Cucur nasi jejari ketam, lembut di dalam rangup di luar. Kalau ada lebihan nasi semalam terutama dalam jumlah yang sedikit, jangan simpan dalam peti sejuk. Boleh terus olah buat cucur ini.
Sesuai dijadikan hidangan sarapan atau makan petang, dengan tambahan jejari ketam dan daun kucai rasa cucur ii memang lebih sedap dari cucur biasa.
Cara membuat pula sangatlah ringkas hanya kisar nasi dan gaul Bersama bahan lain. Anak- anak confirm suka apatah lagi bila dicicah dengan sos cili atau sambal kicap.
Ads
Cucur Nasi Jejari Ketam Yang Sedap & Ringkas
Bahan-Bahan
2 cawan nasi
2 cawan air
15 batang jejari ketam (crabsticks) – dipotong kecil
2 ½ cawan kecil tepung gandum
Daun kucai secukupnya – dihiris halus
Sedikit garam & serbuk perasa
Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan
1. Kisar nasi bersama air hingga lumat dan sebati.
2. Tuangkan bahan kisar ke dalam mangkuk besar. Masukkan tepung gandum dan semua bahan lain satu persatu.
3. Gaul adunan hingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
Ads
4. Panaskan minyak dalam kuali. Ambil sesudu adunan dan goreng hingga keperangan dan rangup.
5. Angkat, toskan dan sedia untuk dihidangkan bersama sos pilihan.
Ads
Tip Ekstra
Untuk rasa lebih rangup, boleh tambah 1 sudu besar tepung beras dalam adunan.
Kalau suka lebih pedas, boleh campurkan hirisan cili ke dalam bancuhan.
Guna minyak yang cukup panas supaya cucur tidak serap minyak dan jadi lembik.
Ada beberapa jenis resipi popia goreng. Yang membezakannya hanyalah inti di dalamnya sahaja. Musim PKP ni, anda boleh variasikan sahaja bahan-bahan yang adalah dapur untuk dijadikan intinya. Berikut dikongsikan resipi Popia Carbonara yang boleh dicuba, ia mudah dan sedap. Kalau buat lebih boleh difrozenkan, bila teringin tinggal goreng.
POPIA CARBONARA BAHAN-BAHAN:
1 paket kulit popia
3 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang holand | potong dadu
1 paket crab stick | hiris
1 tin cendawan | hiris
1 mangkuk kecil isi ayam | hiris halus
1/2 batang lobak merah
1 tin sos pergo carbonara
2 sudu perencah cukup rasa
1 sudu kecil Sedikit serbuk oregano
1 sudu kecil Serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi, kemudian masikkan isi ayam, kacau hingga air ayam garing.
Masukkan cendawan, lobak merah, crab stick, kacau lagi sekejap.
Baru masukkan sos pergo carbonara, tambah air sedikit.
Perasakan dengan cukup rasa, serbuk oregano, serbuk lada hitan dan putih. Jika kurang masin tambah sedikit garam.
Bila sudah pekat, tutup api dan biarkan sejuk.
Setelah sejuk bolehlah gulung dengan kulit popia. Lakukan hingga habis.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan dengan api sederhana.
Pernah makan Kuih Lepat Liat Kampung? Kuih tradisional dah tak ramai orang yang membuatnya. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Resipi yang dikongsikan Ariff Budiman Zainal Abidin ini sangat mudah untuk membuatnya. Bahan-bahan pun mudah didapati. Jom cuba!
1. Masak air, gula merah, gula pasir dengan daun pandan hingga gula hancur. Kemudian, tapis. 2. Masuk air gula panas-panas ke dalam tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati (saya guna senduk).
3. Sementara itu, gaulkan kelapa putih dengan sedikit garam.
4. Lumur sedikit minyak di tengah daun pisang. Letak 1 sudu besar adunan tepung dan tenyeh-tenyeh hingga leper. 5. Letak kelapa putih di atas adunan.
6. Lipat kemas-kemas daun pisang. Masak air hingga mendidih. Kukus selama 20 minit. Siap.
Lepat Sagu memang sedap. Rasa lemak-lemak manis, memang sesuai sangat dijadikan sajian untuk minum petang malah boleh juga dinikmati pada bila-bila masa. Bagi anda yang suka makan kuih tradisional ni, resipi perkongsian saudari Opah Mas Cotek ni antara yang mudah boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.