Bawang goreng memang enak dijadikan penambah rasa dan penyedap dalam hidangan. Rasa manisnya hmmmm..memukau deria. Wangi pulak tu. Namun ada kalanya bawang goreng homemade ini tidak seperti yang dibeli. Cepat lembik dan tidak rangup. Ha..Jom cuba resipi di bawah ini. Pasti bawang goreng anda lebih enak dan sedap!
CARA HASILKAN BAWANG GORENG RANGUP YANG TAHAN LAMA
Ads
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg bawang merah di hiris nipis
2-3 ulas bawang putih hiris nipis
2 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam dan gula untuk perasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Ads
CARA MEMASAK: 1. Bawang merah dan putih yang telah dihiris perapkan dengan tepung jagung, garam dan gula. 2. Biarkan selama 1/2 jam atau lebih. 3. Panaskan minyak agak banyak untuk tenggelamkan bawang kita. 4. Kalau sayang minyak masukkan sikit-sikit bawang tu dalam minyak . 5. Goreng sampai agak kuning saja angkat dan tos kan. 6. Gorenglah sehingga habis .
Ads
TIP MENGGORENG
Tujuan letak bawang putih adalah untuk merangupkan bawang goreng
Masa menggoreng jangan sampai terlalu kuning diatas api sebab bila kita angkat bawang tu akan lebih kuning.
Jadi agak-agak je tau sebab kalau terlalu kuning didalam minyak, bila kita angkat akan menjadi oren kecoklatan dan agak pahit jadinya..
Sedap di ratah kalau yang homemade ni rangup krup krap krup krap
Biarkan sehingga sejuk dan minyak nya kering baru masukkan dalam bekas kedap udara.
Kari antara masakan paling digemari rakyat Malaysia. Melayu, Cina, India semua sukakannya. Pergilah kemana sahaja, pasti mudah nak cari sajian ini. Andai ke Pulau Pinang, memang tak sah kalau tak pekena Nasi Kandar dan Kari Kepala Ikan. Perghh..memang terbaik. Jauh nak tuju? Usah risau, serata Malaysia ada banyak ‘lubuk’ kari terbaik. Google sahaja. Pasti ada info.
Kata orang, petua kalau nak tahu kari tu ‘pure’ ke tidak, bila makan dan basuh tangan dengan sabun, bau kari tu masih kuat melekat. Itulah hidangan kari yang terbaik. Selain itu, biasanya restoran-restoran Nasi Kandar yang lama dan diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain juga antara yang menawarkan sajian kari terbaik. Anda boleh cuba.
Para pelancong yang datang banyak yang tertanya-tanya akan rahsia keenakan kari yang mereka nikmati di negara ini. Memang ada beza dari segi rasa. Kalau nak tahu, rahsia keenakan kari di Malaysia tentunya dari rempah-rempah terbaik yang digunakan. Adunan serta campuran rempah-rempah bermutu menghasilkan rasa yang unik serta tersendiri. Ibarat makan kari di negara India! Memang kaw!
Jika anda nak hasilkan sendiri sajian kari di rumah, ada kalanya rasa & aroma kari yang dihasilkan tu tidak ‘mari’ dan tidak se ‘kaw’ kari yang disajikan di restoran. Bahan dan lengkap, namun rasa masih ‘kureng’. Kenapa ya? Ha…Kalau nak tahu, ada teknik dan rahsia sebenarnya untuk dapatkan kari yang enak dan lazat ni. Menurut chef Adu;
“ Biasanya saya akan tumis rempah ratus yang ‘whole’ (kasar) terlebih dahulu sebelum masukkan serbuk kari dan sebagainya. Kemudian barulah masukkan daun kari, bawang dan rempah kari. Kenapa letak rempah ratus terlebih dahulu? Supaya kari kita berbau lebih kuat. Biasanya rempah ratus yang kita masukkan pada awal masakan akan mencetuskan rasa yang paling kuat di penghujung masakan, meletup sedap dan kaw rasanya.”
Nak masak kari ni, selain teknik yang betul, bahan rempah yang kita guna pun haruslah yang bagus. Salah satu jenama rempah terbaik yang ada di Malaysia tentunya BABA’S. Bermula 40 tahun yang lalu, jenama ini bukan sahaja memenuhi keperluan masakan untuk suri rumah di kawasan Lembah Klang, malah terus gah berkembang sebagai jenama serbuk kari dan rempah terulung yang menjadi kebanggaan negara ini.
Bersempena sambutan empat dekad menjadi jenama terulung kegemaran rakyat Malaysia, BABA’S telah mengadakan pelbagai kempen serta aktiviti bagi menghargai sokongan para peminatnya.
“ Bersempena ulang tahun Baba’s yang ke 40, kami mahu memberikan sesuatu kepada para pengguna menerusi kempen-kempen yang kami pilih untuk laksanakan pada tahun ini sebagai tanda terima kasih kerana menjadikan jenama BABA’S sebagai jenama pilihan mereka,” – Encik Claudian Navin Stanislaus selaku Ketua Pengiklanan dan Promosi BABA’S.
Salah satu ‘hadiah’ yang dibawakan kepada para pengguna setia adalah VERSUS 1001 RASA BABA’S. Ia adalah sebuah pertandingan realiti masakan yang bertujuan untuk melahirkan lebih ramai chef yang berilmu, berpengetahuan tinggi, punya minat dan keinginan yang mendalam.
Di hos kan oleh chef selebriti yang tidak asing lagi iaitu Chef Dr Kamarul dan Chef Adu, VERSUS 1001 RASA BABA’S pastinya menjanjikan kelainan. Bakal bersiaran selama 13 episod, rancangan ini akan menyaksikan 26 peserta bersama mentor masing-masing berentap bagi memenangi cabaran yang disediakan. Setiap minggu, dua peserta akan bertanding bagi memenangi cabaran mingguan. 13 orang pemenang seterusnya perlu memuat naik rakaman masakan mereka di Facebook dan hanya empat orang yang mempunyai ‘like’ dan perkongsian tertinggi bakal mara ke pertandingan akhir yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.
“ Kelainan VERSUS 1001 RASA BABA’S adalah terletak cabaran yang diberikan kepada para peserta. Dalam pertandingan ini, sajian yang perlu dimasak akan diumumkan kepada para peserta 30 minit sebelum pertandingan berlangsung dan hanya boleh menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan sahaja. Maka dalam tempoh yang singkat itu, para peserta serta mentor masing-masing perlu memikirkan idea serta pada masa yang sama melakukan persediaan. Memang mencabar ketahanan emosi serta fizikal. Memang menarik!”
VERSUS 1001 RASA BABA’S bakal disiarkan di TV3 pada setiap hari Khamis jam 5.35 petang bermula 26 Oktober 2017. Manakala siaran ulangannya boleh ditonton di saluran yang sama pada setiap hari Isnin bermula 30 Oktober 2017.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau tanam pokok cili di rumah, selepas basuh beras dan ikan, airnya jangan dibuang. Boleh digunakan untuk siraman pokok cili pula.
Sebab khasiat dua air ini untuk pokok cili memang guna. Kalau diamalkan sekali petik boleh dapat sedulang hasilnya. Petua inilah yang diamalkan oleh So Na Ta untuk tanaman cili di rumah.
Bagi yang tanam pokok cili di rumah, elok jika praktikkan petua yang dikongsi beliau supaya meriah hasilnya. Daun dan cili macam sama banyak.
Petuanya mudah saja;
1. Simpan air basuhan ikan (air basuhan pertama dan kedua) dan siram pada pokok cili.
Cili padi adalah antara bahan masak yang wajib ada di dapur. Memang tak boleh habis bekalan. Namun, jika beli dalam kuantiti yang banyak, cili ini mudah rosak dan busuk. Rugi pula kan? Namun ada petua yang boleh anda cuba. Cara ini dikatakan boleh menjadikan cili padi anda kekal segar sehingga lebih 2 minggu. Wow! Memang berbaloi kalau cuba. Jom lihat cara-caranya.
CARA-CARA SIMPAN CILI SUPAYA TAHAN LAMA
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketahui cara potong bawang putih yang betul dan bagaimana setiap potongan mengubah rasa, aroma dan watak masakan. Panduan lengkap untuk hasil masakan lebih sedap dan beraroma.