Cucur Kentang Sedap & Mudah Untuk Snek Minum Petang

Cucur Kentang: Resipi Potato Fritters Mudah & Sedap Yang Pasti Menjadi!

Potato Fritters atau cucur kentang ni memang sangat mudah dan sedap. Hanya guna beberapa bahan mudah, anda boleh hasilkan snek minum petang untuk anak-anak dan suami. Ada pelbagai jenis resipi yang boleh dicuba namun resipi perkongsian saudari Nurul Natasya Tasya ni antara yang terbaik yang boleh dihasilkan. Cubalah. Pasti puas hati.

Cucur kentang juga sesuai dijadikan hidangan sarapan, snek petang, malah sedap dimakan panas-panas dengan sos atau sambal kicap. Teksturnya rangup di luar dan lembut di dalam menjadikan ia antara menu kegemaran ramai. Lebih menarik, resipi ini menggunakan bahan yang mudah didapati dan tak memerlukan langkah penyediaan yang rumit.

Resipi Cucur Kentang (Potato Fritters) Sedap

Bahan-Bahan:

4 biji ubi kentang – kupas kulit dan parut
4 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
Daun sup/ daun bawang secukupnya
Sedikit emping cili (chilli flakes)
Serbuk lada putih secukupnya
Serbuk pati ayam secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Memasak Cucur Kentang:

1. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian. Gaul rata.

Cucur Kentang: Resipi Potato Fritters Mudah & Sedap Yang Pasti Menjadi!

Ads

2. Biarkan adunan selama 5 minit dan gaul sekali lagi hingga sebati dan adunan menjadi basah. Adunan tidak perlu ditambah air kerana air dari ubi kentang akan keluar.

Cucur Kentang: Resipi Potato Fritters Mudah & Sedap Yang Pasti Menjadi!

3. Panaskan minyak dan goreng adunan mengikut saiz dan ketebalan yang disukai.

4. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

Ads

Cucur Kentang: Resipi Potato Fritters Mudah & Sedap Yang Pasti Menjadi!

Tips Tambahan Untuk Cucur Kentang Lebih Rangup

– Gunakan ubi kentang yang baru diparut supaya tekstur lebih lembap dan mudah digaul.
– Tambah sedikit tepung jagung jika mahu cucur lebih rangup ketika digoreng.
– Elakkan goreng dalam minyak yang terlalu panas kerana cucur mudah hangus di luar tetapi tidak masak di dalam.
– Jika suka rasa lebih pedas, tambah sedikit emping cili atau lada hitam.

Kredit resipi & foto: Nurul Natasya Tasya

Dengan langkah mudah ini, anda pasti dapat hasilkan cucur kentang yang sedap, rangup dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Resipi mudah ini juga sesuai bagi mereka yang baru belajar memasak atau mahukan idea hidangan cepat untuk keluarga.

Ads

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Cucur Berinti Durian. Mudah Masak & Terlajak Sedap

Resipi Cucur Udang Jagung Cicah Kuah Kacang

Resipi Cucur Manis Jadi Sangat Sedap, Garing Luar Lembut Dalam

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads