Kalau korang suka makan buah, mesti ada pencicah kat rumah kan? Kalau tetiba kuah rojak atau pencicah habis, bolehlah try buat sendiri. Senang je. Sedap pun sedap.
KUAH ROJAK
Ads
Bahan-bahan
1 kg cili sos
1 botol besar kicap manis (apa brand pun boleh)
1 kg gula (gula melaka dan gula pasir).
1 botol petis (otak udang)
20 biji cili dikisar halus (kurangkan kalau tak nak pedas)
1/2 cawan kacang tumbuk
1/2 cawan bijan panggang
Ads
Cara membuat
1. Satukan semua bahan dalam kuali. Masak atas api perlahan sehingga pekat.
2. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Info
Ads
Resipi ini tahan berbulan-bulan. Sedap dimakan sebagai pencicah buah mangga muda, nanas, betik ataupun mangga kuning. Sedap belaka.
Sengkuang yang sejuk lepastu rangup di letakkan pula sos khas untuk sengkuang calit lepastu tabur kacang pehhh padu sangat! Tapi lagi padu kalau kita pandai buat sos sengkuang calit sendiri di rumah. Bolehlah makan berulang kali sampai jemu. Beli sengkuang sahaja, balik rumah potong ikut suka hatilah nak potong bentuk apa simpan dalam peti sejuk. Bila dah cukup sejuk, colek atau letak sos sengkuang calit atas sengkuang dan hidangkan gerenti makan tak berhenti. Kalau nak cuba buat sos sendiri, bolehlah cuba resepi yang dikongsikan oleh Ameena Rahman di Facebook ni.
Makan nasi lemak dengan sambal yang sedap memang buat kita ketagih. Tahukah anda, selepas seharian sambal tumis kita akan menjadi lebih sedap kerana bahan bahan lebih mesra.Kebanyakan peniaga nasi lemak memang memasak sambal tumis sehari sebelum.Nak masak sambal yang enak begitu boleh ikut cara ini.
Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan kisar:
1 genggam lada kering direbus dan ditos 3 ulas bawang putih 1 inci halia
Kesemua bahan ini dikisar.Dahulu saya kisar sekali dengan bawang besar tetapi menurut makcik tersebut untuk lebih sedap bawang besar perlu digoreng hingga naik bau.
2 biji bawang besar. (Sebiji saya hiris nipis dan sebiji saya hiris kasar)
Ini bawang besar yang diasingkan daripada bahan kisar.
Cara memasak:
1.Panaskan minyak masak.Anggaran minyak masak lebih kurang setengah cawan. Memang masak sambal tumis minyaknya agak banyak untuk pastikan lada tersebut betul-betul masak.
2.Apabila minyak betul-betul panas, masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi.Tumis hingga naik bau.Dulu saya tak tahu rupanya kena masak sampai naik bau sahaja. Yang saya masak sampai dah kuning macam nak garing.Rupanya untuk melayukan sahaja. Nanti selepas dah siap, bawang merah itu akan hancur semasa proses menumis.
3.Dah naik bau, tuangkan bahan kisar tadi. Ini yang legend.Masukkan belacan bakar.Yang ini optional. Nak masuk boleh, tak masuk pun boleh.
4.Kita teruskan proses menumis. Minyak tadi hampir kering diserap bahan kisar. Sebab itu kuantiti minyak perlu dilebihkan.
5.Tumisan bahan kisar akan menjadi lebih kental dan pekat. Kalau rasa macam kurang minyak, boleh tambahkan sedikit.Saya masak guna api sederhana.Proses menumis sambal tumis memang agak mengambil masa supaya ‘terbit minyak’ agar bahan kisar kita ditumis dengan betul-betul masak.Ini salah satu teknik yang penting. Memang kena masak sampai terbit minyak untuk menjadikan sambal tumis kita tahan lama dan sedap.Apabila terbit minyak bermakna bahan kisar telah dimasak dengan betul.
6.Masukkan gula.Yang ini pun ada banyak versi. Ada orang suka versi manis sedikit. Ada orang memang masak sambal tumis tak ada gula. Kita ikut majoriti di pasaran memang sambal tumis yang manis sedikit lebih digemari ramai.Saya guna 6 sudu gula perang (brown sugar). Selalunya saya letak gula nisan (gula kerek orang Terengganu panggil).Gula putih atau gula melaka pun boleh.
7.Tumis sebentar. Gula akan ‘caramelised’. Proses ini akan menyedapkan lagi sambal tumis kita. Sambal tumis akan bertukar dari warna merah oren kepada warna merah maroon apabila gula caramelized.
8.Masukkan air mengikut kepekatan yang diingini.Saya masukkan lebih kurang 3/4 cawan air.
9.Masukkan ikan bilis.Ini pun banyak versi.Ada orang goreng dahulu.Ada orang kisar sekali dalam bahan kisar.
10.Masukkan 3 sudu air asam jawa.Ada yang guna asam keping. Pun boleh. Dalam 2 ke 3 keping.Memang saya masak selalu guna asam keping, tetapi saya perasan sekiranya guna asam jawa rasanya lebih umph!
11.Masukkan garam secukupnya.Biarkan bahan bahan tadi masak dengan mesra.
12.Alhamdulillah. Cantik kejadian sambal tumis kita.Makan dengan lempeng. Perggghhhh…
Stok cili kisar antara yang kena sentiasa ada dalam peti ais untuk memudahkan kerja memasak. Kebiasaannya ia dikisar berasingan dengan bawang. Namun untuk lebih menyenangkan, boleh gunakan teknik membuat cili kisar serbaguna ini.
Cili kisar serbaguna perkongsian Nurul Ateekah ini dicampur sekali dengan bawang dan ramuan sambal lain supaya memudahkan kerja memasak. Nak masak ceduk saja. Ia juga boleh tahan selama sebulan. Cili ini juga boleh digunakan untuk memasak aneka masakan bergoreng, rendang selain sambal tumis.
Cili kisar ini diajar oleh mak mertua saya, yang juga dulu seorang peniaga nasi berlauk, pelbagai jenis mi di Singapura. Wangi aroma tumisan cili ini bila dimasak. Ia juga senang, mudah nak diguna bila-bila masa nak masak.
Bila dah ada cili kisar macam ini nak buat lauk jenis sambal, masak kicap, rendang, jenis goreng semua jadi mudah. Cili kisar ini boleh tahan selama 1 bulan, dan tidak berbau, ia juga kurang pedas.
Bahan-bahan:
150gram cili kering kerinting
2 labu bawang putih
5 biji bawang besar
2 cm halia
1 batang serai
1 cm kunyit
4 sudu besar minyak masak
Cara membuat:
1. Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut.
2. Apabila sudah lembut, toskan airnya dan bilas cili yang telah direbus tadi (sebab cili kering kadang-kadang ada warna-warna hitam, serbuk-serbuk putih, kadang-kadang ulat pun ada.
3. Kupas bawang putih dan bawang merah dan potong bawang agar senang dikisar.
4. Masukkan ke semua bahan, kisar dengan sedikit air dan minyak. Kisar sehingga lumat.
(Letak minyak boleh membantu cili kisar tahan lama, tidak berbau dan bila kisar, cilinya tidak berbiji serta cilinya betul-betul hancur).
5. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk.
Ini contoh masakan sambal sotong mengggunakan cili kisar ini. Disertakan sekali tip agar dapat sambal sotong yang sedap.
Demo Masakan Menu Harian RASA x JALEN terus diperkasa sebagai platform yang menyatukan jenama dan komuniti dalam suasana santai serta penuh manfaat. Dalam dunia...