Cuaca panas begini, sedapnya kalau dapat minum yang sejuk-sejuk. Jom kita cuba buat minuman yang simple tapi sedap. Fruit cocktail pun sedap juga, ada buah-buahan segar.
Gabungan susu, air soda dan buah-buahan segar serta ditambahan ketulan ais memang nikmat betul. Kalau buat air ni ketika jamuan atau hari perayaan, gerenti habis dulu. Berulang-ulang orang minum.
Nak tahu cara membuatnya? Nazuhaina Azu ada berkongsi resipi untuk menghasilkan Fruit Cocktail yang sedap. Jom kita cuba.
Bila tiba waktu berbuka, air antara hidangan wajib ada dan paling tak sabar untuk dijamah. Maklumlah masing-masing dahaga setelah seharian berpuasa. Belum ada idea nak bancuh air apa untuk berbuka petang ni? Jom cuba buat Dragon Mix Fruit ni. Minuman campuran aneka buah-buahan segar. Memang sedap! JOm lihat bahan-bahan yang diperlukan.
MINUMAN DRAGON MIX FRUIT
BAHAN-BAHAN:
Buah naga merah
Buah mangga masak
Anggur manis – dibelah dua
Laici tin – ambil sekali dengan airnya
Susu pekat manis – ikut kemanisan yang anda suka
Air masak
Ais batu
CARA MEMBUAT:
1. Kupas buah dan potong dadu.
2. Dalam bekas bersesuaian, campurkan semua bahan-bahan diatas. Sesuaikan rasa ikut kemanisan yang diingini.
3. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati.
4. Minuman ini tidak perlu tambah pewarna kerana warna asli dari buah naga sudah mencukupi.
Sedapnya teh ais pekat yang ada boba pearl/ pearl bubble homemade ni. Maklumlah tengah musim. Teksturnya yang kenyal-kenyal apabila digigit membuatkan kita asyik sedut minuman. Bagi anda yang gemarkan minuman yang ada bebola kristal ni, tetapi kurang yakin kalau beli di kedai, boleh cuba hasilkan sendiri. Mudah je. Hanya guna beberapa bahan mudah, anda boleh hasilkan dalam kuantiti yang banyak. Jom lihat resipi perkongsian Puan Fara Bakri ni.
RESIPI BOBA PEARL @ PEARL BUBBLE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung ubi
2 sudu makan tepung pulut
Pewarna hitam secukupnya ( boleh guna pewarna pilihan yang lain. Empunya resipi guna pewarna biru
gelap.)
Air panas secukupnya
Secubit garam
3 sudu makan gula
Daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung ubi, tepung pulut, garam dan 1-2 titik pewarna ke dalam bekas. 2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan uli guna senduk hingga sebati dan doh tidak melekat.
3. Kemudian cubit doh dan bulatkan. Saiznya seperti pearl bubble yang biasa dibeli di kedai. 4. Salutkan doh yang sudah dibulatkan tadi dengan sedikit tepung bagi mengelakkan ia melekat antara satu sama lain.5. Didihkan air dalam periuk. Masukkan gula dan daun pandan. Tujuan menggunakan gula ialah supaya pearl bubble menjadi berkilat. Rebus pearl bubble selama 25-30 minit. 6. Selesai merebus, tapis pearl bubble dan lalukan di bawah air mengalir untuk membuang lebihan kanji.
7. Masukkan pearl bubble ke dalam bekas dan isikan air gula. Anda bebas menggunakan air gula putih atau air gula merah. Jika guna air biasa dan simpan dalam peti sejuk, pearl bubble akan jadi keras.
8. Boleh masukkan pearl bubble dalam minuman kegemaran. Jika ada lebihan, simpan pearl bubble di dalam peti sejuk.
Herba seperti serai dan halia memang mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan. Begitu juga dengan kulit kayu manis dan cengkih. Ni perkongsian dari Maria Bentalib mengenai campuran herba dan rempah yang dikatakan dapat menyihatkan tubuh.
Katanya ini lah minuman yang boleh menjadi petua meredakan atau menghilangkan sakit lutut, sakit sendi, angin mencucuk dengan menggunakan bahan mudah dan senang. Semuanya ada kat dapur kita aje. Kalau malas jugak tak tahulah nak kata apa.
Malah minuman ini juga dipercayai boleh menurunkan kencing manis dan darah tinggi.
MINUMAN CAMPURAN HERBA DAN REMPAH
.
BAHAN-BAHAN :
.
1 liter air
2 batang serai | dititik
1 batang kayu manis ceylon
7 biji cengkih
3 hiris halia
CARA PENYEDIAAN :
.
1. Rebus kesemua bahan dalam satu liter air.
.
2. Rebus selama 20 minit dan tutup api.
Minum bila dah suam suam dua kali sehari. Insya Allah boleh menyihatkan tubuh. . Kredit : Maria Bentalib
JIKA ANDA GEMAR MEMBELI SECARA ONLINE, DAPATKAN PERKAKAS ELEKTRIK DAN BARANGAN DAPUR SERTA KEPERLUAN RUMAH DENGAN MELAYARINYA DI SINI.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!