Semperit memang mudah dihasilkan namun yang renyahnya apabila tiba bab nak tekan acuan. Bagi yang kurang mahir, pasti rupa doh yang ditekan ada bermacam-macam saiz. Ada yang besar, ada yang agak nipis, ada yang senget dan sebagainya.
Melalui perkongsian saudari ChuYusmini, beliau telah menunjukkan cara menekan acuan semperit yang mana hasilnya sangat cantik dan kelihatan sekata tanpa ada senget-senget. Mudah sahaja. Hanya menggunakan muncung botol yang telah dipotong yang diselit pada acuan semperit. Memang kreatif! Anda pun boleh cuba cara ni.
Kuah kacang memang enak dimakan dengan nasi impit, cucur udang dan pelbagai hidangan lain. Namun tidak ramai yang tahu cara-cara yang betul memasak hidangan ini supaya ia enak, pekat dan lambat basi walaupun menggunakan santan. Ada pelbagai petua yang boleh anda cuba dan beberapa daripadanya dikongsikan oleh Puan Rabiatun Adawyah ini.
Pernah tak tiba-tiba lauk kari anda terasa masin. Ini mesti gara-gara terlebih garam. Tapi jangan panik, kari itu masih boleh diselamatkan lagi. Bagi mereka yang baru belajar memasak, garam seeloknya ditaburkan dengan cubitan jari untuk mengelakkan terlebih rasa. Jangan membazir, kalau ikut petua yang mudah ini pasti kari anda kembali lazat. Ia mampu menyerap rasa masin yang berlebihan itu. Selamat mencuba!
1. MASUKKAN HIRISAN KENTANG MENTAH
Hiriskan beberapa kentang mentah dan masukkan ke dalam kari anda. Hirisan kentang itu akan menyerap dan boleh mengurangkan rasa masin daripada garam yang berlebihan itu. Biarkan kentang dalam 20 minit dalam kari. Oh, jangan lupa pula membasuh dan mengupas kentang itu terlebih dahulu.
2. BUAT DOH TEPUNG
Buat bebola doh tepung dalam 2- 3 biji bergantung banyak mana kuah kari anda dan masukkan ke dalam kari. Ia boleh menyerap garam berlebihan itu. Hah, jangan lupa keluarkan bebola itu sebelum kari dihidangkan.
3. TAMBAHKAN KRIM SEGAR
Tambahkan krim segar untuk meneutralkan kesan garam. Ia akan menyebabkan kari lebih berkrim dan mengurangkan rasa garam yang berlebihan itu.
4. KENTANG REBUS
Anda boleh juga menambahkan kentang rebus di dalam kuah kari dan biarkan ia di dalam kuah kari itu. Ia juga boleh mengurangkan rasa masin.
5. GUNA DADIH
Tambahkan satu sudu makan dadih di dalam kari dan masakkan sekali dalam kari itu. Ia memberikan rasa yang ringan dan enak serta mengurangkan rasa masin.
6. SUSU SEIMBANGKAN RASA
Menambahkan susu juga mampu memberi kesan yang sama kerana ia juga berupaya mengurangkan jumlah garam yang dimasukkan kerana ia boleh meneutralkan kemasihan dan mengimbangkan rasa keseluruhan kari.
7. HIRISAN BAWANG BESAR
Anda boleh menambahkan bawang besar mentah atau pun yang telah digoreng. Kiranya anda mahu menambahkan bawang mentah, belah dua bawang itu. Masukkan ke dalam kari dan anda boleh mengeluarkannya selepas beberapa minit, ia juga satu bahan yang boleh menyerap lebihan garam. Anda juga boleh menambah bawang besar yang digoreng yang boleh menambah perisa dan biarkan sahaja ia di dalam kari.
8. CUKA DAN GULA
Tambahkan satu sudu makan cuka bersama satu sudu makan gula, untuk menyeimbangkan rasanya. Rasa cuka yang masam dan gula yang manis, kedua dua bahan perasa itu akan membuarkan rasa kari lebih seimbang.
Jadi sekiranya anda terlebih tabur garam di dalam hidangan , jangan rasa kecewa, ingat petua genius ini sebelum anda ingin memasak semula. – FARIDAH TALIB
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Masakan yang menggunakan cili kering yang dikisar sendiri lebih sedap berbanding cili boh yang dibeli. Tetapi ada kalanya cili kisar homemade ni cepat berkulat walaupun disimpan di dalam peti sejuk. Jika masalah ini selalu terjadi pada anda, petua di bawah ini boleh dicuba.
CARA-CARA ELAK CILI KERING KISAR CEPAT BERKULAT
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Raja Buah durian terkenal dengan sejarah unik, aroma tersendiri, nilai ekonomi tinggi dan pelbagai khasiat. Ketahui fakta menarik yang menjadikan durian kekal sebagai buah paling ikonik di Asia Tenggara.