Chef Selebriti yang tidak asing lagi, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan disahkan menghidap kanser limfoma.
Berkongsi berita tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya, Chef Wan memaklumkan dirinya dalam keadaan stabil kerana kanser yang dihidapinya masih lagi diperingkat awal.
Dalam perkongsiannya itu, Chef wan menjelaskan beliau didiagnos dengan penyakit tersebut setelah menjalani ujian electrocardiogram (ECG) di sebuah hospital petang semalam.
“Saya baru sahaja menjalani ujian ECG. Pada jam 3 petang doktor memaklumkan mengenai keputusan biopsi saya.
“Mereka perlu menjalankan ujian sebanyak dua kali untuk memastikan keputusan itu. Saya sememangnya menghidap kanser limfoma.
“Saya perlu menjalani imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada kanser ini sudah merebak ke organ lain termasuk menentukan ia di tahap berapa,” jelasnya.
Peluang Untuk Sembuh
Chef Wan turut memaklumkan beliau mempunyai peluang kira-kira 70 hingga 80 peratus untuk sembuh dengan menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 13 kitaran dalam jangka tempoh 13 minggu.
“Isnin ini, saya akan melakukan ujian sumsum tulang kerana kanser limfoma juga dikaitkan dengan organ itu.
“Saya juga akan menjalani kemoterapi dan memulakan rawatan serta-merta sebanyak 13 kitaran iaitu bermaksud selama 13 minggu.
Ads
“Saya akan mula mengalami keguguran rambut selepas ini. Jadi, saya sudah bersedia untuk menggayakan rambut palsu seperti Elvis, M Daud Kilau, Samy Velu, Liberace dan ramai lagi,” tulisnya.
Walaupun dalam keadaan begitu, chef selebriti ini masih lagi sempat berseloroh dan dilihat kekal positif menerima berita tentang penyakit kanser yang dihidapinya.
“Inilah kehidupan… anda hanya perlu melaluinya dengan positif. Anak perempuan dan menantu saya sedih mendengar berita ini. Tetapi saya kata jangan menangis, saya belum pergi lagi.
“Saya perlu kuat dan sihat kerana saya juga perlu menjaga ramai orang. Insya-Allah, Allah akan jaga saya.
Mahu Beri Inspirasi & Bantu Orang Lain
“Terima kasih atas semua doa dan ucapan. Tolong jangan risau kerana kita semua akan melalui ini bersama-sama supaya kita boleh memberi inspirasi dan membantu orang lain di masa hadapan,” tulisnya.
Meskipun sedang diuji dengan penyakit yang paling ditakuti, Chef Wan tetapi positif malah tetap memikirkan untuk terus membantu dan memberikan inspirasi kepada orang lain yang menerima penyakit sama sepertinya.
Chef Wan pernah berkolaborasi bersama Majalah RASA menerusi program televisyen yang disiarkan di Saluran Astro Ria sepanjang Bulan Ramadan selama dua musim berturut-turut iaitu pada tahun 2019 dan 2020.
Menerusi program Rasa Nostalgia Ramadan itu, Chef Wan berkongsi pelbagai resipi menarik buat peminat sepanjang bulan yang mulia itu.
Ads
Antara artis yang menjadi tetamu jemputan dalam Program Rasa Nostalgia RamadanAntara artis yang menjadi tetamu jemputan dalam Program Rasa Nostalgia Ramadan
Suka menghulurkan bantuan dan tidak lokek dengan ilmu masakan, ramai yang mendoakan Chef Wan supaya diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
Kami di Majalah RASA juga turut mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan Chef Kesayangan ramai ini dan semoga segala urusan Chef Wan dipermudahkan. Amin.
Sangat membanggakan apabila negara kita Malaysia berjaya membawa pulang trofi Piala Dunia Pastri 2019 yang berlangsung pada 27 dan 28 Januari di Lynon, Perancis. Kali ini tiga chef kita telah mengharumkan nama negara selepas bersaing sengit dengan 21 wakil negara berbeza.
Trofi paling berprestij dalam dunia penghasilan pastri ini dimenangi oleh tiga chef pastri iaitu Wei Loon Tan, Otto Tay dan Ming Ai Loi. Lebih manis apabila mereka ini berjaya menjadi juara mengalahkan wakil tuan rumah yang pernah bergelar juara untuk pertandingan pada tahun 2017 lepas.
Tempat kedua dimenangi wakil dari Jepun iaitu Fumiaki Ito, Mirai Nishiyama dan Ryohei Oguma manakala pingat gangsa dibawa pulang oleh Lorenzo Puca, Maria Cortinovis dan Andrea Restuccia selaku wakil Itali.
Antara syarat pertandingan adalah setiap negara diwakili tiga peserta. Mereka diberikan masa selama 10 jam untuk menyediakan beberapa juadah antaranya 3 pencuci mulut coklat cara Valrhona, 19 jenis pencuci mulut dihidang di atas pinggan dan 3 pencuci mulut jenis buah beku daripada variasi capfruit.
Pada pertandingan kali ini juga, penganjur mahu setiap hidangan menonjolkan konsep vegetarian. Ini adalah kali pertama konsep sedemikian dibuat. Tahniah kepada chef Malaysia!
Raja Berjiwa Rakyat. Itulah yang boleh digambarkan akan keperibadian Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Jika semalam, YDPA Al-Sultan Abdullah bersama-sama turun padang meninjau sekatan jalan raya yang dijalankan oleh pihak PDRM di sekitar ibu negara, hari ini Raja Permaisuri Agong pula memasak juadah untuk disumbangkan kepada para doktor, jururawat dan petugas Hospital Sungai Buloh.
Menerusi instagram airtangan_tunkuazizah, baginda dilihat menyediakan beberapa juadah yang kemudiannya dibungkus dalam pek makanan. Nampak enak dan membuka selera kan?Pasti para petugas berasa lebih bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab.
Walau kepenatan, diharap dengan sajian istimewa air tangan Raja Permaisuri Agong ini dapat memberi semangat buat para petugas hospital.
Menjunjung kasih dan terima kasih kepada SPB Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah berkenan menyumbangkan makanan tengahari kepada petugas barisan hadapan kami di Hospital Sungai Buloh.
Setakat hari ini, sebanyak 1183 kes dilaporkan di Malaysia dengan 8 kematian dicatatkan. Malah 114 kes telah sembuh. Jumlah yang membimbangkan dan mungkin akan lebih meningkat jika tidak ditangani dengan sempurna.
Oleh itu,ayuh sama-sama ikuti Perintah Kawalan Pergerakan ini dan bantu para petugas hospital dalam membendung penularan virus Covid-19 di negara ini.
Semalam, rakyat Malaysia digemparkan dengan kes nahas pesawat ringan di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor.
Pesawat dari jenis Beechcraft model 390 milik syarikat Jetvalet Sdn. Bhd. itu terlibat dalam nahas kira-kira jam 2.51 petang yang melibatkan hampir 10 maut termasuk dua pengguna jalan raya yang dipercayai melalui kawasan tragedi.
Syarikat penghantaran makanan dalam talian, Foodpanda melalui laman page rasmi Foodpanda Riders mengesahkan Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh yang terkorban dalam nahas tersebut adalah ‘rider’ mereka.
“Dukacita dimaklumkan bahawa rider kita Allahyarham MUHAMAD HAFIZ BIN MUHAMAD SALLEH telah terlibat dalam tragedi kapal terbang terhempas di Elmina semalam. Salam takziah dari kami foodpanda kepada keluarga Allahyarham. Al Fatihah.”
Dalam kejadian semalam, Muhammad Hafiz dikatakan dalam perjalanan ke Bukit Jelutong untuk mengambil pesanan berupa Sup Gearbox dari sebuah restoran. Namun pesanan tersebut tidak sempat dipenuhi apabila beliau maut dalam nahas pesawat di Persiaran Elmina.
Memetik sumber dari Kosmo Online, Ketua kumpulan penghantar makanan Zon Subang 2, Mohd. Fairuz Imam Mahdi, 39, memberitahu, mangsa baru sahaja selesai menghantar makanan di sekitar kawasan Denai Alam kira-kira pukul 2.30 petang.
Bagaimanapun dia menerima tugasan terakhir bagi pesanan dan penghantaran ke Bukit Jelutong pada 11 minit kemudian sebelum berehat pukul 3 petang.
“Sistem menyatakan dia (Muhammad Hafiz) menerima tempahan itu dan kemungkinan besar dalam perjalanan ke Bukit Jelutong semasa kejadian tersebut. Namun, agak pelik apabila sistem penghantaran dihentikan dan pengemaskinian kedudukan Global Positioning System (GPS) juga tidak dapat dikesan,”
Terdapat rakan-rakan penghantar ke lokasi kejadian namun tidak dapat mengesahkan Muhammad Hafiz selain motosikal tersebut telah terbakar sepenuhnya. Pemakluman status Muhammad Hafiz hanya diketahui kira-kira pukul 8 malam selepas dihubungi waris mangsa.
Selain Muhamad Hafiz, nahas pesawat jenis Beechcraft 390 (Premier 1) itu turut mengorbankan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.
Pesawat jenis jet peribadi yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2.08 petang.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!