Daun Kesum adalah antara bahan herba yang banyak digunakan dalam masakan. Tanpa bahan ini, hidangan seperti Laksa, Asam Pedas, Kengsom, kerabu dan sebagainya akan jadi tidak sedap dan seakan kurang rasa. Untuk menanamnya, ramai beranggapan pokok ini susah untuk hidup. Khas buat anda yang nak cuba tanam, petua dan tip menanam daun kesum oleh Cik Pooja ni boleh dicuba. Hanya guna pasu, baldi dan tanam di balkoni sahaja. Selamat mencuba.
CARA TANAM DAUN KESUM DALAM BALDI DI BALKONI
BAHAN-BAHAN:
Keratan pucuk Kesum
Pasu yang diisi tanah lembap
Baldi berisi air – anggaran tenggelam separuh bontot pasu
CARA-CARA: 1. Sediakan semua bahan diatas. Pastikan pasu dan baldi sepadan dan pasu boleh masuk ke dalam baldi.
2. Ini keratan pucuk kesum. Pilih keratan yang agak-agak bila tanam ada harapan untuk hidup. Jangan beli kesum yang dah layu dan lembik. Buang daun pada keratan dan tinggalkan 3-4 helai sahaja di hujung pucuk tu. ( nota: Kalau boleh,cari keratan kesum yang sama macam dalam gambar. Kalau batang kesum putih @ masih muda, pasti tak hidup.)
3. Keratan pucuk tu agak-agak dalam panjang macam ni ya.
Ads
4. Masukkan pasu berisi tanah ke dalam baldi berisi air.
5. Cucuk jari telunjuk ke dalam tanah untuk membuat lubang. Ia bertujuan supaya bila cucuk keratan kesum tadi, ia tak akan patah. Kedalamannya anggaran 2 inci.
Ads
6. Cucuk keratan kesum di dalam lubang yang dibuat tadi. Kemaskan.
7. Awal-awal tanam ni, letak pasu di tempat redup tapi dapat cahaya. Ia bertujuan supaya kesum tidak kecut tapi pada masa yang sama dapat cahaya yang diperlukan.
8. Bila nampak kesum dah hidup dan keluar pucuk baru, alihkan ke tempat yang ada cahaya matahari. 9. Hasil tanaman Cik Pooja yang berusia 3 bulan.
Ads
10. Bila pokok kesum nampak subur, dedahkan pokok kesum ditempat yang kena cahaya matahari sebab pokok ini sukakan cahaya. ( cik pooja letak di bucu balkoni.)
INFO: 1. Jika tanah dalam pasu nampak kering, siram supaya sentiasa lembap. 2. Bila kesum sudah hidup dengan cantik, bolehlah tambah air dalam baldi dengan mencampurkan dengan larutan bancuhan baja AB ( Cik Pooja tambah 2 minggu sekali).
Dah beli sayur tapi tersimpan lama dalam peti sejuk kerana tak sempat untuk masak. Sudahnya sayur banyak yang layu dan kecut.
Tapi sayur yang begini jangan pula dibuang. Menerusi perkongsian di TikTok @muaketom ada cara mengembalikan kesegaran sayur layu ini. Caranya dengan menggunakan cecair pencuci pinggan. Tapi pastikan beli jenis Sunghlight Extra Nature Mineral Salt & Aloe Vera.
Pencuci ini memang khas untk membersihkan buah dan sayuran malah mengembalikan kesegarannya macam baru lagi dipetik.
Caranya
1. Masukkan sayur dalam bekas dan masukkan sedikit pencuci Sunlight Extra Nature Mineral Salt & Aloe Vera .
2. Kemudian masukkan air secukupnya dan biarkan seketika dalam 5 minit.
3. Selepas itu, bolehlah dibilas sayur-sayur tersebut dengan air bersih. Asingkan daun yang buruk, rosak dan tangkainya.
4. Kemudian bilas sekali lagi. Boleh nampak hasilnya. Sayur kembali segar bugar macam baru lepas dipetik.
Kuih bahulu ialah kuih tradisi Melayu yang enak dimakan sebagai kudapan ataupun minum petang.
Lagi sedap bila makan pula dengan kopi atau teh panas.
Teksturnya yang lembut, ringan dan gebu memang menjadi kegemaran ramai. Jika dahulu dibakar menggunakan sabut, namun sekarang boleh hasil gunakan ketuhar eletrik.
Tapi macam mana nak elakkan adunan melekat pada acuan? Jom kita tengok tips yang dikongsikan Badariah Abdrahman.
Menurut Badariah, tips yang digunakan daripada arwah ibunya ini sangat membantu dan sudah 20 tahun mengamalkannya.
Tips yang diamalkan ini turut meliputi bagaimana kaedah penyimpanan acuan selepas digunakan.
*Apabila acuan dibasuh, ia dijemur di bawah terik cahaya panas matahari.
*Apabila sudah kering, bubuh minyak panas dan dibiarkan semalaman.
*Selepas guna untuk membakar bahulu, jangan basuh. Sebaliknya, simpan dengan cara tutup dengan plastik dan tindih dengan acuan satu lagi. (ini cara saya kerana saya hari-hari buat dan bakar bahulu)
*Bila nak gunakan, hanya panaskan saja. Kalau acuan yang lama tak digunakan, boleh dilap sahaja.
*Kalau nak basuh, keringkan di bawah kipas pun okay.
*Yang pasti, acuan mesti panas dan sapu minyak. Kemudian, bubuh sedikit adunan sebagai percubaan untuk tengok sama ada ia melekat atau tidak.
Ini cara saya kerana sudah mengamalkannya lebih 20 tahun. Mungkin anda di luar sana ada cara lain. Kita kongsi bersama.
Nampak macam mudah je bila menggoreng kacang tapi bila makan dengan nasi lemak kacang rasa lemau, tak rangup dan hangus boleh buat mood makan pun terbantut. Tip ini sangat membantu untuk kamu yang suka makan kacang atau goreng untuk makan dengan nasi lemak dan sebagainya. Selamat mencuba.
CARA-CARANYA:
Basuh kacang dahulu
Masuk dalam kuali terus
Masukkan minyak sama paras kacang pastu baru buka api kecil je..goreng la smp letup2 manja
Angkat dan toskan minyak..dah sejuk boleh la simpan dlm bekas kedap udara…
Kongsi resipi: Siti Mazura Eiya
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kek Coklat Kukus Layer Mousse adalah kek homemade yang lembut, moist dan berkrim. Ikuti resipi lengkap cara membuat Kek Coklat Kukus Layer Mousse dari lapisan kek, mousse hingga ganache. Mudah dan sangat sedap!