Petang-petang ni sedap kalau makan bubur atau pengat. Salah satunya adalah bubur jagung. Nak tambah sedap, masukkan krim keju. Melalui facebook group Rasa Share Resipi, Farisha Sofea berkongsi resipi membuat bubur jagung atau dipanggil sebagai cheezy sweet corn. Bolehlah cuba nanti ya.
CHEEZY SWEET CORN
BAHAN-BAHAN
1 cawan isi jagung
1 sudu besar mentega tanpa garam (BELI DI SINI)
2 sudu besar puri kurma atau madu
2 sudu besar krim keju
1/4 cawan susu penuh krim (BELI DI SINI)
.
CARA MEMBUAT
1. Rebus atau kukus isi jagung sehingga masak. (BELI STEAMER DI SINI)
2. Kemudian masukkan isi jagung ke dalam mangkuk.
3. Masukkan mentega, puri kurma atau madu, krim keju dan susu penuh krim.
4. Kacau sebati. Sedia dihidang.
.
Banyak menu boleh diolah dari roti, asalkan kreatif semua boleh buat. Misalnya, roti dilenyek jadi nipis boleh buat kulit samosa dan didadu kecil kemudian gaul dengan telur campur bahan lain dan boleh menjadi cucur. Hasilnya memang terbaik, mak-mak kalau buat ni, anak-anak mesti suka.
SAMOSA INTI KENTANG BAHAN-BAHAN: 1 paket roti putih 1 sudu tepung | campur dengan sedikit air Minyak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis BAHAN UNTUK INTI KENTANG 3-4 biji kentang | buang kulit dan potong dadu kecil 100gm daging kisar 1 biji bawang Holland | potong dadu kecil 4 ulas bawang putih | cincang halus 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai 2 sudu makan rempah kari daging 1/2 sudu makan serbuk cili Garam dan gula secukup rasa. Sedikit air
CARA MEMASAK: 1. Untuk inti: Panaskan lebih kurang dua sudu makan minyak dalam kuali. 2. Tumis bawang Holland, bawang bawah putih dan daun kari hingga kekuningan dan wangi. 3. Kemudian masukkan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dan dibancuh dengan sedikit air. 4. Kacau rata hingga timbul minyak, masukkan daging kisar. 5. Setelah daging kisar bertukar warna, masukkan kentang. 6. Kacau rata dan tambahkan sedikit air untuk mengempukkan kentang. 7. Sentiasa kacau hingga air kering dan kentang empuk. 8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 9. Setelah cukup rasa, tutup api dan sejukkan. 10. Untuk kulit karipap: Buang bahagian tepi karipap, kemudian gelek roti menjadi nipis. 11. Beruskan campuran tepung dengan air tadi sebagai gam di keliling bahagian tepi roti. 12. Letakkan inti di atas roti dan lipat menjadi bentuk tiga segi. 13. Tekan dengan garpu bahagian tepi (untuk lebih mudah gunakan acuan karipap). 14. Setelah siap karipap sedia digoreng. 15. Panaskan minyak, goreng karipap menggunakan api sederhana hingga kuning keemasan. 16. Karipap sedia dihidangkan.
INFO : Selain inti kentang, jika ada lebihan sambal bilis atau rendang boleh juga dijadikan inti.
BEBOLA ROTI KEJU SOSEJ BAHAN-BAHAN:
6 keping roti putih | potong dadu
2 batang sosej | dadu halus
1 biji telur | kacau
2 biji cili merah | cincang halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh perasa ayam
1 sudu teh garam halus
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Masukkan roti yang telah dipotong kecil ke dalam mangkuk. 2. Kemudian tuangkan telur ke dalam mangkuk roti. Biarkan telur menyerap dalam roti. 3. Setelah roti lembut masukkan semua bahan lain dalam mangkuk roti. Gaul rata. 4. Gaul rata dan ramas-ramaskan bahan menjadi adunan lembut. 5. Bentukkan menjadi bulatan kecil sebesar guli. Buat sehingga habis adunan. 6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola roti hingga kuning keemasan. 7. Angkat dan cucuk bebola pada lidi satey. 8. Setelah siap, bebola sedia dihidangkan bersama sos cili.
CHEF: Selain sosej anda boleh juga cincang isi ayam, udang atau ketam. Ikut cita rasa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Betapa indahnya kalau petang-petang dapat makan sepotong kek bersama secawan kopi. Apatah lagi kalau kek keju kan? Kali ni RASA nak kongsikan resipi Oreo Cheesecake yang senang nak dibuat dan rasanya oulak sangat sedap. Resipi ini dikongsikan oleh Hidayati Hana di facebook RASA Share Resepi.
CARA MEMBUAT
1. Putar cream cheese dengan gula kastor sehingga sebati dan lembut.
2. Masukkan telur dan yogurt
3. Masukkan krim oreo yang diketepikan tadi.
4. Masukkn esen vanila dan garam. Gaul sebati semuanya.
5. Patah-patahkan Oreo atau tumbuk separuh hancur.
6. Masukkan Oreo dalam adunan tadi.
7. Sediakan loyang yang dilapik dengan baking paper.
8. Tuangkan adunan dan letakkan Oreo di atasnya
9. Panaskan oven pada suhu 160 darjah selsius dan bakar selama 40 minit api atas bawah. Suhu oven bergantung pada oven masing-masing)
10. Selepas siap, sejukkan dahulu baru keluarkan dari loyang.
Sambal Daun Cekur, resipi sambal yang mudah, sedap dan membuka selera yang anda patut cuba. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas, sambal ini tentunya patut dicuba. Penambahan hirisan daun cekur menaikkan lagi rasa enak hidangan ini. Jom cuba resipi perkongsian saudari Surina Abadi. Anda pasti sukakannya.
CARA MEMASAK: 1.Masukkan cili api, ikan bilis, bawang putih dan bawang merah ke dalam blender. Tambahkan sedikit air dan kisar kasar. 2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak. 3. Masukkan sedikit gula dan kiub pati ikan bilis dengan secukupnya mengikut cita rasa masing-masing. 4. Akhir sekali masukkan hirisan daun cekur. Gaul sebati.
5. Sambal Daun Cekur siap dimasak dan sedia untuk dinikmati. 6. Hidangan ini enak dimakan bersama nasi putih panas.
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.