
Petang-petang kalau tak tahu nak buat kuih apa, tak ada idea, kamu boleh lah cuba resipi dari utara ni. Cucuq atau Cucur Balak ia lebih kurang macam cucur udang cuma cara masaknya sahaja yang berbeza. Ikut suka jika nak masukkan kucai dan taugeh pun boleh, sedap dimakan bersama kuah kacang atau sambal,. Jika anak tak suka makan sayur gantikan dengan sosej mesti laju jer makan. Mak-mak mesti cuba!
RESIPI CUCUQ BALAK
Bahan-Bahan:
- Tepung gandum
- Telor sebiji
- Serbuk kunyit
- Garam @ perasa ikut suka.
- Daun kucai
Cara-Cara:
- Semua bahan di blend..bancuhan agak2 jgn terlalu cair atau pekat.mcm nk buat roti jala bancuhannya
- Kemudian dilenggang dan digulung..barulah digoreng sehingga garing.
- Dah siap!



Kongsi resipi: Sofi Hanim Saidin
https://www.facebook.com/sofihanim.saidin/videos/1692835290793258/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Sotong Masak Sambal Penyet. Sangat Sedap & Mudah

Buat penggemar lauk sotong, resipi Sotong Masak Sambal Penyet perkongsian saudari Aisyah Humaira ni tentunya anda perlu cuba. Resipi yang cukup mudah dan tentunya enak. Andai dinikmati bersama nasi putih panas atau nasi lemak, tentunya sangat membuka selera. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK SOTONG SAMBAL ALA PENYET PALING SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
½ kg sotong – cuci bersih
Cendawan dan kacang panjang – jika suka
Garam & gula secukupnya
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah – beli online disini
2 ulas bawang putih – beli online disini
1 inci halia
1 biji tomato – potong 4
10 biji cili padi merah (campur dengan cili padi hijau
4 biji cili merah besar
CARA MEMASAK:
1.Tumis bahan kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan sotong, garam dan gula. Kacau rata dan renehkan dengan api kecil sambil tutup kuali untuk keluarkan air sotong. Bila dah ada iar sotong, tak perlu tambah air. 3. Bila sotong hampir masak, masukkan sayur-sayuran. Masak lagi hingga semua masak sekata.
4. Sambal Sotong sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Jangan Bazirkan Kentang, Cuba Resipi Snek Mudah & Sedap Ini

Kudapan pada petang hari untuk menonton tv. Lagi seronok tengok drama dengan mulut asyik mengunyah saja kan.
Nah, sambil berkira-kira untuk buat kudapan apa, jom kita cuba dengan hidangan berasaskan kentang daripada Nazrizam Ab Wahab.
Kentang dihiris di atas chopstick, spray cooking oil dan kemudian bakar di dalam air fryer. Mudah saja kan?
ACCORDION POTATOES
BAHAN-BAHAN:
Ubi kentang (bergantung kepada berapa banyak yang diinginkan) – beli online di sini
Seasoning (campuran paprika, black pepper, garam dan garlic powder)
Cooking oil spray
Chopsticks
Parmesan cheese (optional)
TONTON Minit Ekspress: Bendi Tumis Telur
TONTON Let’s Cooking: Roti Poket Doremon
CARA MENYEDIAKAN:
1.Mula-mula, satukan semua seasoning iaitu serbuk paprika, black pepper, garam dan garlic powder di dalam bekas. Gaul sebati. Ketepikan.
2.Basuh kentang. Kemudian rendam selama 10 minit. Selepas itu toskan. Jika suka, boleh parut buang kulit. Lap kentang dengan bersih.
3.Letakkan 2 batang chopstick. Kemudian, letakkan kentang di antara batang chopstick tersebut. Hiris dengan pisau hingga cecah chopstick. Bahagian hujung kena pandai-pandai kawal sendiri agar tidak terputus.
*tips mudah: apabila hujung pisau sudah mengena batang chopstick, itu tandanya sudah boleh berhenti menghiris.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Masukkan kentang ke dalam air fryer. Sembur cooking oil ke atas kentang. Pastikan di bahagian celah-celah kentang pun kena minyak. Jika tiada jenis spray, boleh gunakan berus.
5. Bakar selama 30 minit (bergantung kepada saiz kentang) dengan menggunakan suhu 180C.
6. Sebaik sahaja masak, keluarkan. Kemudian, cepat-cepat tabur seasoning yang sudah disiapkan. Boleh juga taburkan parmesan cheese jika suka.
7. Boleh tarik satu-satu untuk menikmati. Kalau nak lagi crunchy, tambah lagi masa AF. Ikut suka citarasa masing-masing.
Kredit resipi: Nazrizam Ab Wahab
Masih mencari air fryer yang berkenan di hati? Boleh beli di sini
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Cara Buat Samosa Potato Pinwheels, Inti Padat & Mengenyangkan
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
4 Masakan Batawi Sedap Terangkat, Wajib Cuba!

Alahai sedap dan ranggupnya Ayam Goreng Serunding, kena pulak dengan Semur Daging Batawi yang lembut kaya dengan rasa rempah ratusnya dan ditambah pula dengan hidangan Ikan Gurame Bersama Bumbu Gulai yang lemak-lemak pedas dan Kepitang Sos Merah yang pedas manis, memang makan berpeluh punya kerana empat menu autentik Batawi ini memang sedap dan comfirm makan nasi bertambah-tambah. Bila sedap admin kongsikan resipinya untuk kita cuba bersama.
AYAM GORENG SERUNDING
BAHAN BAHAN:
- 800gm ayam | dipotong 4
- 100ml air kelapa
- 2 lembar daun salam
- 2 batang serai
- 80gm gula merah
- 1 liter minyak masak
BAHAN KISAR UNTUK AYAM:
- 150gm bawang merah
- 50gm bawang putih
- 3gm serbuk ketumbar
- 20gm garam
- 15gm kunyit hidup
- 10gm buah keras
BAHAN SERUNDING:
- 200gm kelapa parut kasar
- 50g asam jawa
- 2 helai daun salam
- 1 batang serai
- 20gm garam
- 20gm gula pasir
- 100gm minyak masak
BAHAN KISAR SERUNDING:
- 3gm biji ketumbar
- 3gm biji jintan manis
- 50gm bawang putih
- 60gm lengkuas
- 150gm bawang merah
CARA MEMASAK:
- Rebuskan ayam, kemudian gaulkan bersama bahan kisar , air kelapa, gula merah, daun salam, dan serai. Biarkan dalam 1 jam.
- Kemudian panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing.
- Untuk serunding pula, panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar, daun salam, dan serai sampai harum.
- Tambahkan garam dan gula pasir. Gaul rata.
- Masukkan kelapa parut dan air asam jawa. Masak sampai kering.
- Sajikan ayam goreng dengan taburan serunding.
- Hiaskan bersama daun ketumbar dan cili merah.
SEMUR DAGING BETAWI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging batang pinang
- 2 helai daun salam
- 3biji bunga cengkih
- 1 batang kayu manis
- 1 biji buah pala
- 2 biji buah tomato
- 150gm kicap manis
- 100gm bawang merah | goreng untuk hiasan
BAHAN KISAR:
- 50ml minyak masak
- 200gm bawang merah besar
- 40gm bawang putih
- 20gm buah keras
- 10gm garam
- 3gm serbuk lada sulah
- 5gm serbuk ketumbar
- 5gm serbuk jintan manis
- 50gm hali
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bawang merah hiris sampai wangi. Masukkan bahan kisar, daun salam, cengkih, kayu manis dan biji pala sehingga naik wangi.
- Masukkan daging, gaul daging sehingga berubah warna. Tambahkan tomato dan gaul sampai layu. Masukkan kicap manis dan gaul lagi sehingga rata.
- Tuangkan air rebus sampai daging empuk.
- Taburkan bawang merah goreng dan hidangkan.
IKAN GURAME BBUMBU GULAI
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor ikan gurame | potong 2 bahagian (ikan tilapia)
- 20 helai daun kemangi (daun selasih)
- 1 biji santan kelapa
- 40gm Air asam jawa (untuk melumuri ikan)
- 4 biji belimbing buloh
- 2 helai sireh
- 3 helai daun limau purut
- 3 helai daun salam
- 3 biji cili merah
- 3 biji cili hijau
- 20gm garam
- 15gm gula
BAHAN KISAR:
- 60gm bawang putih | hiris nipis
- 200gm bawang merah | hiris nipis
- 20gm kunyit hidup
- 3gm serbuk ketumbar
- 40gm buah keras
- 50gm halia
CARA MEMASAK:
- Cuci ikan sehingga bersih dan potongkan dua bahagian. Kemudian lumurkan ikan secara menyeluruh dengan menggunakan air asam jawa.
- Selepas itu rendamkan ikan dalam 10 minit.
- Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar. Kemudian tambahkan daun sireh, daun limau purut dan juga daun salam. Masukkan air.
- Masukkan ikan gurame, kemudian masukan pula belimbing buloh.
- Tambahkan pula cili hijau dan merah yang sudah dipotong sebelumnya, serta masukan pula bawang merah yang sudah dihiris, gula, garam, dan gaulkan rata sehingga masak.
- Setelah gulai sudah pekat masukkan daun kemangi ke dalam gulai yang sedang dimasak tadi.
- Setelah dirasa masak sempurna, angkat dan hidangan.
KEPITING SAUS MERAH (KETAM)
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor kepiting (ketam) | dipotong 2 bahagian
- 30gm bawang putih | dicincang kasar
- 100gm bawang merah | dicincang kasar
- 30gm halia | dicincang halus
- 10gm cili kering | dicincang halus
- 30gm sos tomato
- 30gm cili boh
- 15gm kicap manis
- 15gm garam
- 20gm gula pasir
- 100ml air
- 5gm daun bawang | dihiris halus
- 200ml minyak masak
CARA MEMASAK:
- Gorengkan ketam sampai berubah warna. Angkat dan toskan minyaknya.
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai wangi baunya. Tambahkan cili kering. Tumiskan sampai layu.
- Masukkan ketam dan gaul rata.
- Tambahkan sos tomato, cili boh, kicap manis dan garam. Gaulkan sehingga rata.
- Tuang air dan masak sehingga sos pekat. Tambahkan daun bawang. Biarkan sebentar lalu angkat dan hidangkan.