Ketika dalam cuaca panas begini, memang teruja sangat kalau dapat menikmati air longan herbs. Rasanya yang begitu menyegarkan, dengan hirisan buah lemon dan daun pudina. Memang tak cukup segelas.
MenurutZalina Yahayayang sudi berkongsi resipi Air Longan Herbs ini, katanya dia memperoleh resipi air ini ketika di Mekah suatu ketika dahulu. Ketika itu mereka menikmati nasi arab dan dihidangkan dengan air longan herbs ini oleh syarikat yang mengelolakan dan menguruskan jemaah haji mereka pada ketika itu.
Dia begitu menyukainya kerana di dalamnya tiada soda. Sangatlah menyegarkan. Untuk mereka yang ingin mencuba, sila ikuti resipi ini. Jika ada pertukaran bahan di dalam resipi ini bukan tak boleh, cuma akan lari daripada rasa asalnya. Selamat mencuba.
Sedapnya teh ais pekat yang ada boba pearl/ pearl bubble homemade ni. Maklumlah tengah musim. Teksturnya yang kenyal-kenyal apabila digigit membuatkan kita asyik sedut minuman. Bagi anda yang gemarkan minuman yang ada bebola kristal ni, tetapi kurang yakin kalau beli di kedai, boleh cuba hasilkan sendiri. Mudah je. Hanya guna beberapa bahan mudah, anda boleh hasilkan dalam kuantiti yang banyak. Jom lihat resipi perkongsian Puan Fara Bakri ni.
RESIPI BOBA PEARL @ PEARL BUBBLE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung ubi
2 sudu makan tepung pulut
Pewarna hitam secukupnya ( boleh guna pewarna pilihan yang lain. Empunya resipi guna pewarna biru
gelap.)
Air panas secukupnya
Secubit garam
3 sudu makan gula
Daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung ubi, tepung pulut, garam dan 1-2 titik pewarna ke dalam bekas. 2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan uli guna senduk hingga sebati dan doh tidak melekat.
3. Kemudian cubit doh dan bulatkan. Saiznya seperti pearl bubble yang biasa dibeli di kedai. 4. Salutkan doh yang sudah dibulatkan tadi dengan sedikit tepung bagi mengelakkan ia melekat antara satu sama lain.5. Didihkan air dalam periuk. Masukkan gula dan daun pandan. Tujuan menggunakan gula ialah supaya pearl bubble menjadi berkilat. Rebus pearl bubble selama 25-30 minit. 6. Selesai merebus, tapis pearl bubble dan lalukan di bawah air mengalir untuk membuang lebihan kanji.
7. Masukkan pearl bubble ke dalam bekas dan isikan air gula. Anda bebas menggunakan air gula putih atau air gula merah. Jika guna air biasa dan simpan dalam peti sejuk, pearl bubble akan jadi keras.
8. Boleh masukkan pearl bubble dalam minuman kegemaran. Jika ada lebihan, simpan pearl bubble di dalam peti sejuk.
Minuman yang menyegarkan boleh membantu mood pada hari tersebut jadi lebih menyeronokkan. Apa kata anda cuba buat minuman daripada lemon dan madu. Rasanya sedap dan menyegarkan.
JUS LEMON MADU
BAHAN-BAHAN
2 biji lemon
2 gelas air masak
1 sudu kecil gula
2 sudu besar madu
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Perah jus lemon. Ketepikan. Separuh biji dihiris bulat.
2. Isi air masak dalam bekas. Masukkan gula pasir. Kacau sehingga gula larut.
3. Masukkan madu. Kacau sebati.
4. Tuangkan ais. Sedia diminum.
Rasa susah nak membongkokkan tubuh kerana perut buncit? Diet dah buat, jogging pun sudah, nak pergi gim selalu memang tak sempat la kan? Nak ambil pil ‘supplement’, mahal la pula.
Jangan risau! Anda masih boleh mengempiskan perut buncit dengan empat resipi ramuan minuman ini. Ia bukan sahaja penuh khasiat, malah menjadikan anda lebih sihat dan bertenaga!
Apa yang perlu anda lakukan, amalkan mengambil minuman ini sebelum tidur membantu mengempiskan perut buncit.
1. Jus Timun Penghapus Lemak
BAHAN-BAHAN:
1 biji timun
Sedikit daun parsli
1 biji lemon
1 sudu besar halia parut
1 sudu besar jus aloe vera
1/2 gelas air
CARA PENYEDIAAN:
Kisar semua bahan di atas dan minum sebelum tidur.
2. Minuman Tenaga
BAHAN-BAHAN:
5 biji lemon
1 liter minuman sparkling
Sedikit daun pudina
CARA PENYEDIAAN:
Perah empat biji lemon.
Hiris bulat-bulat sebiji lemon.
Campurkan kesemua bahan ke dalam jug.
Hidang minuman dengan ais dan daun pudina.
3. Minuman India Berempah
BAHAN-BAHAN:
4 biji limau nipis
Sedikit halia parut (sesuaikan dengan cita rasa)
Sedikit daun pudina
1 liter minuman sparkling
1/2 gelas air putih
Sedikit gula (sesuaikan dengan cita rasa)
Ais
CARA PENYEDIAAN:
Perah jus limau.
Campur gula dan air putih di dalam periuk, reneh sehingga gula larut.
Tambah halia ke dalam larutan dan matikan api selepas mendidih. Sejukkan.
Tambah jus limau, minuman sparkling dan ais.
Hias minuman dengan daun pudina dan hirisan limau.
4. Minuman Cuka Epal (Apple Cider)
BAHAN-BAHAN:
1 liter jus epal (buat sendiri atau beli yang dah siap)
Sedikit daun pudina
100 ml jus lemon
1 biji lemon
Ais
CARA PENYEDIAAN:
Hiris lemon bulat-bulat.
Campur jus lemon dan jus epal dalam bekas bersesuaian.
Tambah hirisan lemon, ais dan daun pudina.
Boleh tambah hirisan epal sebagai hiasan.
Amalkanlah mengambil minuman ini sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan perut kembali kempis dan kelihatan muda remaja. Selamat mencuba!
Nak buat kuih akok tapi tiada dapur arang? Cuba resipi akok homemade yang mudah ini! Hanya guna sandwic maker, hasilnya tetap lembut, lemak manis, dan keemasan.