Kebiasaannya ayam yang dihidangkan bersama set nasi ayam, ia akan digoreng atau dikukus. Jangan tak tahu, selain dari itu ayam tersebut juga boleh dipanggang atau dibakar. Memang sangat sedap malah lebih sihat! Bagi yang terasa nak makan Nasi Ayam untuk berbuka nanti, Chef Sue M.Arukin berkongsi resipi Grilled Honey BBQ Chicken yang sangat mudah dan sedap! Selamat mencuba!
Tak sempat nak tonton dan salin resipi-resipi menarik dalam Rasa: Ketuhar Kualiepisod ke 10? Tak mengapa…RASA kongsikan kembali resipi penuh ketiga-tiga hidangan yang Adam Didam dan Aunty Aini masak iaitu Yong Tau Foo, Rendang Itik dan Kek Coklat Fudge. Nanti bolehlah cuba ya.
<<Klik disini untuk resipi penuh RASA: Ketuhar Kuali Ep 9>>
Kisar kering isi ikan, bawang putih, bawang merah, daun bawang, daun ketumbar. minyak bijan, garam dan serbuk lada hitam.
Sumbat isi ikan yang telah dikisar kedalam bende, cili, peria, terung dan tauhu.
Goreng bahan-bahan sehingga layur dan kekuningan.
Tulang dan kulit ikan digoreng dan ditumis untuk dijadikan sup yong tau foo bersama sedikit minyak, garam, stok ikan bilis, bawang putih dan bawang merah.
Hidang yong tau foo yang telah siap digoreng bersama sup.
Untuk sos, kisar cili merah, cili padi, bawang putih, bawang merah dan sedikit halia bersama sup yang telah dimasak.
Masak sos sehingga pekat dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
Siap untuk dihidang.
2. RENDANG ITIK
BAHAN-BAHAN:
1 Ekor Itik Potong 12
Cili Kering (direbus, dikisar)
6 Biji Cili Padi
2 Inci Lengkuas
5 Batang Serai
2 Inci Kunyit
5 Ulas Bawang Putih
6 Biji Bawang Merah
1 Sudu Besar Jintan Manis
1 Sudu Besar Jintan Putih
1 Sudu Besar Biji Ketumbar
½ Sudu Besar Lada Hitam
2 Pek Kecil Kerisik
2kg Santan
5 Biji Buah Keras
Serbuk Lada Hitam
Asam Keping
Garam
CARA MEMASAK:
Tumis kering jintan manis, jintan putih, biji ketumbar dan buah keras.
Panaskan minyak untuk memasak.
Kisar bahan tumis kering bersama serai, cili padi, bawang merah, bawang putih, serbuk lada hitam, kunyit dan lengkuas bersama air.
Tumis bahan kisar bersama cili kering yang telah direbus dan dikisar.
Tumis sehingga naik minyak dan bau.
Masukkan itik kedalam kuali. Kecut daging dengan memperlahankan api, dan masak sehingga satu jam.
Masukkan santan, asam keping, dan garam.
Apabila kuah telah mengering dan memekat, masukkan kerisik.
Masak hingga daging melembut.
Siap untuk dihidang.
3. KEK COKLAT FUDGE
BAHAN-BAHAN:
1 Biji Telur
¼ Cawan Minyak Sayuran
½ Sudu Kecil Esen Vanila
125g Susu Segar
75g Gula Perang
100g Coklat Gelap
100g Tepung Serbaguna
½ Sudu Kecil Sodium Bikarbonat
¼ Sudu Kecil Serbuk Penaik
¼ Sudu Kecil Garam
60g Coklat Susu
Ceri
Gula Aising
CARA MEMASAK:
Gaul bersama telur, minyak sayuran, dan esen vanila.
Cairkkan coklat gelap bersama susu, dan tambahkan gula perang.
Sejukkan cecair dan tuang kedalam bekas berisi telur sebentar tadi.
Gaul sebati semua bahan dan masukkan tepung, serbuk soda bikarbonat, serbuk penaik, dan garam yang telah diayak.
Gaulkan adunan secara perlahan-lahan hingga sebati.
Tuangkan adunan kedalam bekas-bekas kecil.
Letak coklat susu didalam setiap bekas.
Bakar selama 15minit pada suhu 180’C.
Hias bersama buah rapsberi dan gula aising.
Siap untuk dihidang.
Jangan ketinggalan untuk saksikan Program Rasa: Ketuhar Kuali episod ke lima minggu hadapan ya. Gabungan karektor Aunty Aini dan Adam yang mesra dan bersahaja di kaca televisyen pasti akan menghiburkan para penonton. Dan yang pasti mereka akan berkongsi pelbagai resipi menarik dan tips memasak sepanjang 13 episod program masakan terbaru Rasa: Ketuhar Kuali ini yang akan disiarkan setiap Isnin jam 12 tengah hari hanya di Saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135.
Alangkah enaknya dapat menikmati aneka hidangan Melayu asli seperti asam pedas, masak lemak cili padi, kari dan sebagainya lagi untuk hidangan sekeluarga atau rakan-rakan. Tak susah pun untuk anda cuba masak sendiri di rumah. Dijamin enak dan pasti puas hati.
1. ASAM PEDAS IKAN PATIN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Patin – bersihkan, potong
20 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai – ketuk
5-6 batang bendi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Daun kesum secukupnya
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara membuat:
Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan.
Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dikisar tadi hingga terbit bau. Kemudian masukkan serai ke dalam periuk, masak hingga pecah minyak.
Masukkan air asam Jawa dan setelah mendidih, masukkan kepingan ikan patin.
Seterusnya masukkan daun kesum dan akhir sekali masukkan sayur bendi. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan seketika. Tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.
2. AYAM MASAK LEMAK CILI API
1/2 ekor ayam – bersihkan, potong
1/2 kg santan
5 batang cili ap – ditumbuk halus
3 biji kentang – dipotong dadu
1 batang serai – ketuk
1 biji tomato – belah empat
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 helai daun kunyit
Santan secukupnya
Air masak secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMBUAT:
Panaskan periuk dan masukkan sedikit air, separuh santan, serbuk kunyit dan serai ke dalam periuk. Kacau sedikit.
Setelah mendidih, masukkan ayam dan kentang dan tutup seketika supaya ayam dan kentang cepat masak.
Setelah ayam masak, masukkan lebihan santan tadi ke dalam periuk dan kacau sekata.
Masukkan tomato, cili merah dan daun kunyit untuk hiasan. Kacau seketika dan tutup api.
Siap untuk dihidangkan
3. KARI DAGING ISTIMEWA PAK KASIM
BAHAN-BAHAN:
1/2kg daging – bersihkan dan hiris
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cm halia
-5 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu kecil serbuk cili kering
3 biji kentang – dipotong dadu
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
Daun kari secukupnya
Santan secukupnya
Minyak masak secukupnya
Sedikit daun kari/daun bawang
CARA MEMBUAT:
Kisar bawang merah,bawang putih dan halia hingga lumat. Ketepikan.
Panaskan minyak, masukkan rempah kari daging dan serbuk cili kering ke dalam periuk. Kacau hingga naik minyak.
Kemudian masukkan kentang, daging dan separuh santan ke dalam periuk. Tutup periuk seketika.
Kemudian masukkan lebihan santan tadi ke dalam periuk. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau perlahan dan sebati. Tutup api.
Penggemar nasi ayam hainan pasti menggemari ayam kukus halia ini. Resipi ringkas tetapi padat dengan rasa autentik masakan Cina. Masakan secara kukus juga baik untuk mereka yang menjaga diet.
AYAM KUKUS CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam dipotong 20-24 (macam buat nasi ayam )
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...