Dalam dunia makanan moden hari ini, ramai yang nak makan sedap tapi masih kekalkan gaya hidup sihat. Masalahnya, banyak makanan “healthy” tak begitu memuaskan selera tapi tidak untuk wrap ini. Cornflakes Chicken Wrap ialah antara hidangan mudah yang berjaya gabungkan tekstur rangup, rasa berkrim, nutrisi seimbang dan penyediaan yang cepat. Pendek kata, ini ialah wrap yang bukan sahaja menyihatkan tubuh, malah memanjakan selera.
Apa yang menjadikan resipi ini istimewa adalah teknik salut ayam dengan cornflakes. Kalau biasa kita jumpa ayam digoreng dengan breadcrumbs, kali ini kita gunakan cornflakes untuk rasa rangup yang lebih unik. Bukan sekadar lebih crunchy, cornflakes juga memberi rasa manis halus yang menyerlahkan lagi marinasi ayam. Digabungkan dengan salad segar, tomato berjus, yogurt asli yang lembut serta balutan wholemeal wrap setiap suapan terasa lengkap.
Cornflakes Chicken Wrap
Kelebihan Cornflakes Chicken Wrap
Ayam dada pula merupakan pilihan yang sangat baik untuk hidangan sihat. Ia rendah lemak tetapi tinggi protein, membantu anda rasa kenyang lebih lama. Bila dihancurkan bersama oregano dan serbuk lada hitam, aromanya menjadi lebih harum dan terasa seperti hidangan restoran. Teknik masakan yang disarankan ialah memanggang atau menggunakan air fryer supaya kita dapat hasil yang rangup tanpa perlu banyak minyak. Cara ini bukan sahaja menjadikan hidangan lebih sihat, tetapi mengekalkan kelembutan ayam di bahagian dalam.
Dan jangan lupa, penggunaan yogurt asli memberi rasa creamy yang sangat sesuai menggantikan mayonnaise. Yogurt bukan sahaja rendah kalori, tetapi juga baik untuk usus kerana mengandungi probiotik. Bila kita gabungkan rasa rangup, creamy, segar dan berempah wrap ini jadi hidangan yang seimbang dari segi nutrisi dan rasa. Sesuai sangat untuk dijadikan bekal kerja, makan tengah hari, makan malam ringan ataupun hidangan cepat sebelum gym.
Ads
Cornflakes Chicken Wrap juga fleksibel. Anda boleh tambah bahan lain ikut selera seperti keju, jagung, timun Jepun, bawang ungu atau sos pedas. Tetapi versi asas ini sudah cukup memuaskan dengan rasa natural bahan-bahan segar. Dan yang paling penting, ia sangat mudah dibuat memang sesuai untuk mereka yang tak sempat masak panjang setiap hari tetapi masih mahu makan sedap.
Bahan-bahan
Salad
Tomato (dihiris)
Ayam dada
Cornflakes (dihancurkan kasar)
Garam
Serbuk blackpepper
Yogurt asli
Oregano
Wholemeal wrap
Cara Penyediaan Cornflakes Chicken Wrap
Sediakan ayam: Potong ayam dada kepada saiz jalur atau kepingan kecil. Perasakan dengan garam, serbuk blackpepper dan oregano.
Salut ayam: Hancurkan cornflakes secara kasar. Salut ayam sepenuhnya dengan cornflakes hingga bersalut rata.
Masak ayam:
Air fryer: Masak 180°C, 12–15 minit.
Oven: Bakar 200°C selama 20 minit.
Pan fry tanpa minyak: Guna api perlahan sehingga ayam masak sepenuhnya.
Sediakan wrap: Panaskan wholemeal wrap di dalam kuali panas untuk beberapa saat.
Susun isi: Letakkan salad di tengah wrap, kemudian tomato.
Tambahkan ayam rangup: Letakkan ayam cornflakes yang baru dimasak. Ini bahagian paling penting yang memberi identiti khusus kepada Cornflakes Chicken Wrap.
Sos yogurt: Sapu yogurt asli di atas ayam untuk rasa creamy.
Gulung & hidang: Gulung wrap dengan kemas dan potong jika mahu. Sedia untuk dinikmati!
Kesimpulan
Cornflakes Chicken Wrap ialah hidangan serba lengkap yang menggabungkan kesihatan, kesegaran dan rasa rangup yang memuaskan. Ia pilihan terbaik untuk mereka yang sentiasa sibuk tetapi masih ingin menjaga pemakanan. Dengan ayam yang diperap ringan, cornflakes rangup, sayuran segar serta yogurt berkrim, wrap ini bukan sahaja sedap malah memberi tenaga berpanjangan.
Ads
Jika anda mahukan hidangan yang cepat, sihat dan “feel good”, wrap ini wajib dicuba. Ia mudah dibuat, sedap dinikmati dan pasti akan jadi menu ulang kali di rumah. Selamat mencuba!
Pernah dengar spaghetti masak sizzling? Rupanya sedap juga masak spaghetti dengan cara lain.
Resipi sizzling spaghetti buttermilk with popcorn chicken yang dikongsi Nurha Muhammad ini, mudah je nak disediakan. Rasanya pun sangat sedap.
SIZZLING SPAGETTI BUTTERMILK WITH POPCORN CHICKEN
BAHAN- BAHAN:
1 pekat spagetti Balducci 9 ulas bawang putih | cincang halus 3 tangkai daun kari 4 biji cili padi merah | hiris halus 100g mentega 1 tin susu cair 1 cawan susu full cream 2 sudu teh serbuk pati ayam Sedikit lada sulah & lada hitam berperisa 2 keping keju cheddar
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air. Masukkan 2 sudu teh garam dan rebus spagetti hingga lembut anggaran 10-12 minit. Setelah masak, tos dan ketepikan. 2. Dalam kuali, cairkan mentega. Tumis bawang putih, cili padi merah & daun kari hingga wangi.
3. Masukkan susu cair dan susu full cream. Perisakan dengan serbuk pati ayam, lada sulah dan lada hitam berperisa. 4. Apabila mendidih masukkan keju cheddar dan kacau hingga mencapai kepekatan yang diingini.
BAHAN POPCORN CHICKEN:
2 keping dada ayam | hiris dadu 2 sudu besar tepung goreng ayam pedas 3 sudu besar tepung goreng ayam asli 1 sudu besar tepung jagung 1 sudu besar tepung beras
CARA MEMASAK:
1. Larutkan 1 sudu besar tepung goreng ayam pedas dengan sedikit air. Perap ayam dalam adunan selama 30 minit.
2. Dalam bekas berasingan, satukan tepung goreng ayam pedas, asli, tepung jagung dan tepung beras. Kacau sebati. 3. Panaskan minyak. Celup isi ayam ke dalam adunan tepung kering dan goreng hingga masak.
CARA MENGHIDANG:
1. Panaskan kuali hot plate. 2. Masukkan spagetti untuk satu portion ke dalam hot plate dan tuang kuah buttermilk ke atas spagetti. 3. Sedia dihidang bersama popcorn chicken.
Kena gaya masak organ dalaman binatang seperti hati hati, jantung, limpa, paru ataupun perut memang sedap. Apa lagi kalau dibuat sambal goreng, ia memang terbaik. Penggemar organ dalamam mesti menyukainya. Kalau korang ingin mencuba, ini RASA kongsikan 11 menu dengan pelbagai cara memasak organ dalaman. Kesemua menu mudah disediakan dan disukai oleh ramai rakyat Malaysia.
PERUT MUDA ALA PADANG
BAHAN-BAHAN:
500gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
1 inci lengkuas | dikisar
3 sudu cili kering kisar
2 batang serai | dititik
1 mangkuk santan
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan kisar, serai dan daun kunyit serta daun limau purut.
Setelah tumisan naik bau dan garing, masukkan perut yang telah rebus tadi. Gaul sebati.
Masukkan santan dan biarkan mendidih.
Akhir sekali garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
PERUT MUDA KERISIK AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
300gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
1 biji bawang besar | potong dadu
1 biji limau nipis | perah air
5 biji cili padi | dipotong kecil
1 biji buah tomato | potong dadu
1 sudu makan kerisik
1 helai daun limau purut | dihiris
Sedikit air asam jawa
Sedikit air suam
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar kecuali perut. Gaul sebati.
Akhir sekali perasakan garam, asam jawa dan gula secukup rasa.
Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Gaul sebati. Sedia dinikmati.
PERUT SAMBAL BERCILI
BAHAN-BAHAN:
400gm perut | rebus ¾ empuk, hiris kasar
BAHAN KISAR:
50gm cili besar merah
10 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1keping asam gelugur
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan kisar kecuali asam gelugur.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga terbit wangi dan pecah minyak. Masukkan asam gelugur.
Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Gaul sekata.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
RENDANG CAMPUR BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus
250gm hati | rebus
250gm limpa | rebus
1kg santan pekat
1 sudu makan pes asam jawa
5 sudu makan kerisik
3 sudu makan | rempah kari
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering | potong dan rebus
1 biji bawang besar
4cm lengkuas | hiris
3cm halia | hiris
3 batang serai | hiris
BAHAN HIRISAN:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai
BAHAN REMPAH PENUMIS:
4cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Paru, limpa dan hati yang telah direbus dihiris dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali. kemudian tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan campuran rempah kari, serbuk ketumbar, jintan manis dan putih yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika.
Seterusnya masukkan paru, limpa dan hati tadi, kacau rata dan sebati dengan bahan tumisan.
Masukkan pula santan pekat, kacau dan biarkan mereneh sehingga kuah agak pekat lebih kurang 15-20 minit.
Seterusnya, masukkan air asam jawa, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkkan api, dan terus kacau sehingga kuah kering dan timbul minyak.
Angkat dan hidangkan.
SAMBAL HATI
BAHAN-BAHAN:
1kg hati lembu | rebus dan potong dadu
5 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan pes asam jawa
1 sudu makan cili sos
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk mengoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu gaul hati yang telah dipotong dadu dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
Kemudian goreng hati seketika, jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak, seterusnya masukkan hati.
Kacau sebati supaya hati sebati dengan bahan tumisan.
Seterusnya masukkan air asam, cili sos dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula.
Angkat dan sedia dihidangkan.
HATI GORENG KUNYIT KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
500gm hati lembu | rebus dan hiris
10 batang kacang panjang | potong 3cm
1 biji bawang besar | hiris
15 tangkai cili padi merah | hiris memanjang
2 batang serai | titik
1 sudu teh air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan serai bersama bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan hirisan hati, kacau rata.
Seterusnya masukkan hirisan bawang besar, cili dan kacang panjang dan kacau lagi.
Akhir sekali masukkan pes asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Setelah masak, angkat dan segera dihidangkan bersama nasi putih.
SAMBAL PARU GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus dan hiris nipis
1 sudu air asam jawa
1 biji bawang Holland | hiris bulat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
6 biji cili merah
5 ulas bawang
3 ulas bawang putih
2cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa.
Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru.
Gaul rata kemudian tutup api.
Sambal paru sedia dihidangkan.
KERABU PERUT ALA KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1/2 kilo perut putih | cuci bersih dan rebus
2 biji tomato | dipotong dadu
1 biji bawang besar | dihiris
4 batang serai |dihiris nipis
10 tangkai cili api | dihiris nipis
1 batang timun | buang biji dan potong dadu
3 biji limau kasturi
Garam dan gula
1 sudu makan sos ikan
CARA MEMASAK:
Hiris kecil memanjang perut yang telah direbus.
Masukkan dalam mangkuk bersama dengan bahan hirisan lain.
Dalam mangkuk lain, campurkan garam, gula, jus limau nipis dan sos ikan. Gaul rata.
Tuangkan dalam mangkuk bahan hirisan. Gaul rata.
Setelah cukup rasa kerabu sedia dihidangkan.
SAMBAL KICAP HATI:
BAHAN-BAHAN:
500gm hati lembu| cuci bersih dan rebus
1 biji bawang besar |hiris
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besara
3 ulas bawang putih
15 biji cili padi
1 batang serai
2cm halia muda
CARA MEMASAK:
Hiris nipis hati, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang, dikuti bahan kisar.
Setelah naik bau dan pecah minyak, masukkan hati.
Kacau rata dan masukkan kicap cair dan kicap pekat.
Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api.
Sambal hati sedia dihidangkan.
RENDANG HATI CILI PADI:
BAHAN-BAHAN:
500gm hati | hiris nipis dan rebus
300ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
2 keping asam gelugor
5 helai daun limau purut
4 batang serai
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3cm kunyit hidup
3cm lengkuas
2cm halia
3 batang serai
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan serai titik dan daun limau purut.
Kacau seketika, masukkan hati, kemudian diikuti santan dan asam gelugor.
Bila kuah agak pekata, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kemudian masukkan pula kerisik, kecil api.
Biarkan mereneh hingga timbul minyak.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Inovasi menjadikan Putu Bambo atau Putu Piring dipelbagaikan cara penyediaan. Antaranya guna daun pisang menggantikan selinder buluh. Anda hanya perlu bentukkan daun pisang seperti selinder kemudian masukkan je adunan tepung beras ke dalamnya dan kukus seperti biasa. Bentuk lebih kurang dan rasa tetap sedap.
PUTU DAUN PISANG BAHAN-BAHAN: 26 sudu makan tepung beras 6 sudu makan tepung pulut 140 air | blender dengan 5 helai daun pandan. 1/2 sudu teh garam Gula Melaka secukupnya | dihiris BAHAN TABURAN: Kelapa parut (putih sahaja) gaul dengan sedikit garam dan kukus sekejap.
CARA MEMBUAT:
Dalam bekascampur tepung beras, tepung pulut, garam, air pandan sedikit demi sedikit sambil diadun rata.
Terus adu hingga adunan menjadi butiran halus.
Daun pisang dirollkan dan letak dalam gelas.
Masukkan 1 sudu makan tepung dalam daun pisang, lapiskan dengan gula Melaka dan akhir sekali masukkan 1 sudu makan lagi adunan tepung beras tadi.
Panaskan pengukus dan kukus selama lebih kurang 20 minit.
Angkat dan buka daun pisang dalam bekas berisi kelapa parut.
Susun dalam pinggan dan taburkan di atasnya dengan lebihkan kelapa parut.
Avocado Scrambled Egg Toast ialah sarapan sihat, sedap dan mengenyangkan dengan kombinasi roti rangup, telur lembut dan avocado berkrim. Resipi mudah ala café untuk tenaga stabil sepanjang pagi.