Chicken Korean Spicy Menu Popular K-Drama, Ni Langkah Mudah Memasaknya.

Share

Chicken Korean Spicy ni memang sering dilihat dimakan pelakun hallyu K-drama. Meleleh air liur dibuatnya. Menu ni memang serasi dengan tekak dan selera kita.

Bagi Cik Puan Julieta ni menu kegemaran anak-anaknya dan selalu diminta untuk dimasak dan dibekalkan balik ke asrama. Ceritanya, “Siap suruh lebihkan untuk kawan-kawan, nah ambil hang sebelanga ibu goreng, hampa makanlah puas puas .Balik ni hujung bulan 11 pulaklah jumpa anak jika diberi kelonggaran, maklumlah covid 19 makin meningkat.”

Itulah antara luahan kisah ibu-ibu yang terpaksa ‘berpisah’ dengan anak-anak masa PKPB nih. Apapun resipi  Chicken Korean Spicy @ Ayam Berempah

Korea Cik Puan Julieta ni memang gerenti sedap dan super senang membuatnya.

CHICKEN KOREAN SPICY

BAHAN-BAHAN :

Bahan perapan ayam :

  • 10 ketul ayam | bahagian kepak
  • 7 ulas bawang putih * – beli online DI SINI
  • 2 inci halia * – beli online DI SINI
  • 1 sudu serbuk lada hitam – beli online DI SINI
  • 1 sudu gula
  • secubit garam

CARA PERAPAN AYAM :
1. Tumbuk bahan bertanda ** hingga halus, tumbuk satu demi satu sampai halus semuanya lumur pada ayam dan perap selama 30 minit

Bahan menggoreng :

  • ½ cawan tepung gandum – beli online DI SINI
  • ½ cawan tepung jagung – beli online DI SINI

CARA MENGGORENG :
1. Masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam campuran tepung. Golekkan ayam dalam tepung dan goreng sehingga keperangan.

Bahan sos:

  • 5 ulas bawang putih (tumbuk halus) -beli online DI SINI
  • 3 senduk cili kisar – beli online DI SINI
  • 2 biji cili padi merah (tumbuk halus) – beli online DI SINI
  • 2 ketul kecil gula gerek
  • 7 sudu besar sos cili – beli online DI SINI
  • 2 sudu besar sos tomato – beli online DI SINI
  • 2 sudu madu – beli online DI SINI
  • 1 sudu jus lemon @ cuka
  • garam secukupnya
  • Lenga @ bijan secukupnya | untuk ditabur pada ayam – beli online DI SINI

CARA MEMBUAT SOS :
1. Tumis bawang putih hingga perang kemudian masukkan cili kisar & cili padi merah masak hingga garing.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, gula kabung dan madu. Biarkan seketika. Kemudian masukkan jus lemon @ cuka kacau sebati pastu
3. Masukkan secubit garam. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata .

4. Sangai lenga @ bijan kemudian tabur atas ayam..

Kredit resepi : Cik Puan Julieta via group Mahn
#Creditcikpuanjulieta

 

INGIN MEMBELI KUALI ANTI LEKAT, JOM LAYARI DI SINI

VIDEO MASAKAN INI JUGA MUNGKIN MENARIK PERHATIAN ANDA, LEBIH BANYAK LAGI VIDEO MASKAN DI YOU TUBE @Majalahrasaofficial

DAN RESIPI-RESIPI INI :

IKLAN