh letak macam-macam perasa. Jom lihat dan cuba resipi perkongsian saudari Nur Haziqah ini.
CARA MUDAH BUAT DADIH HOMEMADE SEDAP
BAHAN-BAHAN: 150gm gula (boleh tambah lagi kalau tak cukup manis. Sukatan ini manis sedang-sedang sahaja) 20gm serbuk agar-agar – beli online disini 1 sudu makan tepung jagung – beli online disini 1 sudu teh garam 1 liter susu segar / susu kotak – beli online disini 500ml air Perasa pilihan ikut cita rasa ( empunya resipi guna serbuk koko dan 1/2 paket serbuk nescafe 3 in 1)
CARA MEMASAK: 1. Masukkan gula, serbuk agar-agar, garam, tepung jagung dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak atas api sehingga mendidih dan agar-agar larut. Guna api perlahan sekejap sehingga agar-agar larut kemudian baru guna api besar sampai mendidih.
2. Bila agar-agar sudah larut, tapiskan. Kemudian masukkan susu dan kacau sebati. Tidak perlu masak bila lepas masukkan susu.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk ditambahkan perisa kesukaan. Empunya resipi buat tiga perasa iaitu perasa susu, koko dan nescafe. Kalau guna nescafe ni masukkan 1/2 paket sahaja. Kalau masukkan satu pakett nanti manis sangat.
4. Masukkan campuran dadih ke dalam cawan dan biarkan sejuk.
5. Bila sudah sejuk, tutup cawan dan masukkan ke dalam peti ais dalam 1-2 jam.
6. Dadih homemade yang sedap sudah siap untuk dimakan.
7. Dadih ini bahagian bawahnya tidak berjeli. Kalau guna serbuk dadih paket, bawah akan berjeli.
8. Hasilnya. Dadih tidak cair dan tidak keras. Gedik-gedik macam puding sedut tu.
Apa menu simple untuk makan malam?Menu sup sering digemari oleh semua. Boleh cuba masak Sup Tepung yang mungkin menjadi makanan nostalgia semasa kecil dulu. Tekstur lembut dan mengenyangkan sesuai untuk warga tua dan kanak-kanak juga.
SUP TEPUNG
Bahan-bahan: 3 cawan tepung gandum 2 biji bawang putih 4 biji bawang merah 3 sudu ikan bilis seikat sawi Minyak untuk menumis Garam secukupnya
Cara memasak:
1. Uli tepung,sedikit garam, air hingga lembut dan tak melekat pada tangan.
2. Mayang bawang putih dan merah dan tumis bersama ikan bilis hingga kekuningan.
3. Masukkan air 1 liter. Biarkan mendidih.
4. Dalam masa yang sama, cubit tepung secubit, terikkan guna dua-dua tangan, hingga jadi sekeping nipis. Masukkan dalam periuk. Buat hingga tepung habis. Biar menggelegak sekejap, agar tepung masak.
5. Sawi dihiris, basuh, tos. Masukkan dalam periuk. Letak garam secukup rasa. Saya tak guna sebarang perisa lain.
6. Ikut suka, keempukan sawi. Tutup api, sedia dimakan. Kredit: Joriah Jue
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...