Menu yang satu ini tidak pernah jemu makan. Biarpun berapa kali menikmatinya. Cara membuatnya juga berbeza-beza yang penting bahan asasnya ialah pisang. Nak sedap gunalah pisang emas.
Chuqodoq Pisang Loqstaq
10 biji pisang emas (dilenyek)
1 1/3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 cawan kelapa parut
4 sudu makan brown sugar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara memasak:
Ads
1.Sediakan kuali & panaskan minyak secukupnya.
2.Kemudian lenyekkan pisang jangan lumat sangat dan masukkan tepung gandum, tepung beras, gula perang & kacau sebati
3.Selepas itu masukkan baking powder, soda bikarbonat & garam kacau sebati
4.Jika adunan terlalu pekat boleh masukkan sesudu dua air .
(Peringatan jangan cair sangat)
5.Goreng dan balik-balikkan sehingga masak.
6.Angkat & toskan minyak dan boleh dihidang.
Ads
SELAMAT MENCUBA! 😘
Resipi Ikhlas dari Datin Shida Yusoff @missdessertparlour
Sajian kuih tradisional seperti Kuih Lepat Liat memang punya rasa serta keenakannya yang tersendiri. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi perkongsian saudari Linda Md Yusofni. Sangat mudah rupanya nak buat kuih ni. Bahan-bahannya pun tidak susah dan tak banyak. Lebih istimewa lagi sukatan bahannya pun menggunakan cawansahaja. Senanglah nak sukat. Jom cuba. Pasti rasanya sedap.
BAHAN-BAHAN LAIN: Daun pisang Kelapa parut + sedikit garam (inti) Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK: 1.Masak bahan-bahan yang bertanda (*). Tidak perlu hingga mendidih, cukup sekadar sampai gula larut. Tapis dan sejukkan. 2. Masukkan air gula ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. 3. Sediakan daun pisang yang sudah dibersihkan dan disapu dengan sedikit minyak masak. 4. Ambik doh dalam 2 sudu besar dan leperkan atas daun pisang tadi. 5. Letakkan inti kelapa dengan secukupnya dan bungkus Kuih Lepat Liat dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan. 6. Susun kuih dalam periuk kukusan dan kukus selama 30 – 40 minit.
7. Bila sudah masak, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.
Melalui facebook Rasa Share Resipi, Umar Moha berkongsi resipi daripada facebook Chef Ninja. Resipi cucur kentang ini nampak sangat menarik. Sesuai untuk sarapan atau minum petang. Semua peringkat umur pasti suka cucur kentang ini.
CUCUR KENTANG
BAHAN-BAHAN
2 biji kentang (direbus)
Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
10 sudu besar tepung jagung (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Lenyekkan kentang yang telah direbus.
2. Masukkan garam secukup rasa.
3. Masukkan tepung jagung. Gaul sebati.
4. Apabila semua dah sebati bulat-bulatkan ikut cita rasa.
5. Siap untuk digoreng.
6. Panaskan minyak masak. Goreng sehingga kekuningan.
Suka makan Cucur Durian? Resipi perkongsian saudari Ju Mohamad ini antara yang boleh anda cuba. Bila dimakan, terasa inti isi durian segar ditengahnya. Sangat sedap! Sesuai dijadikan hidangan waktu sarapan atau minum petang. Terasa nikmat! Anda perlu cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
1.Kacau yis, telur, garam dan gula bersama air suam. Biarkan yis kembang. 2. Gaul yis bersama tepung gandum. Perap adunan selama 30-45 minit. 3. Ambil isi durian dan potong-potong guna gunting supaya senang untuk letak dalam adunan tepung nanti. 4. Panaskan minyak masak dalam kuali. 5. Untuk menggoreng Jemput-Jemput, ada dua cara. Cara pertama ialah ambil senduk nasi, ratakan sedikit adunan tepung, letak isi durian dan bulatkan menggunakan sudu.
6. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga masak. 7. Untuk cara kedua, ambil isi durian yang telah dipotong kecil tadi. 8. Letak dalam adunan tepung, salutkan dengan adunan dan bentukkan jadi cekodok.
9. Goreng seperti biasa hingga masak.
10. Angkat dan Jemput-Jemput inti durian sedia untuk dinikmati.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.