Cekodok Sayur, Lembut Di Dalam Rangup Di Luar

Share

Cekodok sayur ini cukup simple tapi sedap. Bagi yang memiliki anak-anak yang tak suka makan sayur, boleh jadikan cekodok ini sebagai alternatif supaya anak-anak makan sayur tanpa mereka ‘sedar’.

Bila semua dikisar halus, tentu anak-anak pun tak perasan ada sayur di dalam cekodok itu. Jom ikuti resipi yang dikongsikan oleh puan Laili Adam ini.

Bahan yang diperlukan juga tak banyak. Cara nak buat teramat senang. Cubalah.

CEKODOK SAYUR

BAHAN A (kisar halus dengan air suam):

Nasi sejuk

Sedikit daun bayam

Ikan bilis – boleh beli online di sini

 

BAHAN B

Sedikit tepung gandum

Lobak merah

Ubi kentang

Bawang besar

Telur

Garam – boleh beli online di sini

Minyak masak – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Dalam satu mangkuk, satukan bahan A dan bahan B. Gaul rata dan sebati.

Panaskan minyak di dalam kuali dan boleh sudukan adunan tadi sedikit demi sedikit ke dalam kuali. Bentukkan bulat-bulat supaya lebih menarik.

Goreng hingga ia bertukar warna kekuningan. Sedap tau. Rangup di luar, lembut di dalam. Boleh cicah dengan sos atau mayones.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

IKLAN